Tuesday, May 26, 2009

Perwirakah Aku???....Bah 2

Aku sambung balik cerita tentang aku menghadapi saat2 menjalani latihan rekrut sebagai anggota tentera laut diraja Malaysia yang berpangkalan di Woodland, Singapura. Rupa2nya yang hadir untuk menjalani saringan kedua ini mencecah 900 orang lebih, dan diberitakan cuma 600 orang saja yang akan diterima sebagai rekrut. Kami terpaksa menjalani latihan kecergasan selama seminggu sebelum ujian saringan diadakan. Dan dalam seminggu tu jugalah kami merasa perit jerih sebagai anggota tentera. Di mana kami di suruh berjalan itik sejauh 5 km mengelilingi kawasan pusat latihan, berlari jangan ceritalah memang dah jadi santapan, pastu dengan bangkit tubi beratus kali dan tak daya tu kena ' pumping nuckle ' la pulak. Dengan berat badan aku 75 kg sewaktu pergi menjalani ujian adalah kategori beratlah jugak. Pada mulanya aku merasakan ketidakmampuan aku untuk meneruskan latihan ini disebabkan keadaan fizikal aku yang agak mem'berat'kan...Sepanjang seminggu tu aku berdoa agar aku antara orang yang akan di'reject'.

Pada hari ujian itu kami mengahadapi ujian kesihatan di mana kami diperiksa tahap kesihatan yang benar2 sihat saja layak. Dari ber'singlet' dan berseluar dan kemudian tanpa 'singlet' sampailah ketahap tanpa apa2 pakaian kami dibuat ujian...ramai gak yang di'reject' tapi sayang aku tidak termasuk dalam kelompok itu. Ada jugak terfikir nak lari jer...tapi bila difikirkan yang jiran dah buat kenduri untuk aku...membuatkan hati aku jadi ' semangat lah pulok!!! '. Apa2pun kena tunggu keesokan harinya bagi menentukan samada aku layak ataupun tidak.

Dengan penuh semangat pagi tu selepas subuh, kami semua yang tinggal kurang sikit 800 orang telah bersiap sedia di hadapan bangunan admin pusat latihan itu. Macam biasa kami dilepaskan untuk berlari keliling pusat latihan hingga ke blok kelamin termasuklah berjalan itik yang aku tak tahan tu!!! Dan alhamdulillah aku antara yang terkebelakang sekali sampai. Rupa2nya tak sempat tarik nafas kami diarahkan menjalani 'assort course' la pulak!!! halangannya lebih kurang 10 tempat...dan yang aku pelik tu tetiba je aku jadi semangat untuk mengambil ujian ini. Dengan penuh semangat akhirnya aku berjaya melaksanakan sehingga kehalangan yang kesembilan, dan bila sampai halangan kesepuluh aku jadi nak pitam bila aku terpaksa melepasi tembok 6 - 7 kaki tingginya. Ramai juga geng yang sama tahap berat ngan aku yang tersadai kat situ kerana gagal melepasi tembok. Kedengaran juga suara2 staff 'otai' berlagak macho la konon yang cakap, " sapa2 yang tak lepas tembok ni terpaksa di'reject'...faham!!". Tetiba je aku tersenyum kerana hajat aku akan termakbul jua akhirnya...

Entah macamana sewaktu kami terkial2 nak memanjat...datanglah seorang 'pakcik' yang gayanya sedang berjogging singgah la kut, mungkin nak gelakkan kami nanti...firasat aku la!! Dengan penuh kemachoan, dia menghampiri kami. " Korang betul2 nak jadi navy ke ni?" soal pakcik tadi. " Nakkkkkk!!!" jawab sebilangan dari kami tidak termasuk aku. " Keje navy ni, berpasukan ke berseorangan? " tanya dia lagi. " Berpasukan, pakcik " jawab salah seorang kami. " Kalau dah berpasukan, kenapa korang tidak saling bantu membantu?". " Cubalah korang bekerjasama, naikkan sorang2...pastu orang yang di atas bantu pulak orang yang di bawah"...panjang dan bernas pulak cakap orang tua ni. Kami pun buat seperti mana yang orang tua tu cakap. Akhirnya kesemua yang tersadai tadi berjaya melepasi tembok tinggi tu termasuk la akuuuu. Benganggg betulll...Yang bestnya orang tua tu sempat sound kat staff 'otai' tadi, " korang yang dah lama join navy pun bodoh!!!" selamba je pakcik tu sound. Sebelum orang tua tu berambus, kami sempat ucapkan " Terima kasih, pakcik". Dia senyum je...Rupa2nya orang tua yang kami panggil pakcik tu adalah Komander Musa Jabar iaitu Pegawai Memerintah Pusat Latihan TLDM Woodland...kami semua tersenyum kambing biri2 je, bila orang yang sepatut kami panggil TUAN...kami panggil PAKCIK.

Aku cuba gak cari album2 lama sewaktu aku dalam tentera kot2 ada..nantilah aku upload!!!jumpa lagi nanti...

Moralnya disini adalah rupa paras seseorang belum tentu menjamin akan pangkat dan darjatnya untuk kita kenali, cukuplah sekadar kita mampu untuk menghormati setiap orang tanpa kira pangkat dan darjatnya.