Wednesday, January 28, 2009

Milik Siapa Wajah Ini???

Milik siapa wajah ini?? Seorang bijak pandai telah menghurai siapa pemilik wajah ini. Betul ke?? Katanya la kan...
Dia seorang yang sangat aktif dan dinamik.
Dia seorang yang cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
Dia seorang yang sangat menarik dan pandai menjaga diri.
Dia seorang yang punya daya mental yang sangat kuat.
Dia seorang yang suka diberi perhatian.
Dia seorang yang sangat pandai memujuk.
Dia seorang yang pandai berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
Dia seorang yang sangat berani dan tiada perasaan takut.
Dia seorang yang suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
Dia seorang yang beremosi cepat terusik.
Dia seorang yang pendendam.
Dia seorang yang mempunyai gerak hati yang sangat kuat. Dia seorang yang pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.



Ahh....Bagi Aku cukup mudah untuk men'describe' akan pemiliknya...
Seorang yang bagi Aku cukup bererti dalam kehidupan Aku seharian.
Seorang yang Aku rasakan terlalu memahami Aku selain isteri dan mak Aku.
Seorang yang Aku rasakan perlu setiap kali Aku dalam kesusahan.
Seorang yang Aku rasakan perlu setiap kali Aku jatuh sakit.
Seorang yang Aku perlukan andai Aku ada masalah.
Tapi Aku cukup risau seandainya 'Dia' tak muncul sehari dalam kehidupan Aku...sakit ke dia? demam kut? Atau dia mempunyai masalah? Sedangkan kami berdua sering bertukar2 masalah. Aku sanggup hilang harta, dari hilang 'wajah' ini yang sesungguhnya terlalu bernilai buat Aku. Dan Aku tak pernah lupa untuk mendoakan kebahagiaan setiap ahli keluarga Aku, tapi yang pasti namanya sentiasa terpahat dalam setiap episod doa yang Aku mohon kehadratNya. Beliau yang Aku maksudkan ini ialah Adik pompuan Aku yang bongsu, Kak Chik. Betul ker ni..wajah adik Aku??Kalau bukan ....Milik siapa wajah ini???



Tuesday, January 20, 2009

Pemimpin Atau Di Pimpin???

Aku secara peribadi laa memang suka sangat bila Barack Obama ni menjadi Presiden Amerika yang ke 44. Bukan apa, cuma aku ingin tengok akan perubahan yang dijanjikan terhadap pemerintahannya nanti. Apakah umat islam tidak lagi menjadi mangsa kerakusan pada manusia yang bertopengkan syaitan seperti George "The Shoes" Bush. Dan yang pastinya si syaitan ini akan fobia bila tengok kasut size 9....tah2 dia sendiri pun tak pakai kasut lagi selepas dilemparkan kasut pada hari2 terakhir pemerintahan
Dan yang pasti beliau akan dengki dengan seorang 'Tua' yang berilmu tinggi ini. Seorang ulama' dan berpendirian ISLAM yang tiada tolok bandingnya. Ramai dikalangan pemimpin sedia ada di Malaysia maupun seantero dunia, belum ada yang mampu menandingi ataupun menyainginya dalam segi pemerintahan. Ini kerana beliau sentiasa meletakan ISLAM di atas sekali dari semua segi. Itulah kelebihannya....Inilah yang Allah pandang pada seseorang yang bergelar PEMIMPIN ...dan bukannya Pemimpin yang diPIMPIN... Ah!! Persetankan semua orang yang hina, benci, meluat dan apa2tah lagi terhadap orang 'TUA' ini...tapi bagi aku dia layak di gelar 'KHALIFAH'...
Hidup!!! Tok Guru...Hidup!!! Tok Guru...Semoga Allah memberi tahap kesihatan yang baik kepada mu...aminnnn

Sunday, January 18, 2009

Untuk Mu Isteriku!!!


Seorang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan, kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri , adalah seorang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia, bertimbang-rasa dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang taat dan setia kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal sehingga kini hampir 12 tahun berlalu sudah. Si suami memohon kebenaran untuk berkata sesuatu terhadap isterinya... si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah, tiada tuhan yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia , wahai isteriku".

" Maha Suci Allah Ta'ala, sesungguhnya dirimu itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana kau sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga kau telah mendidik anak-anakku dengan sempurna sehingga kini. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukan mu kepada diriku. Aku teringat sebuah hadith Nabi yang bermaksud;

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redho kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."

"Ketahuilah oleh mu, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada umat manusia di luar sana betapa hebatnya kebahagiaan dan kegembiraan yang ku rasakan ini."

"Maha Suci Allah Ta'ala, aku memohon kepadaNya agar hidup ku terus disinari kegembiraan dan keceriaan yang berpanjangan selagi kau disisi, wahai isteriku..."

Kemudian disambut dengan linangan airmata yang mengalir halus membelai pipi si isteri tanda menyahut kesyukuran kehadrat Allah, agar apa yang diperkatakan oleh si suami akan diperkenankan oleh Allah yang Esa.

.

Wednesday, January 14, 2009

Ahli Sukan : Kebanggaan Umat!!!


Aku sekadar ingin berkongsi satu artikel yang aku terima dari seorang teman yang mencerita kan tentang kehebatan seorang umat Muhammad S.A.W yang begitu hebat dan wujud di kalangan umat akhir zaman.


Mohamed Aboutreika adalah nama yang tidak asing di dunia Arab, terutama dikalangan peminat bolasepak Arab. Beliau mungkin tidak terkenal dikalangan rakyat awam Malaysia yang lebih cenderung mengikuti perkembangan bolasepak Eropah. Tapi pada mata sebenar, beliau merupakan seorang tokoh ahli sukan yang harus dibanggakan dan dihayati kisahnya.


Aboutreika merupakan seorang pemain bolasepak kebangsaan Mesir. Melalui sepakan beliau, sudah dua kali Allah mengurniakan kemenangan kepada pasukan Mesir dalam Kejohanan piala negara-negara Africa (African Cup of Nations, ACN). Bahkan pada awal 2008 beliau telah diundi melalui International Federation of Football History & Statistics (IFFHS) sebagai pemain bola sepak paling popular di dunia.

Pada Januari 2008 lalu, sewaktu ACN di Ghana, dalam satu perlawanan kumpulan Mesir menentang Sudan, beliau telah menimbulkan kekecohan dalam dunia bolasepak dan Confederation of African Football (CAF) dengan satu adegan kontroversi, tapi sangat bermakna pada umat Islam.

Beliau yang menyarung jersey nombor 22 menjaringkan gol pertamanya dalam ACN lalu menyingkap jerseynya yang mendedahkan t-shirt yang dipakai di dalam dengan tulisan "Sympathize With Gaza ". Tindakan ini diambil dalam usaha membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap Gaza yang ketika itu baru sahaja ditutup sempadannya dari semua arah dan disekat semua bekalan kemanusiaan oleh penjajah zionist Israel . Bahkan, penduduk Gaza dengan desperate terpaksa memecahkan benteng Rafah untuk tembus ke Mesir untuk mendapatkan bekalan.

Peristiwa di Stadium Ohene Djan, Accra , Ghana itu mengundang perhatian dunia. Pengadil menghukum Aboutreika dengan kad kuning. CAF memberi amaran kepadanya. Dunia bercampur-campur perasaan mengenainya. Reaksi dunia yang sebahagian besarnya mengecam tindakan Aboutreika ini cukup bertentangan. Sedangkan pada World Cup 2006 yang lalu, seorang pemain Ghana secara terbuka mengibarkan bendera Israel selepas menjaringkan gol, namun tidak dikenakan sebarang tindakan. Dia hanya perlu meminta maaf kerana mengusik isu sensitif kepada bangsa Arab. Aboutreika pula menerima pelbagai tohmahan dan amaran kerana dikatakan membawa mesej berunsur politik. Namun, Aboutreika terpaksa menjelaskan mesejnya lebih berupa humanitarian. Walaubagaimanapun, umat Islam tetap menjulangnya tinggi kerana berani menyuarakan perasaan umum umat Islam, berani menanggung risiko untuk saudara-saudarinya di Gaza , berani berseorangan menegakkan kebenaran.

Di Gaza, satu pertandingan bolasepak yang dianjurkan telah diberi nama Piala Aboutreika bagi menghargai tokoh tersebut yang peka dan memperjuangkan isu mereka (rakyat Gaza ) dan sanggup menghadapi kesusahan yang boleh menggugat kariernya.
Selain peristiwa "Sympathize with Gaza ", Aboutreika juga pada 2006 pernah menyingkapkan t-shirt dengan mesej "We Sacrifice Ourselves for You Prophet Muhammad" selepas menjaringkan gol pada ACN 2006. Mesej tersebut adalah respon berikutan lukisan karikatur zalim mengenai Nabi Muhammad S.A.W. yang diterbitkan media Denmark . Demikianlah Aboutreika sentiasa memainkan peranannya sebagai Muslim sejati dan bermaruah dalam memperjuangkan isu umat Islam.Secara realitinya, keberanian yang dimiliki Aboutreika dalam menyuarakan kebenaran kepada dunia perlu diambil iktibar oleh para pendokong Islam.

Aboutreika seorang yang terkenal kerana sentiasa akan bersujud syukur sebaik sahaja menjaringkan gol. Beliau juga dilaporkan sebagai seorang yang berakhlak mulia dan patuh kepada perintah agama. Disamping itu, beliau juga seorang yang bergiat aktif dalam kerja-kerja kemanusiaan, membasmi kemiskinan dan aktiviti-aktiviti social service yang lain. Dari sini kita boleh mendapat gambaran kecenderungan, prinsip dan kekuatan beliau yang unik. Melalui trademark sujudnya dan qudwahnya ini juga, terbaru dari Islamonline. net pada 24 Nov 2008, beliau telah pun menarik ramai rakyat Congo memeluk Islam. "..merupakan pendakwah Islam", menurut Mufti Congo , Sheikh Abdullah Mingala Lwaba.

Ahli-ahli sukan lain, terutama yang beragama Islam, seharusnya meneladani Aboutreika. Kerjaya sebagai seorang ahli sukan tidak patut memisahkannya dari tanggungjawab Islam. Kelebihan yang dimilikinya seharusnya ditujukan untuk keuntungan agama. Bahkan, kerjaya tersebut sepatutnya lebih mengeratkannya dengan Tuhan Pengatur segala keputusan, lalu dia mematuhi segala anjuran dan perbatasan yang telah ditetapkan Allah. Ini adalah satu saranan khusus buat atlet-atlet Muslim.

Kemenangan Mesir dalam Piala negara-negara Afrika awal 2008 lalu yang menang 1-0 ke atas Cameroon dalam perlawanan final. Biar melalui kejohanan dengan penuh kontroversi, namun gol tunggal kemenangan Mesir itu dijaringkan oleh, tidak lain tidak bukan, Mohamed Aboutreika! Tahniah di atas kejayaan yang berliku jalannya!

Kenapa saya suka sangat peristiwa "Sympathize with Gaza "? Kerana ia satu mesej dari seorang insan kerdil tapi berjiwa besar yang mencabar Israel , "perencana" perjalanan dunia hari ini. Ia satu mesej yang mengajak dunia peka dan mempersoalkan "kuasa" yang kebanyakan negara tunduk kepadanya. Aksi Aboutreika yang menyeru agar dunia peka terhadap Gaza merupakan peristiwa yang akan sentiasa terpahat dalam sejarah, walaupun ada pihak yang cuba memadamkannya. Carilah di Youtube atau apa2 web video, sukar untuk anda menemui video kejadian tersebut. Namun, ada video atau tidak, ada gambar atau tidak.. Pada bangsa Arab, Mohamed Aboutreika adalah wira. Pada gerakan Islam, beliau memberi inspirasi. Pada umat Islam, beliau merupakan tokoh. Pada rakyat Palestin, beliau adalah pejuang.Dan yang menjadi kemusykilan aku..adakah ahli sukan kita yang berugama islam mampu untuk menuruti jejak seperti Aboutreika ni???


Semoga Allah SWT memberkati dan menerima amalan beliau dan mengurniakan kesudahan yang baik buatnya.

Tuesday, January 13, 2009

Jangan Biarkan Hidup Anda Diselubungi Misteri!!!

Salam Benua untuk para sahabat & rakan taulan. Aku ingin berkongsi satu cerita yang aku dapat dari para sahabat aku yang ada di muka bumi ini. Agak mistik juga cerita ini. Walaubagaimana pun cuba kita renungkan dan.......ahhhh!!bacalah dulu...

Bumi merupakan alam nyata bagi membina perkampungan dan kediaman manusia. Namun disebalik pandangan mata kasar terdapat juga kejadian Allah,makhluk halus yang turut sama mendiami alam maya ini.Mereka bukan setakat hidup malah mempunyai naluri yang sama seperti manusia,mencari tempat kediaman yang sesuai dalam kehidupan .Sekiranya harta yang anda miliki menjadi pilihan mereka untuk lokasi kediaman,sudikah anda berkongsi ruang dengan mereka ? Ikuti pengalaman detik-detik ngeri yang dialami seoarang eksekutif sebuah firma perniagaan selatan tanahair mengharungi sedemikian.

Menurut Azman ,pengalaman diganggu mahkluk halus tersebut dialami ketika cuti akhir tahun persekolahan tahun lalu.Beberapa hari sebelum berlangsungnya pertunjukan bertaraf antarabangsa di Pulau Langkawi dan Sambutan Hari Raya Haji.Pada peringkat awal dia hanya menghantar ibu,isteri dan anak-anak balik ke kampung halaman di Arau,Perlis untuk menziarahi keluarga sempena cuti sekolah.Apabila keluarga sebelah isterinya membawa menjenguk Pulau Langkawi menyaksikan pertunjukkan pesawat dan kapal laut,keluarganya sibuk pula mahu turut serta.Kebetulan pula salah seorang iparnya telah membina chalet untuk penginapan pelancong di Pulau tersebut.Oleh kerana Azman tidak dapat meninggalkan kerjanya terpaksalah dia pulang ke Johor dan meninggalkan keluarganya bercuti lama di kampung halaman.Pada mulanya Azman merancang untuk bertolak pulang sebelah pagi.Tujuan utamanya adalah untuk mengelakkan masalah mengantuk apabila memandu seorang diri pada malam hari.Sebelum peristiwa itu,beliau hanya menggunakan lebuhraya tersebut untuk perjalanan jarak dekat.Jika perjalanan jauh pula mesti bersama kawan untuk bergilir-gilir memandu.Jadi tidaklah menghadapi masaalah mengantuk atau letih memandu seorang diri.Malang tidak berbau,pada waktu malam sebelum bertolak balik,kereta yang dipandunya terhumban ke dalam sawah.Peristiwa itu berlaku gara-gara dua ekor kerbau yang melintas jalan.Keadaan tanah sawah yang lembut dan lecak akibat hujan sebelah petang hari menyukarkan usaha mengeluarkan kereta tersebut.Semakin digerakkan mengundur ke belakang,makin dalam pula tayar bahagian hadapan terbenam ke dalam selut.Untuk meminta bantuan orang ramai bergotong royong pula agak sukar kerana hari sudah gelap.Akhirnya terpaksalah kereta tersebut ditinggalkan dalam bendang menunggu siang hari.Setelah berhempas pulas dari pagi dengan bantuan orang ramai,akhirnya kereta tersebut dapat dikeluarkan menjelang tengahari.Kerosakkan yang dialami tidaklah serius,hanya sedikit lekuk pada dinding,tercabut bumper bahagian hadapan dan nombor plat kenderaan tertanggal.Selesai membaiki kerosakan,pada sebelah petang barulah dia bertolak pulang dari rumah mertua.Walaupun sudah merasa sedikit keletihan,dikuatkan semangat untuk pulang.Dia tidak mahu pekerjaannya terganggu.Seboleh-bolehnya dia mahu mempertahankan rekod perkhidmatannya sebagai ' orang kepercayaan ' pihak atasan dipejabat.

Perjalanan dari rumah mertuanya hingga kawasan susur masuk ke Tol Juru berjalan lancar tanpa sebarang halangan.Jalanraya agak lapang kerana waktu itu bukan musim cuti perayaan .Sekitar jam 08:00 malam Azman tiba dikawasan terowong Ipoh . (TEROWONG MENORA) Di kawasan itulah detik pertama dia mengalami gangguan.Sebaik sahaja memasuki terowong, Azman tersentak.Telinganya menangkap suara memanggil " Abang ! Abang ! " .

Suara wanita,halus dan lunak ! .Suara siapa memanggilnya dalam kegelapan malam di kawasan terowong begitu. Azman begitu pasti bahawa dia tidak berkhayal. Di keluarkannya telefon bimbit dari saku untuk melihat kalau-kalau suara itu datang dari telefon bimbitnya.Tidak ada tanda panggilan.Suara yang baru didengar sebelumnya bukan suara yang tersimpan dalam memori telefon bimbit,suara itu amat asing baginya.Dia tidak pernah menyimpan nada sebegitu dalam telefon bimbitnya.Radio kaset kereta mengalunkan irama lagu hit Hindustan.Mustahil ada selingan suara mel ayu dalam alunan lagu tersebut.Tingkap kereta juga bertutup rapat.Tidak mungkin ada suara dari luar menerjah masuk. " Abanggggg ! " kali ini suara itu muncul lebih manja dan menggoda. Azman melihat cermin sisi.Jalanraya lengang,kosong,tidak ada sebarang kenderaan dibelakang.Sesekali ada juga kenderaan dari arah bertentangan menderu laju membelah kepekatan malam.Hatinya mula berdebar . Sah ! ada sesuatu sedang mengganggu perjalanannya.Lagu Hindustan yang sedang berkumandang dihentikan.Kumat-kamit mulutnya membaca Al-Quran yang dihafal.Tanpa sedar had kelajuan kenderaan semakin bertambah.Kalau boleh dia mahu cepat-cepat meninggalkan kawasan lebuh raya sunyi tersebut.Menghampiri kawasan Gua Tempurung satu gangguan lagi dialaminya.Terlihat sesusuk tubuh manusia melintasi jalan lalu berdiri menahan kenderaannya.Susuk tubuh seorang perempuan.Bajunya kusut masai,compang-camping berlumuran darah.Tentunya bukan hantu bisik hati kecilnya kerana biasanya susuk tubuh hantu yang diketahui berpakaian putih,baju labuh mirip seperti fesyen pengantin cina.Mungkin wanita tersebut terlibat dengan kemalangan bisiknya.Hampir-hampir dia memberhentikan kenderaannya tetapi fikirannya pantas menangkap sesuatu yang tidak kena.Tentunya dia bukan manusia biasa !

.Manusia biasa tidak mungkin dapat melintas jalan dengan pantas seperti terbang sebelum menahan keretanya.Spontan kakinya menekan pedal minyak,memecut laju meninggalkan kawasan itu.Suara perempuan mengilai-ngilai mengisi ruang malam kedengaran sebaik sahaja dia memecut laju meninggalkan wanita berbaju kumal berlumuran darah tersebut.Dalam situasi ketakutan tangannya memaut stering mengelak sesusuk tubuh yang terbaring di jalan.Ya Allah ! pekiknya kemalangan ngeri.Bukan satu,dua tetapi berbelas-belas tubuh berlumuran darah bergelimpangan ditengah jalan.Mayat-mayat bergelimpangan dengan darah mengalir memenuhi jalanraya.Ada pula yang sudah bertutup dengan kain kapan.Bunyi Hon kuat diiringi suara brek dari arah belakang mengejutkannya.Ternyata dia masih bernasib baik kerana sebua bas ekspress yang laju datang dari arah belakang masih mampu dikawal dari merempuh keretanya.Cepat-cepat dia memaut stering ke kiri.Tindakan pantasnya menyebabkan dia melanggar sekujur tubuh yang sudah berbalut kain kapan terbaring di jalan.Tetapi aneh ! kenderaannya tidak melambung seperti sewajarnya bila melanggar tubuh kaku tersebut.Hanya seumpama merempuh kabus semata-mata ! . Ayat suci Al-Quran terus dibacanya berulang ulang kali.Bas ekspress yang tadi hampir merempuhnya memotong dan membunyikan hon sekali.Tidak pasti adakah tanda marah atau peringatan.

Azman balas dengan Hon sekali juga.Tubuhnya gementar.Jantungnya berdebar.Terasa menyesal pula dalam hati kerana menolak pelawaan saudara mara untukbercuti di utara.Mudah-mudahan janganlah ada petaka lain menggganggu dalam perjalanan seterusnya.Itulah doanya dalam hati sebelum membelokkan kereta di salah sebuah kawasan Rawat dan Rehat ( R & R ) yang paling hampir.Di situ dia menunaikan Solat Maghrib dan Isyak secara Jamak dan Qasar.Selepas mengisi perut dengan roti bakar dan kopi O panas dia masuk ke kereta semula untuk menyambung perjalanan.

Ketika menghidupkan enjin kenderaan,datang seorang lelaki mengetuk cermin kenderaannya. Azman menurunkan cermin kenderannya untuk mengetahui maksud kedatangan lelaki itu.Riak kehairanan tidak dapat di buang dari wajahnya kerana sebelum ini memang dia tidak pernah mengenali lelaki tersebut . "

Lain kali kalau mengantuk bawa berehat Bang.Tidur dulu ! Bahaya abang memandu macam tu.Abang bawa kereta ke tengah,ke tepi kat kawasan Gua Tempurung tadi tu,nasib baik saya sempat brek ! kalau tidak , kereta abang dengan bas-bas saya berangkut ke balai malam ni...." .Kata lelaki itu dengan nada agak keras.Tahulah Azman bahawa lelaki tersebut merupakan pemandu bas ekspress yang hampir merempuhnya di kawasan Bukit Tempurung sebelumnya . " Maaflah...saya bukan sengaja. Saya mengelak mayat-mayat tadi tu,tak perasan saya ada kenderaan belakang.."Jawab Azman . " Mayat ? Mayat apa ? Mana ada Mayat ..Abang memandu dalam mimpi tak ...." Lelaki itu menyoal dengan nada hairan.Jelas apa yang dilihat dan dielak bersungguh-sungguh sepanjang kawasan Bukit Tempurung tersebut adalah ilusi Azman semata-mata. " Kawasan tu memang keras Bang.....Ramai orang N ampak macam-macam dekat situ.Dalam tahun 90 an dulu ada tanah runtuh di situ.Banyak makan Korban.Mungkin Roh dia orang berkeliaran.Kalau boleh elakkan dari memandu sorang-sorang kat situ....." .. N asihat pemandu bas tersebut sebelum meninggalkan Azman . " Gangguan yang menimpa saya tidak habis setakat itu sahaja.Sepanjang perjalanan saya terus di ganggu.Cuma tidaklah sehebat ketika melalui kawasan Bukit Tempurung.Kadang-kadang ada bau kemenyan,bau wangi bunga,bau busuk hanyir.Kadangkala saya dengar orang memanggil tetapi bila saya dengar betul-betul suara itu hilang.Tak tahu nak buat apa lagi.Macam nak tinggalkan kereta saya kat tepi jalan dan balik naik bas sahaja malam itu ......." , Mohd Azman bin Wahid ,35 menceritakan pengalamannya. " Akhirnya saya cakap sorang-sorang,kuat-kuat...! Kalau kau nak tumpang,tumpanglah ! Jangan kacau aku.Barulah aman sikit. Ada masa saya dengar suara budak-budak bergurau,berkelahi sesama sendiri. N ampaknya bila dah kena " WARNING " jangan buat kacau,dia bawa anak beranak dia pula menumpang kereta saya !". " Bau bermacam-macam tu tidak terus mengganggu saya.Sudah sampai rumah selang satu dua hari bau busuk,kemenyan,bunga rampai terus menerus mengganggu saya lagi.Bukan sahaja saya,tetapi kawan-kawan yang menumpang kereta terhidu sama.Balik dari Langkawi,keluarga saya pun terhidu sama.Setiap kali naik kereta,anak saya ayik mengadu bau busuk,bau kemenyan..." ..

Dengan nasihat kawan-kawan,akhirnya saya bawa kereta saya berjumpa seorang tua di Pekan Gelang Patah,Johor.Akhirnya masalah itu dapat diatasi.Dia ajak saya sama-sama baca Ayatul Qursi dan Ayat Empat Qul pada setengah baldi air.Selepas itu tak tahulah doa dan bacaan apa dia bacakan waktu merenjis dan menjirus kereta saya.Kalau tengok sekali macam dia berinteraksi dengan makhluk dalam kereta saya......" . " Orang tua yang saya jumpa tu cakap lebih kurang macam ni lah ........ " Wak tengok-tengok makhluk itu bukan dari kawasan Gua Tempurung ! . Sebelum balik Johor engkau ada tinggalkan kereta dalam sawah kan ? ! Waktu itulah makhluk itu masuk mendiami kereta engkau,bukan satu tetapi sekeluarga.Makhluk itu rasa selesa dan serasi nak jadikan kereta ni rumah baru mereka.Anak-anak dia pun rasa seronok sama.Kalau kamu terlibat dalam nahas kat Bukit Tempurung itu kelmarin memang beraya sakanlah mereka dalam rumah baru ! Nasib baik kamu dapat kawal diri masa memandu...." . " Bau macam-macam dalam kereta engkau ni sebenarnya bau keluarga makhluk itulah.Anak beranak syaitan ini ada macam-macam bau.Ada bau kemenyan,bau bunga kenanga,bunga rampai,hamis macam usus ayam. Tetapi jangan bimbanglah,wak dah usir mereka balik kat tempat asal mereka.Wak cakap kamu dan sekeluarga tak sanggup berkongsi rumah kediaman dengan mereka." . " Selepas ini kalau naik putarkan sama ayat-ayat Al-Quran.Jangan asyik putar lagu Hindustan memanjang.Makhluk macam itu suka dengan bunyi-bunyian,muzik,paluan gendang, sebab itu kereta kamu ini menjadi pilihan keluarga mereka ! " . " Begitulah pengalaman saya yang terjadi dalam bulan Disember yang lalu."

Kisah yang diceritakan oleh Azman ini seharusnya menjadi iktibar buat kita semua.Kita tidak harus melekakan diri dengan hiburan semata-mata dalam kehidupan sementara di dunia ini.Selain dari menjaga hubungan dengan manusia kita wajib meyakini kewujudan makhluk halus sebagaimana maksud firman Allah didalam Al-Quran . Dan yang pasti...jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri!!!

Monday, January 5, 2009

Happy New Year....2009

Dah lama rasanya aku tak update blog aku ni....sibuk sikit baru2 ni dengan kerja di kantor. Apa pun belum terlambat aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2009. Apa azam korang tahun ni??? Aku seperti biasa....masuk je tahun baru terus mula berazam untuk melaksanakan azam aku yang belum lagi tercapai pada tahun2 lepas....nampaknya entah bila azam baru aku akan menjelma....azam korang camna pulak??? sebenarnya banyak yang aku nak cerita sebelum tahun baru muncul, tapi tak sempat jugak!!!! tengok arr nanti, kalau ada waktu aku story kat korang...Happy New Year!!!!May God Bless Us