Tuesday, June 2, 2009

Erti Sebuah Kasih Seorang Suami!!!

Aku tertarik dengan email yang aku dapat dari seorang teman. Aku dapati apa yang di perkatakan ini ada kena mengena dengan realiti kehidupan aku sebenar dalam melayari kehidupan suami-isteri. Dan aku megolah balik isi cerita agar mudah difahami.

Dalam mengharungi kehidupan 'Aku' suami - isteri . Berbagai asam garam kehidupan berumahtangga yang kami hadapi selama 13 tahun kami ber'pacaran'. Pahit, manis, kelat dan masin memang serba cukup bagi mewarnai bahtera kehidupan kami. 'Aku' suami-isteri sering bersembang2 sebelum mata terpejam lena. Entah macamana dialog2 dari isteriku telah terkeluar dari mulutnya.

Isteri 'Aku' : Mengapa abang menyukai Ayang? Mengapa abang cintakan Ayang?

'Aku': Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Ayang!

Isteri 'Aku' : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan Ayang sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

'Aku': Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Ayang!

Isteri "Aku' : Tak boleh beri bukti! Tidak! Ayang hendak abang terangkan kepada Ayang sebabnya. Kawan-kawan Ayang yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

'Aku' menarik nafas panjang dan dia berkata, "Baiklah! Abang mencintai Ayang sebab bagi abang Ayang cantik, lemah lembut, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Ayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Ayang!"

Isteri 'Aku' tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan 'Aku'. Namun begitu selang beberapa hari isteri 'Aku' mengalami demam yang amat teruk sehingga koma di hospital. 'Aku' amat bersedih lalu berkata kepada isteri ku walaupun isteri ku masih dalam keadaan koma kerana 'Aku' tahu bahawa isteri ku tetap mendengar,

"Ayang! Jika disebabkan suara, abang mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu abang tidak boleh mencintaimu."

"Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan abang mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu abang tidak boleh mencintaimu."

"Jika disebabkan senyuman, abang mencintai mu... sekarang bolehkah ayang tersenyum? Tidak! Oleh itu abang tidak boleh mencintai mu."

"Jika disebabkan setiap langkah, abang mencintaimu. ... sekarang bolehkah ayang melangkah? Tidak! Oleh itu abang tidak boleh mencintai mu."

"Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Abang tidak mempunyai sebab mencintai ayang lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Abang masih mencintai ayang dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

Maka menitislah air mata seorang ISTERI yang sudah memahami erti sebuah kasih-sayang bagi seorang yang bergelar SUAMI seperti 'Aku'...

Moralnya disini adalah jangan dipersoalkan kasih sayang seorang SUAMI jika kita telah redha bahawa dia adalah ketentuan Allah kepada kita sebagai ISTERI kepadanya.