Monday, December 1, 2008

Monday, November 24, 2008

Abah "The Only One" Aku

Bagi Aku...kasihnya Emak membawa ke syurga, dan kasihnya Abah sampai bila-bila. Insyaallah...selagi hayat Aku dikandung badan, selagi Aku berpijak di bumi nyata...Aku akan terus menyayangi Abah yang semakin dimamah usia seperti mana Aku menyayangi Emak juga. Tiada kata secantik bahasa, tiada gambar seindah lukisan untuk menyatakan betapa sayangnya Aku terhadap Abah. Beliau seorang yang cool, baik, peramah, suka ketawa, tak suka marah, pemurah, mudah kesian, penyayang dan macam2 ada kalau nak bercerita tentang Abah ini, macam jugak abah korang...tul tak?? Tak pernah sekali Abah mengajak Aku membantunya dari sekecil umurku lapan tahun hinggalah Aku dikurniakan 3 orang anak...melainkan Aku sendiri merasa kesian melihat dia, Aku pasti meringankan otot2 Aku walaupun sememangnya berat demi Abah. Kalau boleh tak sanggup rasanya Aku membiarkan Abah membuat kerja yang berat2 lagi. Tapi Abah tetap degil membanting tulang empat kerat untuk menyiapkan bilik tidurnya, yang sememangnya Aku sendiri tak terfikir diakal fikiran bahawasanya Abah yang membuatnya. Aku tabik "springgggg" beribu kali padan Abah...


Apapun Abah tetap istimewa terhadap Aku sekeluarga apatah lagi dikalangan saudara-mara Aku. Beliau disayangi tak kira tua-muda...Suka melayan kerenah anak2. Dan yang terUTAMA sekali kelebihan yang ada kat Abah, beliau pandai memasak dan tak salah kalau Aku gelar dirinya 'IRON CHEF' . Beliau pandai mereka cipta masakan, antaranya ' telur kicap ', ' chuq manih ', ' ikan bilis goreng serbuk lada ' dan aneka nasi goreng. Hanya orang yang pernah merasainya , pasti akan tahu betapa Aku semememangnya tak menipu tentang 'iron chef'nya Abah. Aku tahu kini, sesiapa yang disayangi oleh Abah pasti akan merasa masakannya....janji buka mulut dan berkata," Papa buat nasi goreng"....Kalau dia sayang orang tu, pasti digorengnya dengan kadar segera. Beruntung sangatlah orang tu...


Dan kini pada tanggal 21 hb Nov 2008, genaplah umur Abah 64 tahun. Ya Allah ...Kau panjangkanlah umur Abah agar dia terus dapat membaca surah2 dari kitab Mu, Ya Allah...Kau ampunkanlah dosa2 Abah dari sebesar2nya hinggalah sekecilnya zarah, Ya Allah...Kau sihatkanlah tubuh badan Abah agar dia mampu melaksanakan tanggungjawabnya terhadap MU, Ya Allah...Kau permudahkanlah segala urusan Abah agar dia terus mensyukuri nikmat Mu, Ya Allah...Ampunkan dosa2 Aku terhadap Abah dari sebesar tapak tangan hinggalah ke akhir hayat Aku...Sesungguhnya Abah tiada 2 dalam hidup ku....Di akhir bicara dan yang mampu Aku ucapkan hanyalah sebaris kata,.." Aku sayang Abah....dan selamat hari lahir buat Abah....."

Tuesday, November 18, 2008

Maafkan Aku.....Sahabat!!!

Terkenang akan kisah sewaktu kecil ku, apabila abah ku bercerita...

Ada seorang anak yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.Pada suatu hari, abahnya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini abah?" tanya pemuda tersebut."Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab abahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.Dia pun memberitahu abahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Abahnya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-pakutersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada abahnya dengan bangganya. Abahnya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik...anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari.Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakkan mu ke arah kejayaan.Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.
"Sahabat..maafkan Aku sekiranya Aku pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."

Wednesday, November 5, 2008

Jelajah Trengganu



Pada 1 hb Nov 2008 hari sabtu, Aku telah turut serta dalam rombongan meminang untuk 'adik Wan' Aku ke Ladang Jaya, Sungai Tong, Trengganu Darul Iman. Rombongan yang pada mulanya akan di'konvoi' dengan 4 buah kereta yang memuatkan ahli seramai 20 orang. Alih2nya sehari sebelum konvoi bermula, hanya tinggal 2 kereta sahaja lagi yang akan meneruskan misi peminangan ini. Ini kerana ramai ahli yang terlibat dengan komitmen yang lain disaat2 akhir.


Yang pastinya, Aku bersama dengan Emak, Abah dan Nyah telah berjaya menempatkan diri kami dalam acara peminangan ini. Ini bermakna Aku sekeluarga dalam satu kereta iaitu 'My Dream Car....Toyota Avanza 1.3 vvti'. Dan penghuni kereta sebuah lagi iaitu Abah Uban, Mak Mok, Kak Long, Adam, Dia dan my bro, Bapak....menaiki proton tank. Kami bertolak pada pukul 0945 melalui jalan Neram - Jabor. Kata Bapak, ini 'jalan belakang'....Sebenarnya Aku excited sangat nak pergi sebab dah lama Aku tak ke Kuala Trengganu, apatah lagi ikut jalan belakang. Tapi sepanjang jalan Aku tak la boring sangat dan tak speeding pun sebab Aku bawak 'Pengarah JPJ Pahang', sapa lagi kalau bukan Emak Aku sendiri. Boleh katakan dia tak lelap walau sesaat pun...dan mulutnya pun tak diam. Sampai Kuala Berang, Abah Uban suruh Bapak berhenti sebab dia nak makan nasi....lapar katanya. Yang membuatkan Aku tertanya2, kami nak ke rumah kenduri tapi masih lagi berhenti untuk makan. Inilah 'special'nya ahli keluarga Hjh Teh yang sememangnya tak boleh jauh dari makan. Makan pulak tu mesti yang enak2 sih!!...kepala ikan patin 2 biji, ekor ikan patin 2 ketul, ikan lampam goreng 1 ekor, ikan bakar 2 ekor dan ulam2an yang lain. Yang nak makan tak sampai 10 orang tapi lauknya dekat 10 orang lebih makan....Aku anggarkan bayarannya dalam RM 70 - RM 100,...cis!!! Aku tewas dalam pembidaan....rupa2nya tak sampai RM 50. Sampaikan Aku suruh budak pompuan tu kira lagi sekali....betullah...bayarannya RM 41 jer.


Kami sampai ke Ladang Jaya, Sungai Tong tepat jam 1 ptg. Tak payah la kita cerita tentang proses peminangan sebab itu keje 'orang tua'. Lebih kurang 1 1/2 jam, semuanya berjalan lancar. Kami bertolak ke Kuala Trengganu kerana Emak Aku ngan Kak Long yang kepingin sangat nak ke Pasar Payang. Tak ada apa yang 'special' pun kat Ganu ni dan tak ada perubahan pun dari 7 - 8 tahun lepas kali terakhir Aku ke sana ngan 'TOK'...jam telah menunjukan hampir ke pukul 5 ptg, kami bertolak balik ke Kuantan ikut 'jalan Pantai' kata Bapak. Sampai di Kerteh, dah maghrib...isi minyak + sembahyang, pastu Abah Uban ngan Tok Siah dah mula lapar...makan dulu. Seperti biasa, Aku turut juga membida kali ini...dengan TomYam 2 orang makan, Sup Tulang 3 orang makan, Nasi Goreng USA 2 orang makan, Nasi Goreng Cendawan, Kuew Tiau Goreng dan air. Memandang dah dekat ngan Kuantan, Aku ambil harga Kuantan.....mesti tak lari dari RM 60 - RM 70...Aku bersedia untuk membayar kali ini, kesian gak kat Abah Uban...Akhirnya Aku hanginnnnn satu badan, kerana Aku cuma dikehendaki membayar RM 50 jer.!!!Kalau ada rezeki, Aku nak bawa lagi keluarga Aku ke Trengganu, hanya untuk MAKAN saja....murah bebb!!!!!


Akhirnya kami selamat tiba ke Bukit Goh hampir jam 2130...Alhamdulillah, semua selamat. Apapun yang menghairankan Aku...hanya 1 perkara iaitu Aku tak rasa letih dan penat walaupun sepanjang hari perjalanan tanpa pertukaran 'driver' ngan Nyah. Ooooooo baru Aku ingat, sebelum memulakan perjalanan pagi tu Aku pekena 1 sachet 'Kopi Kawe'.....terima kasih 'Kopi Kawe'...dan rupa2nya 'My Dream Car' telah membuat perjalanan sejauh 508 km selama hampir 12 jam...duit minyak RM 85.00 jer....Jumpa lagi Trengganu!!!!!!




Thursday, October 23, 2008

' Tok Siah '

'Tok Siah'


Siapakah perempuan yang tersenyum 'himpun' persis akan seseorang yang telah lama meninggalkan Aku. Seseorang yang sentiasa Aku ingat sampai hayat Aku dijemput pergi. Aku menjadi terlalu ingat akan 'senyuman himpun' ini. Senyuman yang sememangnya Aku rindukan selama ini. Sememangnya 'senyuman himpun' ini milik Allahyarhamah Pn Hjh Che Piah Binti Ibrahim yang Aku senang memanggilnya dengan panggilan 'EMAK', walaupun bukan dia yang melahirkan Aku ke dunia ini. Bagi Aku, panggilan ini terlalu bermakna buat Aku dan dia sememangnya layak Aku panggil 'EMAK'.

Dan kini 'senyuman himpun' ini kembali muncul menghiasi ruang sepi ku. Suasana muram pudar warna selama ini seakan2 kembali menyinari kehidupan Aku. Perempuan ini adalah Pn Norsiah Binti Ibrahim yang dilahirkan pada tanggal 17 hb Januari 1949, dan beliau adalah Ibu Kandung Aku. Beliau juga merupakan kakak kepada pemilik 'senyuman himpun' yang Aku maksudkan ini. Dan kini Aku dah kekurangan kasih sayang dari seorang 'EMAK'....Aku rasa tak sanggup lagi untuk kehilangan kasih sayang 'EMAK', walaupun Aku tahu apa yang Aku inginkan dan harapkan ini ianya pasti tak akan kekal buat selamanya. Bagi Aku, setiap saat dan detik waktu yang Aku lalui bersama 'EMAK' Aku ini terlalu berharga buat Aku. Tiada emas bergunung, tiada wang berjuta yang dapat menukarkan Aku dengan kasih - sayangnya. Azam Aku diwaktu tuanya ini, Aku akan cuba menghiburkan dan menyenangkan beliau. Apa yang dihajati beliau, Aku akan cuba untuk tunaikannya. Dalam ertikata lain, demi 'EMAK'....Aku sanggup lakukan apa saja. Kemana saja dia nak pergi, akan Aku bawa. Tapi buat waktu sekarang pergerakannya agak terhad, mungkin faktor umur dan keadaan kesihatannya membuatkan ianya seolah2 tidak berdaya untuk aktif seperti 10 - 20 tahun yang lalu. Hormat Aku kepada 'EMAK' menjadi terlalu agung untuk Aku pertikaikan, iaitu tatkala adik lelaki Aku melangsungkan perkahwinan di P.Pinang baru2 ini. Beliau pergi dalam keadaan yang tidak berapa sihat, tetapi disebabkan dia terlalu menyayangi adik Aku, dia meng'GAGAH'kan dirinya dalam keadaan kesihatan badan yang tidak mengizinkan dan cuba menyembunyikan kaki yang sememangnya sakit 'ghout', dari 'senyuman himpun' beliau boleh sembunyi tetapi Aku dapat rasakan kesakitan kaki beliau dari mimik muka yang gagal beliau sembunyikan....yang Aku banggakan adalah demi setiap seorang anak yang disayangi beliau sanggup korbankan apa saja. Sayangggg EMAK....Yang menghantui dan apa yang Aku takutkan kini, tatkala Aku pulang ke kampung, wajahnya tak muncul menyambut kepulangan Aku. Demam ke dia? Atau Sakitkah dia? Perasaan takut akan 'kehilangan' tiba2 muncul....sebaik salam diberi dan kedengaran suara merdunya itu membuatkan Aku kembali tersenyum. Rupa2nya Aku masih ada 'EMAK'....Mungkin dilain kesempatan Aku akan bercerita lagi tentang 'EMAK'....

Ya Allah, Engkau selamatkanlah dan lindungilah 'Emak' Aku dari segala kemungkaran Mu selama mana dia bernafas...Lindungilah dirinya dari segala kedaifan di dunia dan akhirat...Ya Allah, Engkau permudahkanlah segala urusannya di dunia dan akhirat jua...Engkau sihatkan tubuh badannya, agar dia terus beribat pada Mu...Ya Allah, Seandainya Engkau ambil setiap detik nafas ku dan nescaya Engkau berikan buatnya, Aku redha...Ya Allah, sesungguhnya Aku tak pandai berdoa...Bagi Aku, Engkau adalah Maha Agung...Ya Allah, Engkau pandanglah doa Aku ini Ya Allah... amin ya rabbal alamin




Sunday, October 12, 2008

' Kala Bulan Mengambang 2'...

'Dark Water Crew'


Entah mengapa Aku terlalu ter"attrack" ngan gambar ni...mungkin ianya dalam versi hitam -putih kot???? Tetapi bagi Aku ianya lebih dari itu...dan terima kasih untuk adik Aku Cok Dang yang semakin kreatif bersama kameranya...
Apapun Aku nak cerita rahsia disebalik gambar ini...disamping korang fikir sendiri siapa makhluk yang Aku maksudkan...??? Diantara mereka ini, beliau dikenali sebagai 'hemsem boy'...orang tak kata, tapi dia sendiri yang kata...kononnya aritu keta dia rosak kat Genting Sempah sebab 'plug' enjin out 2 biji terpaksa jalan ngan 2 silender jer...maksudnya ngan kelajuan 20.59 km/jam, tak lebih tak kurang la jawabnya...waktu tu... katanya laa...hari Ahad malam orang dah mula menghala ke KL balik cuti raya dari kampung. Jalan 'jammed', keta semuanya jalan macam siput. Ada laa, sebuah keta 'over take' keta dia walaupun dalam kelajuan macam siput khinzir tu...lalu awek dalam keta tu menoleh dan senyum kepadanya 2 - 3 kali, disebabkan awek tu senyum kat dia,...nah!!! habis sekampung berita mengatakan dia hensem telah tersebar cuma tak masuk dalam tv ngan radio je...Aku agak minah tu 'tahan' dan tersenyum kambing sebab nak terkencing yang amat sangat, almaklumlah tengah 'jammed'...dia lak pandai2 kata kononnya awek tu kata dia hensem... Aku hangin betulllll laa ngan mamat ni...Sapa dia??? Korang cari sendiri antara bertiga ni.
Yang mamat sorang ni lagi la pulak,..dengar citer dah ada awek baru...betul ker?? Aku macam tak caya jer...sebab dia ni macam gak ngan mamat yang Aku citer tadi, suka ngat layan 'perasan' mereka tu...Sebelum balik kampung Aku tinggalkan keta kancil isteri Aku kat dia la supaya boleh melaram pada hari raya, tak la naik motor yang lagi 6 bulan baru habis bayar...Bukan apa, Aku sian gak kat dia ni...Akukan Abang!!! Alih2 mak Aku cakap 'start' malam raya dan berkemungkinan sampai laa habis raya, dia melaram ngan keta Abah Aku...terpaksa laa orang tua tu naik keta kancil jer...mangkuk tingkat.com laa mamat ni... Aku rasa dia bawak awek dia, sebab bau pompuan yang tak pernah aku bau selama ini selain dari orang pompuan dalam keluarga Aku...tapi Aku tetap tak caya dia ada awek sebab mamat ni tak la hensem ngat sama ngan mamat yang Aku citer tadi...Korang mungkin kenal ngan mamat ni...Sapa dia???? Sori...cari sendiri.
Dan yang akhir sekali....dia ni bukan la gemuk, cuma badan besar jer....yang bagusnya dia ni, tak pernah dabik dada dan ngaku hensem, tapi dia manis ada...disebabkan ngan gambar hitam - putih ni laa, dia telah di'intai' oleh SutraDara Mamat Khalid untuk berlakon bersama Rosyam Nor dalam filem terbaru beliau, dengar citer tajuknya 'Kala Bulan Mengembang'....padan laa ngan badan dia...betul tak???? Second hero beb!!! Aku harap korang doakan mamat ni berjaya dalam kerjayanya....Korang memang kenal ngan mamat ni....memang kenal....Sapa dia??? Ahhh!!! malas laa nak bagitau....

Friday, October 10, 2008

Tuesday, September 9, 2008

Yea! Yea! Yea! Adik Aku Dah Kahwinnnnn..... 2

Aku terasa nak sambung cerita tentang majlis perkahwinan adik lelaki Aku yang berlangsung di Kuantan la pulak pada hari Sabtu 16 hb ogos 2008, hanya berselang seminggu saja kenduri di sebelah pengantin perempuan yang berlangsung di Sungai Acheh, P.Pinang. Aku tak pernah lagi menghadiri suasana menemani pengantin apatah lagi melibatkan adik Aku sendiri kali ini. Jangan salah faham pulak.....Sebenarnya Aku 'terkaget' dengan layanan dari pihak pengantin perempuan terhadap rombongan kami. Memang dah ramai orang buat dengan suasana itu, di mana ada 'stall cendol', 'stall teh tarik' dan 'stall bubur'...dari segi menu masakan pulak, jangan lawan laa, memang sedap!!! Almaklumlah selera UTARA, yang tak dapat dilupa menunya iaitu 'gulai kawah' ngan 'ayaq asam kerisek'...Ishhh!! Meleleh air liur bila mengingatnya. Memang sungguh teruja Aku pada saat itu...minit itu...jam itu...hari itu...dan macam2 itu lagi yang tak dapat diungkap dengan kata2. Cuma yang menjadi persoalan dalam kepala Aku, apakah rombongan mereka nanti akan mendapat layanan sedemikian rupa atau lebih lagi???? Ahhh!! Kusut akal Aku memikirkannya. Apakah rombongan mereka nanti akan mendapat layanan sebegitu juga???



Apa yang pasti, pada hari sebenar dengan tema ' Flora Fauna.....Jagalah Alam Kita' iaitu warna hijau. Aku yang selama ini memang tak berminat langsung ngan tema2 ini...Kerana bagi Aku ianya banyak menyusahkan dari menyenangkan. Tapi kali ini, Aku sekeluarga memang bersemangat untuk mengikut warna tema, terutama sekali siapa lagi kalau bukan isteriku tersayang Pn Ummi Kalthum yang sememangnya minat dengan benda2 tema-mema ni. Tapi yang peliknya, Aku boleh ikut serta kali ini. Aku macam tak percaya la pulak.....Tapi tak apa, Akukan Abangggggg!!!! Ikut la apa yang adik2 nak, asalkan mereka gembira...



Tapi alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan oleh kami semua apatah lagi sekalung tahniah untuk Pengarah Projek Majlis iaitu adik kesayangan Aku, SallieYanti yang bertungkus lumus dengan kakak2nya yang 2 orang lagi....pun adik2 kesayangan Aku juga iaitu Suzieyati dan Rosni...dan tak lupa juga kepada AJK2 yang terlibat dari yang tua hingga kecil sekali. Apapun Aku harap pihak rombongan pengantin perempuan dari P.Pinang yang datang 1 Bas telah berpuas hati dengan layanan yang kami balas walaupun tak semeriah di sana tapi sedikit sebanyak ianya memuaskan hati semua yang hadir. Aku seronok dengan rombongan 'Cik Kiah' ni sebab depa semua macam adik beradik seolah2 dah lama kenal. Dan akhir sekali, terima kasih untuk diriku juga yang seharian bertugas dari pagi hingga ke malam....kerana keesokannya Aku pasti akan Sakit Pingganggggggggggggg.








Thursday, September 4, 2008

Yea! Yea! Yea! Adik Aku Dah Kahwinnnnn.....1

Tarikh 08.08.08 menjadi tarikh keramat bagi adik lelaki sulung Aku kerana.... Aku dan keluarga telah 'menyemakkan' diri untuk hadir ke majlis bersejarah adik aku itu....Terima kasih sudi menjemput Aku.....Oh! Ya...Akukan Abangggg. Kami bertolak ke masjid sebaik saja masing2 telah menunaikan 'jamak' di Hotel Puchong....Dan kami sampai di perkarangan masjid sewaktu azan Isyak berkumandang....Lebih kurang pukul 9 lebih, dan semuanya dah bersedia di dalam masjid untuk majlis akad nikah. Tok Imam dengan panjang lebar memberikan khutbah, Aku pun menyibukkan diri sebagai 'camera man', walaupun hanya pakai digital je....Cok Dang ngan Cik Riz kemain lagi ngan 'camera' mahal dia orang.....Ciss!!!Bengang Aku, lantas teringat kata Arwah Ayah Rashid, " Takpa...Tengok la nanti, kalau Aku ada duit...Barulah tak nak beli." Aku sehingga sekarang tertanya2 , kenapa arwah Ayah Rashid berkata demikian tatkala beliau berminat dengan sesuatu barang tetapi dia tiada duit.....


Hampir sahaja majlis akad hendak dimulakan, entah macamana Aku seakan2 terdengar suara yang Aku amat kenali telah membisik di telinga Aku, " Abang, alhamdulillah adik hang dah selamat. Terima kasih mak ucapkan kerana hang sentiasa mempertahankan apa yang mak harapkan sekiranya mak hidup"...... Aku tercari2 akan suara itu, manalah tahu dia benar2 muncul...., akhirnya Aku melihat seseorang yang hampir seiras dengan pemilik suara tersebut. Tersentap jantung ku, kerana orang yang Aku lihat sekilas pandang tadi adalah Tok Siah iaitu Mak Aku sendiri. Oh! Tuhan.... Terima kasih kerana telah memberikan aku sebuah kerinduan yang Aku dambakan selama ini....Tapi sayang, Aku tak mampu untuk berada di majlis akad tersebut, Aku malu untuk berhadapan dengan khalayak pada malam itu kerana Aku gagal menghalang airmata lelaki yang begitu mahal kononnya untuk dibazirkan. Lantas Aku meninggalkan majlis akad itu dan memerapkan diri di dalam kereta, akhirnya hati Aku puas kerana kerinduan Aku selama ini telah 'terbayar'. Dalam Aku melayan perasaan, Aku mengenangkan kembali akan nostalgia lama yang dah lama Aku cuba hindarkan untuk Aku mengingatinya. Aku terkenang akan arwah Ah Tong yang berpesan kepada Aku agar tengokkan adik2 seandainya salah seorang dari kami telah tiada. Dan dalam percaturan itu Aku telah digalaskan tugas tersebut. Jadi nak tak nak, Aku terpaksa...kerana ini amanah dari seorang abang sulung kepada Aku, kononnya. Tak taulah pulak pada penerimaan adik2 aku yang lain, adakah Aku layak untuk mengganti tempat Ah Tong??? Apakah Aku layak untuk memberi pendapat atau nasihat kepada mereka? Insyaallah, Ah tong...Gua akan buat apa yang mampu gua lakukan. Anyway, yang pasti adik lelaki sulung kita dah selamat...masih ada lagi 3 orang yang belum. Harap Lu tolong doakan untuk mereka. Aku dengar dengan sekali lafaz akad nikah telah melenyapkan teruna adik lelaki kita di masjid Puchong yang berhampiran sebuah tasik yang damai....Sayang sungguh Lu tiada bersama2 Gua, beb!!!! Nanti kita cerita tentang majlis perkahwinan pulak....Adiossss

















Thursday, August 28, 2008

Laaaa.....Dah Nak Sambut Kemerdekaan ????

Uih! Pejam celik-pejam celik, tak beberapa hari lagi kita nak sambut hari kemerdekaan negara kita yang ke 51 tahun...Teringat Aku akan kata2 seorang pemimpin yang Aku kagumi suatu masa dulu....

"Pada tahun 1957 kita merdeka dan harapan kita ialah hidup yang lebih bahagia. Justeru kita rayakan hari keramat ini kerana merdeka difahami dan dihargai oleh semua pihak.Saya percaya kita masih hargai kebebasan kita, kemerdekaan kita. Tetapi sesuatu telah berlaku yang menyebabkan kita tidak begitu gembira pada hari ulangtahun merdeka pada tahun ini. Kita kesal kerana kita tidak dapat buat apa-apa untuk mengembalikan kegembiraan bangsa yang merdeka.Kita bersyukur kerana kita, samada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain suku kaum tidak bersifat ganas, tidak suka pada huru-hara, tidak berminat merusuh. Tetapi pemimpin hendaklah faham kenapa rakyat berasa muram tahun ini. Jangan tipu diri dengan berkata tak benar rakyat tidak gembira. Lihat sahaja berapa ramai yang keluar melihat bunga api. Malangnya ini bukan ukurannya. Ini hanyalah cara untuk melupakan sekejap keperitan hidup rakyat kerana diperintah oleh orang yang tidak mahu faham tentang perasaan rakyat. Saya akan sambut Hari Merdeka tetapi tidak seperti 50 sambutan yang terdahulu. Sesuatu sudah hilang daripada makna KEMERDEKAAN. Mulut sudah ditutup dan apa yang ada dalam hati tinggal tertambat, tidak boleh diluahkan. Kita takut berkata apa-apa kerana polis akan digesa bertindak. Kadang-kadang saya berasa yang kita berada dalam sebuah Police State (Negara bawah kawalan polis). Tetapi ini mungkin sifat keterlaluan saya. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-51. Mudah-mudahan Allah s.w.t. akan membuka hati mereka supaya faham mesej-mesej yang disampaikan oleh rakyat."......


Kadang2 Aku terfikir akan ada betul apa yang diluahkan oleh pemimpin ini, dah 51 tahun merdeka...adakah kita perasaan, tahun ini bendera Malaysia kurang berkibaran di mana2 tempat samada bangunan, rumah mahupun kenderaan. Tak gaya langsung nak sambut MERDEKA. Anda perasan ke? Atau buat2 tak perasan? Bila jadi begini Aku mula teringat kat Nabil....Lu Pikir Laa Sendiriiiii

Tuesday, August 19, 2008

Mungkin Terjadi Kat Kita



Aku nak citer sikit kat ko orang...aku pun dapat tahu dari orang lain gak tentang benda ni..Katanya citer benar.
Pernah tak ko orang check Bil TNB ko orang?? Ke tengok jumlah pastu gi bayar jer!! Tak cukup kawan!!! Cuba bandingkan bacaan meter DAHULU ( bulatan merah ) iaitu bacaan bulan terdahulu. Seperti contoh kat sebelah....bukan aku punya bil laa...dalam kes ni, bacaan bil bulan April ( DAHULU section ) jumlah kegunaan adalah 29128 dan ( SEMASA section ) adalah 29380. Sebaik sahaja pembayaran di buat, masalah lain pulak timbul,....iaitu sebaik sahaja bil bulan May sampai ke tangan pengguna, cuba perhatikan ( DAHULU section ) yang sepatutnya 29380. Tetapi sekarang, ianya masih lagi tertulis bacaan 29128 sama bacaan bulan lepas..
Kalaulah kita tak buat perbandingan dengan bulan lepas, SAH kita kena bayar EXTRA ke TNB sebanyak RM 72. Kejadian ni bukanlah berlaku kat semua orang, tapi ianya berkemungkinan akan berlaku kat kita..betul tak?? Oleh itu, sila check bil anda dan buat perbandingan dengan bil yang lepas, tak kiralah bil letrik ke atau bil air? Tak payah kita nak cerita panjang2...nanti kita kena "banned" pulak. Aku tak berniat nak cari salah orang lain buat kerja, tapi sekadar nak kongsi cerita ni bersama agar ianya jadi panduan kepada kita yang berkemungkinan lalai dalam kehidupan kita seharian ataupun kita jenis yang suka ambil mudah dalam sesuatu hal. Bila dah berlaku, kat siapa kita nak buat aduan....yang pasti pengalaman aku ngan TNB ni memang dah ada...Berkenaan ngan kebakaran kotak suis utama yang di luar rumah IBU Aku sendiri telah terbakar, ALHAMDULILLAH ALLAH masih sayang lagi "hambanya" kerana kejadian jadi waktu menjelang subuh dan tergerak hati terjaga sebelum waktunya untuk sembahyang...Bila terdengar bunyi letupan seperti mercun kat luar rumah....., tak perlu aku cerita kejadian terperinci, cukuplah IBU Aku terselamat....dan api pun sempat dipadamkan oleh jiran. Keesokannya Aku buat aduan ke TNB...Perrgh!!! masing2 buat macam kejadian dah biasa berlaku, dia orang buat andaian pendawaian rumah yang tak betul...tapi member-member aku yang berpengalaman dalam bidang letrik-metrik ni kata TNB yang salah sebab kabel yang dia orang pasang ke kotak suis tu longgar.....Pap!Pap!Pap! Pi la mabukkkk TNB!!! Apa yang aku melalut ni,...Anyway kawan2 cubalah kita renungkan di sebalik kejadian ini.....maaf TNB, teremosi sikit!!!???

Tuesday, August 5, 2008

Siapa Mereka Kepada Ku????


Siapa 'Mereka Ini' kepada Aku...?
Mereka terlalu bermakna dalam kehidupan ku selain dari kedua orang tua ku sendiri....Aku tak dapat gambarkan sekiranya 'Mereka Ini' tiada di persekitaran Aku....Mau gila hidup ku ini andainya ianya benar jadi kenyataan....Aku seboleh2nya mahu dan ingin 'Mereka Ini' gembira dan bahagia, walaupun Aku sendiri dalam kesusahan...Aku sanggup, demi 'Mereka Ini'....Aku terlalu menyayangi 'Mereka Ini', yang tiada tergambar melalui kata2 yang boleh ku luahkan......Mau rasanya Aku melaungkan ke serata ceruk rantau bahawa hidup ku ini hanyalah untuk 'Mereka Ini'.......Agar semua orang tahu yang Aku amat menyayangi 'Mereka Ini'.
Tapi siapa 'Mereka Ini' kepada Aku...?
Ini lah mereka2 yang sentiasa membuatkan Aku gembira tatkala 'Mereka Ini' disisi....dikala Aku memerlukan pertolongan tak pernah lagi 'Mereka Ini' menghampakan Aku dan dikala Aku sakit pun 'Mereka Ini'lah yang masih bersama2 merasai penderitaan yang Aku alami...Kerna limpahan kasih sayang 'Mereka Ini'lah yang membuatkan Aku terus memerlukan mereka dalam kehidupan Ku seharian...Insyaallah....Seandainya Aku diberi kesihatan dan kekayaan, Aku akan pastikan yang 'Mereka Ini'lah akan merasainya. Dah puas rasanya kehidupan kami sekeluarga ini dipandang sepi oleh sebilangan 'insan2' yang kami sayangi. Dah tak sanggup rasanya Aku melihat 'Mereka Ini' menjadi bahan bualan dan cacian sesama saudara sendiri, apatah lagi sahabat handai, rakan taulan.....
Tapi siapa 'Mereka Ini' kepada Aku...?
Aku berharap bahawa suatu hari nanti akan ada sinar yang akan memancarkan cahaya dalam kehidupan ku....Aku juga berharap Aku tak akan lupa akan asal usul ku, agar Aku dapat terus membela nasib 'Mereka Ini' suatu hari nanti. Ya ALLAH....Kau berikan Aku kekuatan, Kau berikan Aku iman, Kau berikan Aku kesihatan, Kau berikan Aku kekayaan agar Aku dapat menyinarkan kehidupan 'Mereka Ini' ke jalan Mu jua. Aminnnnn.

Thursday, July 31, 2008

Bila Masanya Kita...???


Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat.Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini. Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan lori balak. Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa. Pandanganku kabur. Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi. Derita sungguh nafasku sesak.


Tiba-tiba tanganku di pegang kuat."Mengucap sayang mengucap.... Asyhaduallailah aillallah. ........" ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan. Itu suara ibu, manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil, manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku, manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil. "Bagaimana dengan keadaannya doktor?". Aku amati suara itu. Pasti itu suara abang. Mungkin abang baru sampai. "Tenat" jawab doktor dengan ringkas. "Itu kata doktor bang, jangan berserah kepada takdir sahaja.. Kita perlu usaha".


Sudah seminggu aku terlantar di wad ini, kenapa baru sekarang abang menjengah? Datanglah ke sini, aku ingin berbicara denganmu..Datanglah... Tapi mataku...... Semakin gelap. Adakah aku sudah buta? Tidak!!!! Aku tidak mahu buta. Aku masih ingin melihat dunia ini. "Sabarlah dik, banyak-banyak ingatkan Allah. "Abangkah yang bersuara itu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan, abang. Tolonglah adikmu ini. Tolong bukakan mataku". "Tekanan darahnya amat rendah", sayup sayup kedengaran suara doktor.


Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu, kau hanya mampu menangis saja, dan bila tiba saatnya, kita akan berpisah.Tapi,ibu.... .aku tidak mahu berpisah denganmu. Tolonglah ibu, selamatkan lah daku. "Yassin..... ."..bacaan yassin terngiang-ngiang di telingaku. Aku tahu itu suara abang. Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu??? Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang. Sedetik lagi IZRAIL datang. Sedetik lagi malaikat maut datang. Aku di ambang sakaratul maut...... Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada. Ketika itu, aku tidak ingat apa-apa lagi. Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku. Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut. "Tolong ibu tolonglah aku, aku takut". Tapi rintihan ku tidak di pedulikan. Apa mereka semua sudah pekak? Aku di lambung resah, gelisah dan penuh kesah. Keluhan dan rintihan. "Panas, dahaga, haus, panas. .......". tapi tiada siapa pun yang peduli.


Nenekku datang, "Nenek. ......... ..". "Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air?? Ini gelas penuh air madu, kalau cucu mahu masuk syurga, minum air ini". "Ibu......". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya." Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak. Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi....." .Ayah.......kau datang ayah......." ."Matilah dalam agama yahudi anakku, matilah dalam agama nasrani itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga". "Nenek....ibu. ....ayah. .....suara kau kah tadi?? Kenapa kau berubahlaku?? Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku??". " Mengucap sayang, mengucap.Asyhaduall ailahaillallah. .. . . ..". Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku. Itu suara ibu. Tapi lidahku sudah menjadi kelu...Manusia-manusia berjubah hitam datang. "Mari ikut kami". Manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau, katanya "Mari ikut kami"..cahaya putih datang. Datang kilatan hitam. Datang sinaran kuning. Cahaya merah datang. "Apa ini,apa ini?.Akulah sakaratul maut........ !!!!!!".


Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk, dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku. "Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah".....Aku tersentak. Roh ku berselerak di dalam tubuhku. Lalu, innalillahiwainnailaihirajiuun..... Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya. Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku, seperti bau sampah yang amat busuk. "Apa yang busuk ni? Tak adakah orang yang mengangkat sampah hari ini? Ah, busuknya, hanyirnya, hancingnya. ......". "Assalamualaikum.....". "Siapa yang memberi salam itu?". "Aku". "Kau siapa wahai pemuda???". Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku. Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh, sekotor, dan sebusuknya di dunia ini. Rambutnya yang tidak terurus, baju yang di pakai berlumut hijau, kuning, coklat dan entah apa-apa warna lagi, dari lubang hidung, telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar. Tanpa di pedulikannya. .....jijik,loya, aku rasa........ teramat loya melihatnya. "Kau tak kenal aku?". "Tidak,jawabku tegas. "Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini". "Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari". "Bohong!". Aku menjerit sekuat hati. Biar semua penghuni wad ini mendengarnya. "Aku tak kenal engkau! Lebih baik kau pergi dari sini". "Akulah amalanmu yang keji........ .." Aku terdiam. Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi. Ya ! aku teringat kini, semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu. Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia, akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh! Tuhan,aku banyak dosa. Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan. Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah. Pergaulanku bebas, tak kenal muhrim ataupun tidak. Tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat. Apa yang aku harus lakukan!!!!! Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku. Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis. Aku juga lihat mata ayah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air. Air apa ini????? "Tolong....sejuk!!!! Kenapa air ini berbau air kapur barus. "Tolong jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!!!! Kenapa ramai orang melihat aku??? Aku malu......malu. .....malu. .....!!!!!!". Aku diusung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan. Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu. Kapas dibubuh dicelah-celah badanku. Lalu aku dibungkus satu demi satu dengan kain itu.."Nanti,tunggu!! Jangan bungkus aku. Kenapa kalian semua buat aku macam ini? Tolong rimas.....panas. .......".


Kemudian aku di letakkan di suatu sudut. Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama. Tapi kenapa aku di sembahyangkan? Bukankah aku boleh sembahyang sendiri? Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. "Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan". Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir, ruku' , sujud dan tahiyyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu. Kotak apa ini?" Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang. Aku diusung setapak demi setapak". "Al-Fatihah! "Kedengaran suara tok imam. Kelihatan ibu, kak long, kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang. Tapi ke mana dia bawanya aku?". Nun jauh di sana , kelihatan tanah perkuburan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya? Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!" . Setibanya di tanah perkuburan, kelihatan satu liang yang bersaiz dengan jasadku. Beberapa tangan memegangku, dan aku di turunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan" ,aku terdengar suara tok imam memberitahu. "Tolong keluarkan aku dari sini! Aku seram!!!". Kini aku berada di dalam liang sedalam enam kaki..Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku. "Tanah apa ini?". "Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah". "Innalillahiwa innailaihi rajiuuun....Dari Allah kita datang, dan kepada Allah jualah kita kembali". Kedengaran bacaan talkin dari tok imam. "Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar, siratul mustaqim itu benar, syurga dan neraka itu jua benar........".


Sayup-sayup aku terdengar tok imam terus membaca talkin, tetapi makin lama makin hilang. Pandanganku makin lama, makin kabur dan terus tidak kelihatan. Tubuhku terasa telah ditimbusi sedikit demi sdikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap dan......aku kini keseorangan. ."Nanti! Nanti! Tolong! Tolong ayah,ibu! Jangan tinggalkan aku seorang.Aku takut!!!Gelap! !!Panas!! !Tolong!!!!



Semoga ALLAH mencucuri rahamatNya ke atas Roh - Roh yang terdahulu dari kita....Kita pasti menyusul...Insyaallah.....

Wednesday, July 30, 2008

Perjalanan Aku Ke Destinasi.........


Semua orang mengimpikan untuk melancong...samada dalam negeri atau pun luar negara. Tapi bagi Aku tak terlintas langsung untuk keluar negara seperti orang lain...Tak sior Aku nak ke Sydney, tak hingin Aku ke Las Vegas, tak terlintas Aku nak ke Hong Kong dan tah apa2 lagi 'tak' yang ada......Melainkan hanya satu tempat saja yang menjadi tarikan untuk Aku pergi iaitu M.E.K.A.H...Mungkin belum lagi sampai waktu untuk Aku ke situ.

Mungkin nasib kurang baik dan mungkin juga belum ada rezeki Aku untuk sampai ke situ....Aku tahu.....Kalau adalah lagi 'Mak Aku', dah lama rasanya ke sana, walaupun untuk menunaikan umrah cuma....Memang itu janjinya kepada Aku. Sepatutnya Aku dan dah pergi bersamanya tetapi....apakan daya ALLAH lebih menyayanginya...Aku redha kerna itu ketentuanNYA....
Aku tahu 'Mak Aku' memang berniat nak bawa Aku ke sana, tetapi Aku katakan padanya, "Lebih baik Mak bawak Ah Tong dulu....Lepas tu, kalau ada duit lebih kita pergi pulak"...Mak Aku hanya tersenyum mendengar penjelasan Aku. Kalau ikutkan dia, memang dia nak bawa kedua2 sekali. Tapi Aku kesian kat 'Mak Aku'....Akhirnya mereka berdua dah pun mengadap Mu YA! ALLAH....Aku akan pastikan yang Aku akan pijak juga 'Rumah Mu' suatu hari nanti. Walaupun tanpa 'Mak Aku' dan 'Ah Tong' bersama2, Aku pasti mereka akan menyertai Aku kelak dalam perjalanan Aku nanti.....Aminnnnnn

Tuesday, July 22, 2008

Berakhir Sebuah Penantian

Akhirnya penantian Aku dan semua yang sewaktu dengan Aku dalam menunggu kehadiran 'Saga' baru Abah Aku telah berakhir. Segala2nya pada 22hb Julai, 2008 tepat jam 14.30H...Aku dah terpacak ngan Isteri serta anak2 Aku di hadapan bangunan Proton kat Giant Kuantan, sebaik saja dapat panggilan telefon dari Francis Lee yang mengatakan kereta dah ada. Perghhh!!
Sebaik saja proses penyerahan kereta dilakukan...Aku ingat Isteri Aku Tersayang akan merasmikannya dengan memandu pulang...Tapi Aku jugak yang diberi penghormatan oleh Isteri Aku....Terima kasih Ayang!!!
Singgah Petronas isi minyak 'FULL'...RM 75...ehh! kecil je tangki keta ni....Aku agak kalau isi penuh betul2 dalam RM 80 jer, tak macam 'My Dream Car' Avanza Aku tu...penuh dalam RM 100 gak. Balik rumah, mandi dan solat dulu, barulah bertolak balik ke kampung untuk menyerahkan 'Saga' ketangan Abah Aku seolah2 setia dalam menunggu kehadiran 'orang baru' dalam keluarga kami.
Sampai saje di halaman rumah, kami disambut oleh Nyah dan Phat yang lebih 'teruja' menyambut kehadiran kereta baru dari kehadiran Aku sekeluarga. Kemudian disusuli oleh Tuan Punya kereta iaitu Abah Aku Tersayang, jelas tergambar kegembiraan di hatinya apatah lagi dari senyuman itu aku dapat rasakannya. Dan lebih 'excited giler'...Abah Aku ambil kunci dan terus diikuti oleh cucunya yang 2 orang tu, bawa 'Saga' ke Pejabat Felda untuk mengambil 'duit koperasi' dalam masa yang sama nak 'menunjuk' la kot kat orang kampung...sori Abah!!!!Termengumpat sikit...
Apapun yang Aku tahu Abah Aku ada merancang nak balik kampung kami di Kedah...betul ke nii??? Aku pulak tak dapat ikut sama sebab Anak2 Aku periksa la pulak waktu tu!!! Cobaan! Tapi ini benar2 dia orang nak balik Kedah....Cobaan!

Pahala Terakhir Seorang Isteri

Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba di pupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang telah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini.
Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup.Untuk pengetahuan semua, di kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara, saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik. Tetapi keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu taat berbakti kepada suami. Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumahtangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan.
Kami di anggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain sifat yang baik ada pada dirinya. Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang berjemaah dan makan bersama. Pada waktu inilah biasanya beliau akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang bertakwa.
Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan kewajipan yang harus ditunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri terhadap suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata unutk melayan Adam dan menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong melainkan dengan diciptakan Hawa. Oleh itu saya menganggap tugas mengurus rumahtangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah tugas nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu melayani suami. Sebagai seorang yang juga sibuk di pejabat, adakalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah. Tetapi saya bersyukur kerana suami amat memahaminya. Berkat tolong-menolong dan bertolak-ansur, hal tersebut tidak pernah menjadi masalah di dalam rumahtangga. Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan masing-masing.
Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya ketentuan Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Hari itu merupakan hari bekerja. Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada hari itu juga. Pukul lima petang saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Penat dan letih tidak dapat digambarkan. Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat. Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak, bermain-main dan bergurau senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada petang itu.
Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah Restoran makanan laut di pinggir bandar. Dengan senang saya dan anak-anak menyetujuinya. Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya, kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan usik-mengusik. Seperti tiada hari lagi untuk esok. Selain anak-anak, suami sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap pada malam itu. Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di katil. Anak-anak yang kekenyangan segera mengantuk dan lelap. Saya pun hendak melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar tidak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur. Akhirnya saya berkata kepadanya sebaik dan selembut mungkin, "Abang, Zee terlalu penat," lalu saya menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur. Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada saya bahawa itu adalah permintaan terakhirnya. Namun kata-katanya itu tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi. Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya.
Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dalam kemalangan dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital, tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami saya dan saya tidak sempat bertemunya. Meskipun redha dengan pemergian suami, tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya di dunia ini.
Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri. Dan yang lebih saya takuti sekiranya dia tidak redha terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya. Sabda Rasulullah s.a.w, "Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba di tolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya."
Sehingga kini, setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir ke pipi. Saya akan bermunajat dan memohon keampunan daripada Allah. Hanya satu cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak agar menjadi mukmin sejati. Agar pahala amalan mereka akan mengalir kepada ayah mereka. Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai isterinya.
Itulah harapan saya ...semoga Allah perkenankannya.


"Sabda Rasulullah s.a.w, "Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba di tolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya. "

Thursday, July 17, 2008

Mogah OmniBus & Madam Mogah OmniBus

Semalam Aku sekeluarga dijemput hadir oleh Ibu Tersayang untuk menjamu selera di rumahnya yang hanya selang 2 buah rumah dari rumah Aku. Tepat jam 20.30, Ibu Tersayang telah menalipon Aku dan mengingatkan Aku tentang ajakannya itu. Aku pun bergegas ke rumahnya bersama keluarga Aku. Hanya beberapa langkah saja Aku telah sampai ke rumah Ibu Tersayang.
Lebih kurang 10 minit Adik Aku, yang nama panjangnya ialah Mogah OmniBus...ciss!!macam pernah dengar nama ni, tapi dimana yaa??? Beliau dibantu oleh "Madam Mogah OmniBus". Dari bau-bauan di dapur nampaknya makan nasi lemak je malam ni....SAH!!!! Memang betul terjahan Aku tu....
Aku pun makanlah seperti mana yang dipinta, Aku tahu anak2 Aku memang 'Raja Nasi Lemak' terutamanya Muhammad Luqmanul Hakim dan Muhammad Farhan Hakim...opps lupa Aku pun sama gak. Selama ni Aku suka makan nasi lemak yang Emak Aku, Abah Aku, Isteri Aku dan Kak Long Aku je yang masak....mungkin kena ngan selera Aku kot!
Tapi nak dijadikan cerita, malam tadi Aku tambah sampai 3 x 1/2 pinggan, fuhhhh!!! Banyak tu beb....Aku terfikir samada Aku memang betul2 lapar ataupun sememangnya Nasi Lemak tu kena ngan selera Aku dan ianya S.E.D.A.P......
Anyhow, banyak2 trima kasih sama itu Mogah OmniBus dan Madam Mogah OmniBus kerna berjaya takluk saya punya selera....Thanxssss

Tuesday, July 15, 2008

Bersama Remie....Ahhh Lu Fikir La Sendiriiii

Bila ALLAH Cepat makbulkan Doamu..........Maka DIA menyayangimu.
Bila ALLAH Lambat makbulkan doamu.......Maka DIA ingin mengujimu.
Bila ALLAH Tidak makbulkan Doamu......Maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untuk diri mu.
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan pun... Kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya. .

Wednesday, July 9, 2008

Oh!!! Saga Baruuuuuu....


Pada 9hb Julai 2008 jam 4ptg, Aku bersama isteri dan ibu tersayang telah menghadirkan diri ke Proton cawangan Giant Kuantan bagi tandatangan surat perjanjian jual beli PROTON SAGA baru untuk ABAH AKU.


Hampir 5 bulan lamanya penantian ABAH AKU untuk mendapatkan kereta tersebut. Aku dapat dapat rasakan beliau memang tertunggu2 akan kehadiran kereta barunya itu. ABAH AKU seorang yang tak banyak cakap, dan aku memang masak akan perangainya....kalau putih katanya, putihlah jawapannya....walaupun aku tak berapa suka dia beli PROTON SAGA tersebut...Aku suruh dia beli je MyVi...lagi class beb!!! Tapi dia tak minat..Apo nak di kato!!!!


Tapi malang gak sbb kena tunggu minggu depan, mungkin hari isnin atau hari selasa baru dapat..ini kerana kena tunggu proses pengesahan JPJ ngan PUSPAKOM...kata diorang la...Aku akur je.Yang penting ABAH AKU dapat kereta baru....Dan yang tak bestnya aku ngan isteri aku terpaksa bayar kereta sendiriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....maksud aku kereta lama yang ABAH AKU pakai sekarang iaitu kereta KANCIL.

Friday, July 4, 2008

Kalimah Agung

Kubur itu gelap...Tuan 2 dan Puan2..
Cahayanya ialah kalimah agung.....Laa Ilaaha illAlLah
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah ' Laa ilaaha illAlLah ' ini .
Rasulullah saw. bersabda ( mafhumnya ):" Wahai manusia ! Ucaplah ' Laa ilaahaillalLah' , kamu pasti berjaya!"
Marilah saudara mara islam ku, kita ucapkan kalimah ini : " Laa ilaaha illallah !" x 10
Setelah ucapkannya sebanyak 10 kali, kita jadikan amalan setiap saat selagi kita ada nafasssss

Tuesday, July 1, 2008

Kemana Hala Tuju Kita Sebenarnya????

Aku tertanya2 tentang apakah aku tidak lagi boleh bersuara untuk memberi pendapat pada syarikat temapt cari makan bagi keluarga ku selama hampir 9 tahun???Apakah aku tak layak untuk memberi pandangan dan pendapat agar ianya akan terus gah di persada negara.....chewahhh!!!
Aku harap syarikat tempat aku cari makan ni sudi kiranya mendengar pendapat aku yang tak seberapanya ini....Cuma aku minta agar mereka yang cerdik pandai ini belajar mendengar segala permasalahan yang dialami selama ini...Masih jelas di telinga aku yang dah berumur ini, tapi masih lagi tak pekak....Boss selalu berkata, " Kita dah 10 tahun beroperasi tapi masih lagi melakukan benda2 yang sama jugak setiap kali pengambilan baru!!!"...Tapi hakikatnya...siapa yang bersalah???Adakah orang bawahan semata2 atau golongan atasan yang harus dipertanggungajawabkan ???Harus diingat....Tuan2 dan Puan2 yang di hormati, celik mata luas2 dan telinga kita dengar baik2 segala permasalahan yang orang bawahan hadapi dalam perlaksanaan tanggungjawab yang diberi.....Letak tepi Ego kita sekejap....Kerana semua ini untuk syarikat tempat kita cari makan....
Aku akui bahawa aku bukannya bagus sangat dalam menjalankan tugas2 yang di amanahkan, tapi sekurang2nya aku tahu apa yang aku lakukan. Ini kerana, dlm syarikat tempat aku cari makan ini terlalu ramai orang yang MENDABIK dada " akulah yang terbaik "....OOOOHHHH!!Patutlah apa yang aku sarankan tiada tindakan, seolah2 aku cadangkan pada tunggul kayu jer...Akhirnya aku sedar sebaik saja aku diingatkan oleh boss agar aku buat kerja aku je, jangan campur urusan orang lain....
Aku akur akan kedudukan aku dalam syarikat tempat aku cari makan ini....Cuma aku nak tahu dan orang atasan tahu akan....Kemana Hala Tuju Kita Sebenarnya????

Thursday, June 26, 2008

Bukan Super Power Tapi Power Saver!!!!!!

Aku telah menjual satu produk untuk menjimatkan penggunaan letrik di rumah. Aku ni jenis payah untuk menjual dan tak pandai dan mungkin juga bukan dari keturunan ahli perniagaan, walaupun aku memang minat berniaga sejak akhir2 ini. Aku suka mencuba sesuatu produk itu terlebih dahulu sebelum aku mengambil keputusan untuk menjualnya kepada orang ramai.

Dalam percubaan produk itu memang ternyata berkesan buat masa sekarang dimana ianya mampu menjimatkan penggunaan letrik dirumah aku sebanyak 25% ke 30% sebulan. Tapi aku masih lagi menunggu untuk bulan hadapan samada ianya benar2 berkesan atau tidak. Tapi dalam tempoh penggunaan itu, aku telah menjualkannya sebanyak 3 nos kepada kenalan yang aku kenali sebagai testimonial aku kelak.

Dan salah seorangnya dah tentu bos aku sendiri....dia seorang ustaz. Dia memang banyak songel, kalau kita nak jual sesuatu barang kat dia...ada ke patut dia nak test 5 bulan dulu baru bayar, tapi aku cadangkan bagi dia test sampai 5 tahun dan sampai benda tu 'expired'...pastu tukar yang baru....dia gelak jer...cam kerang kena santau. Aku hangin ngan dia ni....memang sengal la mamat ni!!!!

Anyway sesiapa nak mencuba boleh contact aku....Harga mampu beli, kalau kita nak beli.Jangan lupa bulan julai ni akan ada kenaikan tariff letrik yang baru!!!!Apa nak berkira sangat kalau ianya boleh menjimatkan dalam Rm 20 - Rm 30 sebulan....Ya tak????Tahan sampai 5 tahun penggunaannya.....Kiralah sendiri berapa banyak yang kita jimatkan selama 5 tahun...

Harga dalam Rm 250/biji

Tuesday, June 24, 2008

Aku Hormat , Aku Sanjung????

Aku nak bercerita tentang seorang hamba ALLAH yang aku hormati selepas Tuan Guru Nik Aziz dan selain dari KELUARGA KU sendiri. Aku pun dapat cerita ini dari email seorang teman. Aku rasa ianya patut dikongsi bersama untuk tatapan kita. Sama2 kita fikir dan renungkan samada ianya layak bergelar PEMIMPIN.
"Di sini saya ingin kongsi sedikit CERITA BENAR tentang sejarah hidup Tun di waktu kanak2, sekitar umur 7 ke 10 thn. Betapa ketika itu sejak dari kecil lagi azam dan cita2 beliau membara dan jadi kenyataan.. benar lah kata org, pemimpin itu dilahirkan. ALLAH telah turunkan rahmat di bumi kita ini.

Kisah pendek ini di ceritakan sendiri oleh nenek saya yg juga teman karib kepada kakak2 Tun. mereka berjiran dengan keluarga Tun. Kalau keluarga Tun tinggal di belakang kilang ais, Jln Pegawai Seberang Perak. Nenek saya di lorong Nyior Setali (lorong bersebelahan) . Pastinya Tun juga masih ingat pada rumah keluarga kami yg sering menjadi tempat persinggahan Tun ketika balik mengaji quran. Keluarga TOK MAT KELIAN, anaknya bernama Jahora (teman kakak Tun).

Tun dibesarkan dlm keluarga sederhana dan berpendidikan. seperti semua sedia maklum arwah bapanya guru besar Kolej Sultan Abd Hamid. seorang yang tegas , bervisi tetapi penyayang, semua anak2nya amat takut dan hormatinya. Itu juga menjadi asas kepada keperibadian Tun. ( di hormati, ada vision,tegas, penyayang juga ditakuti.) Yang menariknya disini ketika setiap kali Tun nak ke kelas alqurannya atau ke kedai etc, bila melalui rumah Tok Mat Kelian, beliau akan dipanggil utk singgah minum, borak, bermain etc... beliau sering jadi perhatian penduduk kg kerana kepetahan dan kebijaksanaan. pada umur 7-10thn, mampu bergaul dgn semua golongan dan lapisan umur. NAMUN BELIAU AKAN HANYA SINGGAH BILA WAKTU PULANG SAHAJA, BILA SEMUA URUSANNYA SELESAI..

Disini juga telah terbukti bahawa prinsip hidupnya telah bermula dan dipegang teguh. Lazimnya Tun bila ke kelas alquran akan bersarung atau menyimpang kain tersebut dan yg lucunya songkoknya sering dipakai melintang... Tapi tahukah semua, apabila setiap kali diaju soalan tentang cita2nya:

"DET BILA BESAQ NANTI NAK JADI APA?"
(" DET BILA BESAQ NANTI NAK JADI DOKTOR, NAK JADI MENTERI...NAK TOLONG ORG...")

YA ALLAH, kau peliharalah insan ini. berkatilah hidupnya dunia akhirat... amat terharu hati ini bila diceritakan oleh nenek aku. Bergenang air mata.

KITA...?Tatkala dewasa ketika jadi doktor dan buka KLINIK MAHA di Alor Star, pesakit yg susah dari luar bandar tidak dikena bayaran, pesakit ulangan juga sama. Malah org miskin diberi duit tambang balik lagi..."

"WHAT A NOBLE MAN..."
P/S : Akhirnya aku hampir mengenali insan yang bernama TUN DR MAHATHIR MOHAMAD, tapi adakah dia boleh aku sebariskan bersama Tuan Guru Nik Aziz yang bergelar Khalifah Di Muka Bumi ini?????kuang...kuang...kuang.....????Ahhhhhhhh konfiussss...

Berita Sedih

Hari ni aku dapat berita tentang kedai yang adik pompuan dan isteri aku idamkan bagi mulakan perniagaan mereka telah di ambil orang terlebih dahulu.Aku kesian gak tengok dia orang, punyalah berangan macam2 untuk kedai ,...tapi lain pulak jadinya.
Aku tahu semua ini adalah dugaan ALLAH terhadap hambanya...setakat mana ketabahan mereka dalam menghadapi situasi yang sebegini.Tak pa...pasti ada jalan penyelesaian nanti.Kita sabar je...dulu.
Yang pasti Nonnie Collection akan muncul jua nantiii

Sunday, June 22, 2008

Malam Minggu Beb!!!!

Malam minggu baru2 ni....entah mcmana adik2 aku buat perancangan pegi ke TC ( Teluk Chempedak ), kerna kata mereka dah lama tak bawa anak2 aku gi TC...Aku ni pulak jenis kategori yang memang malas ke arah mcm tu...yang aku tahu nak duk rumah bersama ngan mak dan ayah aku je....
Tapi memandangkan kesian tengok anak2ku dan kesungguhan adik2ku, aku mengalah dan mengikut kehendak mereka....Sememangnya dah bertahun aku sendiri tak jejak kaki ke TC dan memang malam tu pengunjung cukup ramai....wowww!!!Teruja dan terpaku melihatkan perubahan pada TC yang selama ini aku anggap takkan ada perubahan, tapi dah mcm gi luar negara la pulak walaupun aku tak pernah sampai pun kemana2 negara luar....Tapi ngan adanya pemuzik jalanan dan bermcm2 jualan di sepanjang jalan tepian deretan kedai...memang menarik aku tengok!!!!
Dalam pada tu ada jugak budak2 SHAHPUTRA yang aku jumpa beberapa orang yang bermalam di pantai kata mereka...maklumlah baru habis orientasi.....biarlah mereka dengan dunia muda mereka,walaupun aku tahu mereka rasa tak sedap hati dengan kehadiran aku tu...Tapi aku tak kisah cuma sempat pesan, jangan buat benda tak senonoh dah le....
Aku nak balik awal sebab nak tengok bola euro cup pulak pagi ni...Belanda vs Russia..Anyway sekalung TAHNIAH untuk pasukan Hijau Kuning KEDAH di atas kemenangan 3 - 2 keatas Selangor yang aku tak suka dari kecil lagiiiiiiii....Selamat Malam TC...pasti kita berjumpa lagi nanti...

Thursday, June 19, 2008

Adakah Aku Bahagia Hari Ini????

Adakah aku cukup bahagia hari ni....hanya disebabkan aku dapat berjemaah subuh ngan kuarga...dapat menadah tangan memohon keampunan dari yang Esa bersama2 di pagi yang hening...tak seperti hari lain, masing2 lebih senang bersendirian menghadap Allah...
Dan adakah aku cukup bahagia hari ni...hanya disebabkan anak pompuan aku yang sulung telah mendahului aku bersiap untuk ke sekolah, yang selama ini akulah yang sentiasa membunyikan hon kereta berkali utk mengingatkan dia supaya cepat sikittttt....
Alhamdulillah Ya Tuhan Ku....ku tahu, ini semua dengan izin Mu Ya Allah....Diatas kegembiraan ku hari ini terhadap anak2ku, entah macamana aku ringankan tangan seraya menghulurkan
rm 1 sebagai tambahan perbelanjaan ke sekolah mereka hari ini....
Tapi aku terpaksa menunggu lagi 2 hari lagi, samada adakah aku cukup bahagia seperti hari ini..???
Aku percaya akan kebesaran Yang Maha Esa.....Kun Pa Ya Kun........Aminnnn

Siapa Aku????

Siapa aku?? Itulah persoalan yang sering bermain di kepala aku kini...Yang pasti aku semakin meningkat usia dalam meniti hari2 yang berlalu bersama hembusan angin bayu yang sesekali singgah menyapa raut wajahku....
Siapa aku?? Dalam usia memanjat ke 40an...Ahhhhhhhhhhhhh!!!Jerawaaaaaaaaaaaat!!! Opps..maaf, bukan itu maksudku...Tapi aku terkejut dan tersedak air liur, rupanya aku dah hampir ke angka tersebut....
Siapa aku?? Aku sekarang menjadi seorang pemikir...tentang orang tua ku, isteriku, anak2 ku, adik beradikku, saudaramaraku, rakantaulanku malah jiranku pun ada sekali dalam kotak fikiran aku ni...apa jenis manusia le agaknya...
Siapa aku?? Ya! Aku dah jumpa, siapa aku sebenarnya.....Terima kasih ALLAH kerana kau telah menemukan aku dengan My Kad yang telah lama hilang.....Nama aku Remie05......