Monday, August 24, 2009

Maafkan Aku Emak...Maafkan Aku Abah!!!

Bila kenangkan usia kita makin meningkat, maka bertambahlah juga usia orang tua kita. Ini boleh diandaikan kita hanya mempunyai secebis...sedikit...sedetik...secangkir...seminit...sesaat maupun apa2 lagi 'se' yang kita ingin huraikan. Tapi bagi aku...mahu rasanya aku putarkan detik waktu yang cukup pantas berputar yang meninggalkan satu persoalan...apakah aku telah dan memberi ketaatan sepenuhnya untuk aku menjadi seorang anak yang taat terhadap kedua ibubapa ku???

Demi Tuhan yang mencipta sekelian alam...tatkala ini aku ingin sekali menjadi seorang anak yang tidak sama sekali menjadi anak yang degil dan sering membantah dan memberontak akan orangtuanya...dan aku berjanji tidak akan mengeluarkan kata2 yang menyakitkan hati mereka walaupun sekadar berkata...'ah!!'. Cukuplah di masa kecilku membuatkan orangtua ku menangis akan perbuatan mahupun perkataan yang terhambur keluar dari mulutku. Maafkan aku mak!...maafkan aku abah!. Aku terlalu sayang mereka berdua. Dan kini hidup ku...mati ku...sesungguhnya aku ingin menyenangkan mereka berdua, aku ingin menjadi anak yang taat akan perintah orangtuanya disamping taat perintah yang Esa. Doa yang aku panjatkan kehadratNya akan terus mengiringi kehidupan kalian berdua agar kita semua akan diberi kesempatan yang lebih lama lagi untuk aku terus menjalankan tugasan aku sebagai ANAK.

Aku menjadi sakit hati bila melihat ada di antara anak2 sekarang yang masih lagi 'ingin' dan 'bangga' menjadi 'anak derhaka' terhadap orangtua mereka. Masih lagi menengking dan memaki orangtua mereka...masih lagi berkira dengan orangtua mereka. Percayalah!! Azab dan balasan pasti menanti kita samada di dunia ataupun di akhirat kelak...Mungkin mereka ini tidak lagi memahami akan maksud kehilangan...bila duit hilang, habis serumah kita kecoh dan mencarinya. Inikan pulak orangtua kita...ibu yang melahirkan dan membesarkan...ayah yang merengkoh mencari rezeki bagi menyediakan makan pakai kita. Senang sungguh kita meninggikan suara!!!

Kini aku mengharapkan anak2 ku tidak seperti mana aku sewaktu dulu. Aku harapkan mereka akan sedar betapa penting dan tahu di mana letaknya kedudukan seorang ibu dan ayah dalam sebuah institusi kekeluargaan. Buat emak dan abah...maafkan abang andainya kesilapan lampau abang banyak mengguriskan hati emak dan abah. Moga emak dan abah terus sihat tubuh badan dan dipermudahkan rezeki...aminnn.

Moralnya di sini ialah seseorang yang faham di mana letaknya kedudukan 'ibubapa' dalam islam nescaya mereka tidak akan berkata...' ahh'.

Thursday, August 13, 2009

Nak atau Tak Nak???

Semalam kita dikejutkan dengan kematian seorang lagi insan yang kita semua kenali, iaitu ketua kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Asri Ibrahim, 42, meninggal dunia di Hospital Pantai, Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi semalam kerana sakit jantung. Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.

Betullah janji Allah...ajal, maut, jodoh, sakit, demam, miskin, kaya, H1N1, H2N2 dan semuanya ini adalah ketentuan dari - Nya. Tiada siapa boleh mengelaknya lagi...Yang pastinya, amalan kita sentiasa berterusan. Itu pastiii.

Entah kenapa sejak beberapa minggu ini kita dikejutkan dengan H1N1...ini yang peliknya...orang lain makan khinzir, orang lain yang kena sakitnya. Tapi kita kena redha dengan Qadha dan Qadhar. Dan yang bestnya lagi, sekiranya seseorang dijangkiti virus H1N1 dan meninggal maka kematiannya akan bersabit dengan penyakit lain. H1N1 itu adalah asbabnya saja.

Aku pun tergolong dalam golongan yang diselubungi kerisauan antara berjuta rakyat Malaysia akan musibah yang melanda ini. Tapi aku menjadi 'cool' balik bila 'bos' aku menceritakan tentang pengertian redha dan ketentuan Ilahi. Aku menjadi manusia yang redhaaa.

Aku tengah memikirkan apakah aku perlu untuk mendapatkan rawatan di hospital akan sakit yang aku tanggung sekarang ini. Entah kenapa dalam seminggu ini aku merasa terlalu sakit sangat pada bahagian belakang dan pinggang aku. Aku mendapatkan khidmat nasihat dari 'bos' aku tentang kewajaran dan apakah yang perlu aku lakukan. Beliau suruh je aku dapatkan pemeriksaan dari hospital, ini kerana berdasarkan kepada pengalaman orang rumahnya sendiri. Aku pun mendapat khidmat nasihat lagi dari orang yang pakar tentang insuran dan sakit-makit iaitu 'Tuan Salman Khan'. Beliau dengan berbesar hati memberi khidmat nasihat tanpa bayaran dikenakan agar aku ke hospital bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Aku tengah memikirkan samada aku perlu ikut apa yang di sarankan oleh pakar rujuk aku?? Kalau setuju...bila harus aku pergi?? Sehari dua ni aku perlu siapkan kerja2 di pejabat...minggu depan anak2 aku mula periksa bagi penggal 3...kesian kat dia orang dan minggu lagi satu pula, umat islam mula berpuasa..Buntu gak ni???? Istikharahlah dulu....

Moralnya disini adalah segagah mana kita dan sebijak mana ilmu sains kita, tidak akan dapat mengatasi akan Rabb Nya.