Monday, April 27, 2009

Selamat UlangTahun Tentera Laut DiRaja Malaysia yg Ke 75 Tahun.


Sempena Sambutan Jubli Intan TLDM yang bakal diraikan pada 27 april ini, pelbagai acara dirancang bagi menyemarakkan sambutan tersebut. Acara mega sambutan Jubli Intan dimulakan dengan Pengisytiharan Bandar Lumut Sebagai Bandar Tentera Laut pada 24 April 09 oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzudin Shah Ghafarulahu-Lah.

Kemuncak Sambutan Jubli Intan TLDM ialah Istiadat Penganugerahan Panji-Panji KD RAJAWALI, KD SRI SANDAKAN dan KD PANGLIMA HITAM serta Istiadat Mengarak Panji-Panji KD MALAYA, KD PELANDOK, KD RAJAWALI, KD SRI SANDAKAN dan KD PANGLIMA HITAM di Stadium Pangkalan TLDM Lumut. Upacara perbarisan tersebut disempurnakan pada 27 April oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, selaku Kepten Yang DiPertua TLDM. Turut hadir pada Istiadat Penganugerahan Panji-panji ini ialah Panglima Angkatan Tentera; Panglima Tentera Laut; Timbalan Panglima Tentera Laut; Mantan-Mantan Panglima Tentera Laut; Panglima-panglima TLDM; Pegawai Kanan serta Warga TLDM.

" Untuk warga TLDM, Selamat UlangTahun Tentera Laut DiRaja Malaysia Ke 75 Tahun."

Moralnya ialah seseorang pejuang itu perlu tanya pada diri sendiri apakah sumbangan anda terhadap negara...dan jangan dipersoalkan apa yang negara beri kepada anda.

Tuesday, April 14, 2009

Perwirakah Aku???....Bah 1


Tatkala aku melangkah masuk ke pejabat pagi tadi, entah macamana aku terpandang senaskah majalah yang begitu sinonim ngan aku suatu masa dulu...iaitu majalah SAMUDERA. Majalah ini berkisarkan tentang dunia tentera laut di Malaysia.

Lirik lagu patriotik di atas adalah menjadi lagu wajib kepada warga TLDM termasuk la aku suatu masa dulu dan sehinggalah sekarang aku telah nyanyikan buat anak2 aku pulak. Alhamdulillah...nampaknya mereka dapat menerima kehadiran lagu ini didalam arus permodenan lagu2 sekarang. Tetapi aku terpaksa bercerita panjang kepada mereka, kenapa lagu ini dinyanyikan oleh warga Tentera Laut Malaysia. Terima kasih buat anak2 ku kerna memahami semangat yang ada dalam diri aku ini.

Kekadang aku pun tak faham akan diri aku sendiri, aku memasuki perkhidmatan tentera laut ini tanpa kerelaan aku waktu itu iaitu dalam sekitar tahun 1987. Mungkin minat kot?? Jauh sekali laa, kalau sesiapa kata aku memang minat!!!...Tapi yang pasti aku gagahkan langkah kaki ku untuk menghadiri temuduga di Sek Men Paya Besar, Kuantan. Dan yang membuatkan aku bengang... kerana aku telah berjaya dalam sesi temuduga dan ditempatkan dalam Unit Prantis Kimpu TLDM dan akan dihantar ke Australia untuk kursus seterusnya.

Aku mengambil masa gak la untuk memikirkan samada aku nak pergi atau sebaliknya. Yang bestnya, jiran sebelah rumah aku buat kenduri kesyukuran untuk aku. Sehingga sekarang ianya menjadi tandatanya kenapa mereka sanggup buat majlis itu untuk aku???? Adakah mereka bersyukur aku tiada di kampung atau...??? Konfius la aku. Abang Atan ( Ah Tong kepada sesapa yang kenal), waktu tu bertugas di Sarawak pun sanggup balik Kuantan semata2 nak bagi tazkirah supaya aku tak teruskan niat aku dalam bidang ketenteraan. Macam2 yang dia bercerita tentang keburukan dan keperitan dunia ketenteraan ini, tanpa ada satu pun cerita kebaikan pada dia.

Akhirnya! Akhirnya! Akhirnya! Tanpa 'kerelaan' dan 'minat' aku pergi jugak untuk melaporkan diri ke Pusat Latihan Tentera Laut DiRaja Malaysia yang pada waktu itu berpusat di Woodland, Singapura. Mungkin di lain kali aku akan bercerita tentang pengalaman aku dalam dunia ketenteraan walaupun tanpa 'kerelaan' dan 'minat'....itupun kalau ada yang sudi nak baca laaaaa..
' semboyan angkatan laut kita...di samudera raya...'

Moralnya disini adalah sekiranya kita tak tahu apa yang kita nak buat, lebih baik kita fikir dulu apa yang patut kita nak buat sebelum kita buat.

Tuesday, April 7, 2009

Bagaimana Kalau Kena Ke Kita...???

Bagaimana seandainya kejadian di atas benar2 terjadi di dalam kehidupan kita. Tatkala ibu kita sendiri diperlakukan sedemikian rupa oleh manusia bertopengkan 'binatang' yang tiada berhati perut dihadapan kita...saat2 dimana kematian ibu kita makin hampir menjelma tiba dan dikesempatan itu sebaris wasiat sempat dibisikkan ketelinga kita, agar kematiannya perlukan pembelaan...apakah yang termampu kita lakukan diketika dan disaat itu????


Ya!!! yang pastinya tangisan dan raungan akan keluar dirongga kerongkong kita...sedih?...hiba?...sakit hati?...marah...? Dan yang pasti apakah wasiat tadi akan ditunaikan??? itu yang menjadi persoalannya...Kalau kita...???

Moralnya di sini ialah sebagai seorang anak, 'jatuh' wajib untuk sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua ibubapanya agar saat2 kematian mereka itu dalam keadaan senang mereka...aminnn