Tuesday, October 13, 2009

Teruk Sangat Ke Aku Ni????

Teruk sangat ke aku ni????? Hinggakan....
Teruk sangat ke aku ni????? Hinggakan semua...
Teruk sangat ke aku ni????? Hinggakan semua orang...
Teruk sangat ke aku ni????? Hinggakan semua orang nak...
Teruk sangat ke aku ni????? Hinggakan semua orang nak cari...
Teruk sangat ke aku ni????? Hinggakan semua orang nak cari salah...
Teruk sangat ke aku ni????? Hinggakan semua orang nak cari salah aku!!!

Moralnya di sini ialah Aku...kan Abanggg

Tuesday, September 8, 2009

Doa Seorang Ayah Buat Anaknya...

Bermula pada 08.09.2009 sehingga 10.09.2009 adalah hari peperiksaan UPSR bagi murid2 tahun 6 di seluruh Malaysia menduduki peperiksaan tersebut. Termasuklah anak perempuan aku, Siti NurShahirah Sofiah. Aku sesungguhnya tidak mengharapkan keputusan 5A, apa yang aku harapkan hanyalah dia akan mendapat kejayaan yang boleh aku banggakan. Aku cukup bangga kerana anak perempuan aku ini telah menunjukkan usaha dalam pelajarannya, yang aku sendiri tidak menjangkakannya. Memandangkan selama ini beliau tidak menunjukkan semangat untuk belajar tatkala beliau di tahun 3 lagi hinggalah ke tahun 5. Puas aku bertanyakan kepadanya kenapa??? Tapi dia hanya mendiamkan diri sahaja. Sehinggalah pada pertengahan tahun 5 aku meminta isteri aku bertanyakan kepada kawan2 nya, kerana pada aku mesti ada sebabnya dia berkeadaan demikian. Dan akhirnya terjawab sudah segala kemelut yang menyelubungi anak perempuan aku ini adalah disebabkan oleh tindakan 2 orang cikgunya yang telah 'memalukannya'. Aku bukannya seorang yang suka 'memenangkan' anak sendiri, tapi aku ambil iktibar di atas kejadian tersebut. Aku mengambil langkah menukarkannya ke sekolah lain atas kehendaknya.

Apa yang boleh seorang ayah seperti aku ini mengharapkan pada seorang anak yang tiada minat untuk belajar selama 2 1/2 tahun tanpa aku mendekati dan ambil tahu permasalahannya. Setiap waktu aku hanya mendoakan agar dia boleh menjadi contoh tauladan terhadap adik2nya sudah memadai bagi aku. Tapi Tuhan Maha Kaya, dalam 1 1/2 tahun kebelakangan ini dia telah mula dan baru untuk menunjukkan minat untuk belajar. Dia sendiri minta untuk menghadiri kelas tuisyen dan tidak akan gagal untuk meghadirkan dirinya ke sekolah apatah lagi kelas tambahan yang diadakan setiap petang. Setiap hari aku doakan untuk anak2 termasuk anak perempuan aku ini dan setiap hari juga akan ada perubahan dalam pembelajarannya. Aku cukup bangga......

Ya Allah...Sesungguhnya aku mohon padaMu agar anak perempuan aku memperolehi kejayaan dalam peperiksaan upsrnya. Aku tidak mengharapkan kejayaan yang besar buatnya, Ya Allah. Cukuplah sekadar Kau pandang akan usahanya untuk berjaya, Ya Allah. Cukuplah Kau pandang akan kegigihannya untuk memajukan dirinya, Ya Allah. Kau tetapkanlah imannya terus melekat pada MU, Ya Allah. Jangan Kau beralihkan hatinya untuk terus berdoa kepada MU, Ya Allah. Kerana Kau Maha Pengampun dan Maha Penyayang, Ya Allah. Amin...amin..Ya Rabbal Alamin.

Moralnya di sini ialah dulu waktu kita kecil, kita kan ambil lewa saja untuk belajar walaupun diingatkan oleh mak ayah kita. Tapi bila dewasa dan mempunyai zuriat barulah kita tahu betapa besarnya harapan mak ayah kita untuk kita menuntut ILMU.

Wednesday, September 2, 2009

Iron Chef!!!

Hari ni genap 13 hari kita semua berpuasa di bulan ramadhan. Dan ramadhan kali merupakan sejarah dalam hidup aku sekeluarga, di mana aku berjaya menyediakan 3 jenis resepi untuk juadah anak2 aku berbuka puasa. Semua orang terkejut apatah lagi emak aku la...Aku sendiri pun tak percaya yang aku akan masak juadah untuk berbuka. Habis adik beradik aku tahu yang aku masak pada hari itu. Aku masak juadah yang diberi nama oleh empunya pencipta iaitu sticky caramel chicken wings, sotong masak szechuan dan ciptaan sendiri iaitu ayam bakar bermadu. Dan yang bestnya seperti biasa aku tetap menjadi pujaan kepada anak2 aku sendiri kerana kepandaian aku memasak. Tapi bagi emak aku pulak...???? Masakan Cok Dang tetap menjadi pujaannya!!!!

Moralnya di sini ialah kalau kita tidak berani lakukan sesuatu, kita tidak tahu akan kebolehan kita yang sememangnya ada.

Monday, August 24, 2009

Maafkan Aku Emak...Maafkan Aku Abah!!!

Bila kenangkan usia kita makin meningkat, maka bertambahlah juga usia orang tua kita. Ini boleh diandaikan kita hanya mempunyai secebis...sedikit...sedetik...secangkir...seminit...sesaat maupun apa2 lagi 'se' yang kita ingin huraikan. Tapi bagi aku...mahu rasanya aku putarkan detik waktu yang cukup pantas berputar yang meninggalkan satu persoalan...apakah aku telah dan memberi ketaatan sepenuhnya untuk aku menjadi seorang anak yang taat terhadap kedua ibubapa ku???

Demi Tuhan yang mencipta sekelian alam...tatkala ini aku ingin sekali menjadi seorang anak yang tidak sama sekali menjadi anak yang degil dan sering membantah dan memberontak akan orangtuanya...dan aku berjanji tidak akan mengeluarkan kata2 yang menyakitkan hati mereka walaupun sekadar berkata...'ah!!'. Cukuplah di masa kecilku membuatkan orangtua ku menangis akan perbuatan mahupun perkataan yang terhambur keluar dari mulutku. Maafkan aku mak!...maafkan aku abah!. Aku terlalu sayang mereka berdua. Dan kini hidup ku...mati ku...sesungguhnya aku ingin menyenangkan mereka berdua, aku ingin menjadi anak yang taat akan perintah orangtuanya disamping taat perintah yang Esa. Doa yang aku panjatkan kehadratNya akan terus mengiringi kehidupan kalian berdua agar kita semua akan diberi kesempatan yang lebih lama lagi untuk aku terus menjalankan tugasan aku sebagai ANAK.

Aku menjadi sakit hati bila melihat ada di antara anak2 sekarang yang masih lagi 'ingin' dan 'bangga' menjadi 'anak derhaka' terhadap orangtua mereka. Masih lagi menengking dan memaki orangtua mereka...masih lagi berkira dengan orangtua mereka. Percayalah!! Azab dan balasan pasti menanti kita samada di dunia ataupun di akhirat kelak...Mungkin mereka ini tidak lagi memahami akan maksud kehilangan...bila duit hilang, habis serumah kita kecoh dan mencarinya. Inikan pulak orangtua kita...ibu yang melahirkan dan membesarkan...ayah yang merengkoh mencari rezeki bagi menyediakan makan pakai kita. Senang sungguh kita meninggikan suara!!!

Kini aku mengharapkan anak2 ku tidak seperti mana aku sewaktu dulu. Aku harapkan mereka akan sedar betapa penting dan tahu di mana letaknya kedudukan seorang ibu dan ayah dalam sebuah institusi kekeluargaan. Buat emak dan abah...maafkan abang andainya kesilapan lampau abang banyak mengguriskan hati emak dan abah. Moga emak dan abah terus sihat tubuh badan dan dipermudahkan rezeki...aminnn.

Moralnya di sini ialah seseorang yang faham di mana letaknya kedudukan 'ibubapa' dalam islam nescaya mereka tidak akan berkata...' ahh'.

Thursday, August 13, 2009

Nak atau Tak Nak???

Semalam kita dikejutkan dengan kematian seorang lagi insan yang kita semua kenali, iaitu ketua kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Asri Ibrahim, 42, meninggal dunia di Hospital Pantai, Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi semalam kerana sakit jantung. Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.

Betullah janji Allah...ajal, maut, jodoh, sakit, demam, miskin, kaya, H1N1, H2N2 dan semuanya ini adalah ketentuan dari - Nya. Tiada siapa boleh mengelaknya lagi...Yang pastinya, amalan kita sentiasa berterusan. Itu pastiii.

Entah kenapa sejak beberapa minggu ini kita dikejutkan dengan H1N1...ini yang peliknya...orang lain makan khinzir, orang lain yang kena sakitnya. Tapi kita kena redha dengan Qadha dan Qadhar. Dan yang bestnya lagi, sekiranya seseorang dijangkiti virus H1N1 dan meninggal maka kematiannya akan bersabit dengan penyakit lain. H1N1 itu adalah asbabnya saja.

Aku pun tergolong dalam golongan yang diselubungi kerisauan antara berjuta rakyat Malaysia akan musibah yang melanda ini. Tapi aku menjadi 'cool' balik bila 'bos' aku menceritakan tentang pengertian redha dan ketentuan Ilahi. Aku menjadi manusia yang redhaaa.

Aku tengah memikirkan apakah aku perlu untuk mendapatkan rawatan di hospital akan sakit yang aku tanggung sekarang ini. Entah kenapa dalam seminggu ini aku merasa terlalu sakit sangat pada bahagian belakang dan pinggang aku. Aku mendapatkan khidmat nasihat dari 'bos' aku tentang kewajaran dan apakah yang perlu aku lakukan. Beliau suruh je aku dapatkan pemeriksaan dari hospital, ini kerana berdasarkan kepada pengalaman orang rumahnya sendiri. Aku pun mendapat khidmat nasihat lagi dari orang yang pakar tentang insuran dan sakit-makit iaitu 'Tuan Salman Khan'. Beliau dengan berbesar hati memberi khidmat nasihat tanpa bayaran dikenakan agar aku ke hospital bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Aku tengah memikirkan samada aku perlu ikut apa yang di sarankan oleh pakar rujuk aku?? Kalau setuju...bila harus aku pergi?? Sehari dua ni aku perlu siapkan kerja2 di pejabat...minggu depan anak2 aku mula periksa bagi penggal 3...kesian kat dia orang dan minggu lagi satu pula, umat islam mula berpuasa..Buntu gak ni???? Istikharahlah dulu....

Moralnya disini adalah segagah mana kita dan sebijak mana ilmu sains kita, tidak akan dapat mengatasi akan Rabb Nya.


Sunday, July 5, 2009

Majlis Perpisahan

kami dalam perjalanan ke majlis pecah tanah piza hut giant

dengan kenderaan penaja Avanza, sapa lak kentut ni???...kami tak bau apa pun, dia sorang je tutup hidung.

Antara tetamu kehormat yang hadirkan diri...berbaju kuning Tn hj Arildinho
( buat muka lapor ), Pn Hjh Bamble Bee ( kontrol ayu ) n yang diraikan budak sengal banget, Fiza ( kononnya yuna )
Hidangan pertama sampai untuk aku jer iaitu nasi goreng keju...tah apa ke jenis juadah tahh...rasa hampehhhh

Serpihan tetamu kehormat bersama ngan tetamu yang tak diundang...yang berbadan besar tu lupa lak namanya tapi hensem gak orgnya, yang tengah tu Puan Sri Hjh Sallie ( kontrol lapor nampak ) n kakak kepada yg kontrol lapor tu Hjh RoseNoniNyah ( tengah menunjukkan muka teramat lapor ),dia la yng tak diundang tu!!.....malangnya muka bos aku tak gamakk aku paparkan disini sbb terlalu laporrrr sangattt katanya.

Untuk Fiza:
Terima kasih di atas kepraktikalan anda kat unit rekod...kekalkan prestasi kuarangkan kontroversi tak kira dimana anda berada...kalau buat album ke2...bolehlah bagi free kt abg.. adiossssss

Moralnya disini ialah tak semua perbuatan yang kita lakukan akan disenangi semua orang melainkan ada orang yang sudi menghargainya.

Tuesday, June 2, 2009

Erti Sebuah Kasih Seorang Suami!!!

Aku tertarik dengan email yang aku dapat dari seorang teman. Aku dapati apa yang di perkatakan ini ada kena mengena dengan realiti kehidupan aku sebenar dalam melayari kehidupan suami-isteri. Dan aku megolah balik isi cerita agar mudah difahami.

Dalam mengharungi kehidupan 'Aku' suami - isteri . Berbagai asam garam kehidupan berumahtangga yang kami hadapi selama 13 tahun kami ber'pacaran'. Pahit, manis, kelat dan masin memang serba cukup bagi mewarnai bahtera kehidupan kami. 'Aku' suami-isteri sering bersembang2 sebelum mata terpejam lena. Entah macamana dialog2 dari isteriku telah terkeluar dari mulutnya.

Isteri 'Aku' : Mengapa abang menyukai Ayang? Mengapa abang cintakan Ayang?

'Aku': Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Ayang!

Isteri 'Aku' : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan Ayang sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

'Aku': Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Ayang!

Isteri "Aku' : Tak boleh beri bukti! Tidak! Ayang hendak abang terangkan kepada Ayang sebabnya. Kawan-kawan Ayang yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

'Aku' menarik nafas panjang dan dia berkata, "Baiklah! Abang mencintai Ayang sebab bagi abang Ayang cantik, lemah lembut, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Ayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Ayang!"

Isteri 'Aku' tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan 'Aku'. Namun begitu selang beberapa hari isteri 'Aku' mengalami demam yang amat teruk sehingga koma di hospital. 'Aku' amat bersedih lalu berkata kepada isteri ku walaupun isteri ku masih dalam keadaan koma kerana 'Aku' tahu bahawa isteri ku tetap mendengar,

"Ayang! Jika disebabkan suara, abang mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu abang tidak boleh mencintaimu."

"Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan abang mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu abang tidak boleh mencintaimu."

"Jika disebabkan senyuman, abang mencintai mu... sekarang bolehkah ayang tersenyum? Tidak! Oleh itu abang tidak boleh mencintai mu."

"Jika disebabkan setiap langkah, abang mencintaimu. ... sekarang bolehkah ayang melangkah? Tidak! Oleh itu abang tidak boleh mencintai mu."

"Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Abang tidak mempunyai sebab mencintai ayang lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Abang masih mencintai ayang dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

Maka menitislah air mata seorang ISTERI yang sudah memahami erti sebuah kasih-sayang bagi seorang yang bergelar SUAMI seperti 'Aku'...

Moralnya disini adalah jangan dipersoalkan kasih sayang seorang SUAMI jika kita telah redha bahawa dia adalah ketentuan Allah kepada kita sebagai ISTERI kepadanya.