Tuesday, September 8, 2009

Doa Seorang Ayah Buat Anaknya...

Bermula pada 08.09.2009 sehingga 10.09.2009 adalah hari peperiksaan UPSR bagi murid2 tahun 6 di seluruh Malaysia menduduki peperiksaan tersebut. Termasuklah anak perempuan aku, Siti NurShahirah Sofiah. Aku sesungguhnya tidak mengharapkan keputusan 5A, apa yang aku harapkan hanyalah dia akan mendapat kejayaan yang boleh aku banggakan. Aku cukup bangga kerana anak perempuan aku ini telah menunjukkan usaha dalam pelajarannya, yang aku sendiri tidak menjangkakannya. Memandangkan selama ini beliau tidak menunjukkan semangat untuk belajar tatkala beliau di tahun 3 lagi hinggalah ke tahun 5. Puas aku bertanyakan kepadanya kenapa??? Tapi dia hanya mendiamkan diri sahaja. Sehinggalah pada pertengahan tahun 5 aku meminta isteri aku bertanyakan kepada kawan2 nya, kerana pada aku mesti ada sebabnya dia berkeadaan demikian. Dan akhirnya terjawab sudah segala kemelut yang menyelubungi anak perempuan aku ini adalah disebabkan oleh tindakan 2 orang cikgunya yang telah 'memalukannya'. Aku bukannya seorang yang suka 'memenangkan' anak sendiri, tapi aku ambil iktibar di atas kejadian tersebut. Aku mengambil langkah menukarkannya ke sekolah lain atas kehendaknya.

Apa yang boleh seorang ayah seperti aku ini mengharapkan pada seorang anak yang tiada minat untuk belajar selama 2 1/2 tahun tanpa aku mendekati dan ambil tahu permasalahannya. Setiap waktu aku hanya mendoakan agar dia boleh menjadi contoh tauladan terhadap adik2nya sudah memadai bagi aku. Tapi Tuhan Maha Kaya, dalam 1 1/2 tahun kebelakangan ini dia telah mula dan baru untuk menunjukkan minat untuk belajar. Dia sendiri minta untuk menghadiri kelas tuisyen dan tidak akan gagal untuk meghadirkan dirinya ke sekolah apatah lagi kelas tambahan yang diadakan setiap petang. Setiap hari aku doakan untuk anak2 termasuk anak perempuan aku ini dan setiap hari juga akan ada perubahan dalam pembelajarannya. Aku cukup bangga......

Ya Allah...Sesungguhnya aku mohon padaMu agar anak perempuan aku memperolehi kejayaan dalam peperiksaan upsrnya. Aku tidak mengharapkan kejayaan yang besar buatnya, Ya Allah. Cukuplah sekadar Kau pandang akan usahanya untuk berjaya, Ya Allah. Cukuplah Kau pandang akan kegigihannya untuk memajukan dirinya, Ya Allah. Kau tetapkanlah imannya terus melekat pada MU, Ya Allah. Jangan Kau beralihkan hatinya untuk terus berdoa kepada MU, Ya Allah. Kerana Kau Maha Pengampun dan Maha Penyayang, Ya Allah. Amin...amin..Ya Rabbal Alamin.

Moralnya di sini ialah dulu waktu kita kecil, kita kan ambil lewa saja untuk belajar walaupun diingatkan oleh mak ayah kita. Tapi bila dewasa dan mempunyai zuriat barulah kita tahu betapa besarnya harapan mak ayah kita untuk kita menuntut ILMU.

Wednesday, September 2, 2009

Iron Chef!!!

Hari ni genap 13 hari kita semua berpuasa di bulan ramadhan. Dan ramadhan kali merupakan sejarah dalam hidup aku sekeluarga, di mana aku berjaya menyediakan 3 jenis resepi untuk juadah anak2 aku berbuka puasa. Semua orang terkejut apatah lagi emak aku la...Aku sendiri pun tak percaya yang aku akan masak juadah untuk berbuka. Habis adik beradik aku tahu yang aku masak pada hari itu. Aku masak juadah yang diberi nama oleh empunya pencipta iaitu sticky caramel chicken wings, sotong masak szechuan dan ciptaan sendiri iaitu ayam bakar bermadu. Dan yang bestnya seperti biasa aku tetap menjadi pujaan kepada anak2 aku sendiri kerana kepandaian aku memasak. Tapi bagi emak aku pulak...???? Masakan Cok Dang tetap menjadi pujaannya!!!!

Moralnya di sini ialah kalau kita tidak berani lakukan sesuatu, kita tidak tahu akan kebolehan kita yang sememangnya ada.