Monday, November 24, 2008

Abah "The Only One" Aku

Bagi Aku...kasihnya Emak membawa ke syurga, dan kasihnya Abah sampai bila-bila. Insyaallah...selagi hayat Aku dikandung badan, selagi Aku berpijak di bumi nyata...Aku akan terus menyayangi Abah yang semakin dimamah usia seperti mana Aku menyayangi Emak juga. Tiada kata secantik bahasa, tiada gambar seindah lukisan untuk menyatakan betapa sayangnya Aku terhadap Abah. Beliau seorang yang cool, baik, peramah, suka ketawa, tak suka marah, pemurah, mudah kesian, penyayang dan macam2 ada kalau nak bercerita tentang Abah ini, macam jugak abah korang...tul tak?? Tak pernah sekali Abah mengajak Aku membantunya dari sekecil umurku lapan tahun hinggalah Aku dikurniakan 3 orang anak...melainkan Aku sendiri merasa kesian melihat dia, Aku pasti meringankan otot2 Aku walaupun sememangnya berat demi Abah. Kalau boleh tak sanggup rasanya Aku membiarkan Abah membuat kerja yang berat2 lagi. Tapi Abah tetap degil membanting tulang empat kerat untuk menyiapkan bilik tidurnya, yang sememangnya Aku sendiri tak terfikir diakal fikiran bahawasanya Abah yang membuatnya. Aku tabik "springgggg" beribu kali padan Abah...


Apapun Abah tetap istimewa terhadap Aku sekeluarga apatah lagi dikalangan saudara-mara Aku. Beliau disayangi tak kira tua-muda...Suka melayan kerenah anak2. Dan yang terUTAMA sekali kelebihan yang ada kat Abah, beliau pandai memasak dan tak salah kalau Aku gelar dirinya 'IRON CHEF' . Beliau pandai mereka cipta masakan, antaranya ' telur kicap ', ' chuq manih ', ' ikan bilis goreng serbuk lada ' dan aneka nasi goreng. Hanya orang yang pernah merasainya , pasti akan tahu betapa Aku semememangnya tak menipu tentang 'iron chef'nya Abah. Aku tahu kini, sesiapa yang disayangi oleh Abah pasti akan merasa masakannya....janji buka mulut dan berkata," Papa buat nasi goreng"....Kalau dia sayang orang tu, pasti digorengnya dengan kadar segera. Beruntung sangatlah orang tu...


Dan kini pada tanggal 21 hb Nov 2008, genaplah umur Abah 64 tahun. Ya Allah ...Kau panjangkanlah umur Abah agar dia terus dapat membaca surah2 dari kitab Mu, Ya Allah...Kau ampunkanlah dosa2 Abah dari sebesar2nya hinggalah sekecilnya zarah, Ya Allah...Kau sihatkanlah tubuh badan Abah agar dia mampu melaksanakan tanggungjawabnya terhadap MU, Ya Allah...Kau permudahkanlah segala urusan Abah agar dia terus mensyukuri nikmat Mu, Ya Allah...Ampunkan dosa2 Aku terhadap Abah dari sebesar tapak tangan hinggalah ke akhir hayat Aku...Sesungguhnya Abah tiada 2 dalam hidup ku....Di akhir bicara dan yang mampu Aku ucapkan hanyalah sebaris kata,.." Aku sayang Abah....dan selamat hari lahir buat Abah....."

Tuesday, November 18, 2008

Maafkan Aku.....Sahabat!!!

Terkenang akan kisah sewaktu kecil ku, apabila abah ku bercerita...

Ada seorang anak yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.Pada suatu hari, abahnya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini abah?" tanya pemuda tersebut."Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab abahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.Dia pun memberitahu abahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Abahnya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-pakutersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada abahnya dengan bangganya. Abahnya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik...anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari.Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakkan mu ke arah kejayaan.Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.
"Sahabat..maafkan Aku sekiranya Aku pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."

Wednesday, November 5, 2008

Jelajah Trengganu



Pada 1 hb Nov 2008 hari sabtu, Aku telah turut serta dalam rombongan meminang untuk 'adik Wan' Aku ke Ladang Jaya, Sungai Tong, Trengganu Darul Iman. Rombongan yang pada mulanya akan di'konvoi' dengan 4 buah kereta yang memuatkan ahli seramai 20 orang. Alih2nya sehari sebelum konvoi bermula, hanya tinggal 2 kereta sahaja lagi yang akan meneruskan misi peminangan ini. Ini kerana ramai ahli yang terlibat dengan komitmen yang lain disaat2 akhir.


Yang pastinya, Aku bersama dengan Emak, Abah dan Nyah telah berjaya menempatkan diri kami dalam acara peminangan ini. Ini bermakna Aku sekeluarga dalam satu kereta iaitu 'My Dream Car....Toyota Avanza 1.3 vvti'. Dan penghuni kereta sebuah lagi iaitu Abah Uban, Mak Mok, Kak Long, Adam, Dia dan my bro, Bapak....menaiki proton tank. Kami bertolak pada pukul 0945 melalui jalan Neram - Jabor. Kata Bapak, ini 'jalan belakang'....Sebenarnya Aku excited sangat nak pergi sebab dah lama Aku tak ke Kuala Trengganu, apatah lagi ikut jalan belakang. Tapi sepanjang jalan Aku tak la boring sangat dan tak speeding pun sebab Aku bawak 'Pengarah JPJ Pahang', sapa lagi kalau bukan Emak Aku sendiri. Boleh katakan dia tak lelap walau sesaat pun...dan mulutnya pun tak diam. Sampai Kuala Berang, Abah Uban suruh Bapak berhenti sebab dia nak makan nasi....lapar katanya. Yang membuatkan Aku tertanya2, kami nak ke rumah kenduri tapi masih lagi berhenti untuk makan. Inilah 'special'nya ahli keluarga Hjh Teh yang sememangnya tak boleh jauh dari makan. Makan pulak tu mesti yang enak2 sih!!...kepala ikan patin 2 biji, ekor ikan patin 2 ketul, ikan lampam goreng 1 ekor, ikan bakar 2 ekor dan ulam2an yang lain. Yang nak makan tak sampai 10 orang tapi lauknya dekat 10 orang lebih makan....Aku anggarkan bayarannya dalam RM 70 - RM 100,...cis!!! Aku tewas dalam pembidaan....rupa2nya tak sampai RM 50. Sampaikan Aku suruh budak pompuan tu kira lagi sekali....betullah...bayarannya RM 41 jer.


Kami sampai ke Ladang Jaya, Sungai Tong tepat jam 1 ptg. Tak payah la kita cerita tentang proses peminangan sebab itu keje 'orang tua'. Lebih kurang 1 1/2 jam, semuanya berjalan lancar. Kami bertolak ke Kuala Trengganu kerana Emak Aku ngan Kak Long yang kepingin sangat nak ke Pasar Payang. Tak ada apa yang 'special' pun kat Ganu ni dan tak ada perubahan pun dari 7 - 8 tahun lepas kali terakhir Aku ke sana ngan 'TOK'...jam telah menunjukan hampir ke pukul 5 ptg, kami bertolak balik ke Kuantan ikut 'jalan Pantai' kata Bapak. Sampai di Kerteh, dah maghrib...isi minyak + sembahyang, pastu Abah Uban ngan Tok Siah dah mula lapar...makan dulu. Seperti biasa, Aku turut juga membida kali ini...dengan TomYam 2 orang makan, Sup Tulang 3 orang makan, Nasi Goreng USA 2 orang makan, Nasi Goreng Cendawan, Kuew Tiau Goreng dan air. Memandang dah dekat ngan Kuantan, Aku ambil harga Kuantan.....mesti tak lari dari RM 60 - RM 70...Aku bersedia untuk membayar kali ini, kesian gak kat Abah Uban...Akhirnya Aku hanginnnnn satu badan, kerana Aku cuma dikehendaki membayar RM 50 jer.!!!Kalau ada rezeki, Aku nak bawa lagi keluarga Aku ke Trengganu, hanya untuk MAKAN saja....murah bebb!!!!!


Akhirnya kami selamat tiba ke Bukit Goh hampir jam 2130...Alhamdulillah, semua selamat. Apapun yang menghairankan Aku...hanya 1 perkara iaitu Aku tak rasa letih dan penat walaupun sepanjang hari perjalanan tanpa pertukaran 'driver' ngan Nyah. Ooooooo baru Aku ingat, sebelum memulakan perjalanan pagi tu Aku pekena 1 sachet 'Kopi Kawe'.....terima kasih 'Kopi Kawe'...dan rupa2nya 'My Dream Car' telah membuat perjalanan sejauh 508 km selama hampir 12 jam...duit minyak RM 85.00 jer....Jumpa lagi Trengganu!!!!!!