Thursday, September 30, 2010

Motivasi Air???


Bagaimana saya menemui motivasi dari air?
Semuanya bermula ketika saya berjumpa artikel “Message From Water” dari internet. Selepas membaca artikel tu, saya menemui hal yang sama ditulis oleh pakar motivasi terkenal, Dr Tuah Iskandar di dalam bukunya bertajuk Membina Jatidiri Gemilang. Lantas, timbul rasa ingin tahu yang amat kuat.
Dari apa yang saya baca, bunyi yang berdekatan dengan air akan mempengaruhi bentuk hablur air tu sendiri lantas mempengaruhi tenaga yang terkandung di dalam air, sama ada dibentuk menjadi tenaga positif atau tenaga negatif. Apabila air berada dekat dengan bunyi bising, bingit, misalnya muzik heavy metal atau kata-kata nista, bentuk hablur air tu jadi bercelaru dan ‘kelam’ – menampakkan ciri-ciri tenaga negatif. Apabila diminum, Anda terdorong untuk menjadi orang berciri-ciri negatif, bersikap negatif, berkata-kata yang negatif, berfikiran negatif.
Tapi, bentuk hablur air berubah apabila dibacakan dengan surah Al-Fatihah atau ayat-ayat Al-Quran. Bentuk hablur air berubah menjadi sangat cantik seperti hablur kristal yang sangat halus ketika musim salji.
Itu adalah ciri-ciri tenaga positif yakni tenaga yang baik untuk mencetus kecemerlangan diri. Apabila diminum, air tu akan membentuk Anda menjadi orang yang berciri-ciri positif, bersikap positif, berkata-kata yang positif, berfikiran positif.
Air dapat mempengaruhi tahap motivasi kita. Selepas mengalami kesannya dari pengalaman sendiri, saya mengakui kebenaran hal ini.
Pada tahun 2007, saya menyertai sukan renang dan sempat memasuki pertandingan-pertandingan lumba renang. Air cepat memberi respon pada niat kita di dalam hati.
Bila kita niat di dalam hati yang kita mahu bersemangat, maka air akan memudahkan pergerakan kita dan menjadikan kita bersemangat kerana air sentiasa memberi respon pada apa yang kita niatkan padanya. Dalam hati, saya percaya yang air ada ‘roh’ tersendiri lalu saya berkata “air, mudahkanlah pergerakan aku dan tenangkanlah aku”.
Lafaz sekali aje tu, bukan banyak kali. Kemudian saya ‘let go’.
Ketika berenang dengan laju agak sukar untuk seorang perenang meletak diri dalam tahap emosi yang sungguh relaks sebab dia kelam-kabut berenang dengan laju, dah tentu emosinya agak bercelaru. Tapi dengan melafazkan niat tu di dalam hati, saya merasa amat tenang.
Ketika sesi latihan renang yang memeritkan, saya sungguh tenang bahkan terasa bahagia (seronok) berenang. Dapatkan Anda berenang 50 meter dalam masa kurang dari 30 saat dalam kolam renang bersaiz Olimpik? Jika perenang yang sudah berlatih tiap hari lebih dari 3 bulan, jawapannya YA. Jika Anda orang biasa dan cuma perenang biasa, tiba-tiba diperintahkan berenang dalam jarak 50meter dalam masa yang sama, cemana? Mesti rasa mustahil kan?
Apabila kita masuk ke dalam kolam renang dengan perasaan yang tertekan, emosi yang tertekan, air seakan-akan menjadi penghalang besar. Segala pergerakan ketika berenang terasa ‘berat’. Ada-ada saja yang tak kena.
Itu baru berenang. Entah cemanalah keadaan kita apabila kita bekerja, mengurus rumah, mengulangaji pelajaran, memandu, atau memikirkan sesuatu. Mesti kita juga terasa ‘berat’ sebab 70% kandungan isi badan kita adalah air. Untuk membuat kita sentiasa bersemangat, saya suggest Anda lakukan hal berikut:
1. Ambil segelas ari biasa, air suam atau cuma ‘plain water’ (atau nama popularnya Sky Juice).
2. Pastikan keadaan sekeliling Anda tenang, bebas dari gangguan atau bunyi bising.
3. Relakskan badan untuk seketika, sama ada berdiri atau duduk.
4. Ambil segelas air tadi, letak di atas tapak tangan, tudukkan kepala ke arah gelas tu.
5. Baca surah Al-Fatihah, doa penerang hati, ayat Qursi. Ini adalah ayat-ayat yang saya baca untuk amalan seharian namun boleh baca ayat-ayat lain diiringi doa-doa bergantung pada pilihan Anda. Baca hingga habis dengan nada berbisik.
6. Pastikan air di dalam gelas tu dekat dengan bibir Anda, untuk membolehkan air ‘mendengar’ bisikan suara Anda.
7. Bila sudah selesai, minum air tadi dengan sekali teguk.
7 langkah kat atas tu langkah-langkah asas untuk membuat Anda bermotivasi di peringkat permulaan, lakukan 3 kali sehari. Mujarab atau tidak hal ni bergantung pada sikap istiqamah Anda. Namun, hasil dari kajian saya dan pengalaman melakukannya dalam tempoh tiga minggu, amalan ni baik untuk menenangkan diri, mengawal emosi dan menajamkan minda, menguatkan ingatan khususnya jika Anda seorang pelajar atau orang yang bekerja dalam suasana kesibukan.
Al-Quran ada energi tersendiri.
Apabila kita membacakan ayat-ayat Al-Quran kepada air, energi (tenaga) Al-Quran tu akan meresap masuk ke dalam air. Apabila kita minum air tadi, energi Al-Quran yang terkandung dalam molekul air masuk ke dalam badan lantas bergabung dengan aliran darah yang bergerak ke organ-organ badan kita termasuk ke bahagian otak, akhirnya akan mempengaruhi pemikiran kita. Pemikiran kita pula akan mempengaruhi tindakan kita.
Maafkan saya sebab artikel motivasi kali ni agak panjang. Sebab saya kena eksplain teori ni melalui kupasan mendalam.
Air akan menyerap mesej-mesej dari sekelilingnya, iaitu dari nada suara kita, nada emosi kita, bunyi-bunyian dan energi badan kita. Mesej-mesej tu adalah dalam bentuk aura atau dikenali sebagai tenaga listrik.
Tenaga listrik yang masuk ke dalam air, itulah yang dipanggil sebagai ‘mesej’ – maklumat berbentuk gelombang tenaga. Air adalah makhluk Allah. Walaupun air tu diam-diam camtu, ia juga menyerap getaran tenaga kita lantas memberi respon pada kita.
Apa yang kita bagi, itu yang kita akan dapat. We give negatif input, we receive negatif output.
Untuk memastikan kita bersemangat sentiasa, rajin-rajinkan diri membacakan ayat-ayat suci atau doa-doa sebelum meminum air yang Anda mahu minum, walaupun air tu air berais, air sejuk atau air suam. Janji air.
Elak untuk memaki, memarahi, mengumpat atau mengomen-ngomen di depan air.
Jika Anda berbuat begitu, Anda sedang menerbitkan getaran energi negatif lantas diserap oleh air minuman yang berada di dalam gelas di depan Anda. Bila Anda minum air tu, Anda akan menjadi orang yang berenergi negatif, menjadikan sikap Anda negatif, kata-kata Anda negatif, tindakan Anda menjadi tindakan negatif. Seterusnya, akan menjadi bertambah-tambah negatif.
Kesannya, Anda tak dapat mencapai apa-apa kecemerlangan dan langsung tak dapat merubah apa-apa sikap dalam masa panjang

Aku...kan Abanggg: # Anda Buat Anda Dapattt....

Monday, June 21, 2010

Selamat Hari Bapa Buat Abah!!!



Dalam ku meniti usia kini....
tiada pernah sekali aku malu....
untuk akui yang kau adalah orang yang aku sayangi....
selama ini dan untuk selamanya....
kerana kau adalah ABAH yang terbaik buat aku yang bergelar anak....

' SELAMAT HARI BAPA '


Aku...kan Abanggg : # Abah buat nasi goreng!!!

Sunday, May 2, 2010

Terima Kasih...Sayang!!!

Tanggal 1 Mei 2010 adalah Hari Pekerja dan merupakan juga hari ulangtahun perkahwinan aku yang memasuki usia 14 tahun. Dah remaja rupa2nya perkahwinan ku kini...Aku ngan isteri tak seperti pasangan yang lain...yang meraikan dengan 'candle light dinner' ataupun makan2 bawah pokok ketapang. Cukup sekadar aku memberi ucapan terima kasih yang tak terhingga buat isteriku kerana sudi 'menemani' dan 'tahan' akan sikap aku bergelar suami selama 14 tahun ini dalam melayari bahtera perkahwinan kami. Dan terima kasih juga buat isteriku kerana sanggup menjaga amanah Allah iaitu zuriat2 ku yang lahir dari kasih sayang kami dan terima kasih juga buat isteriku kerana sudi menghamburkan kasih sayangnya buat mak dan abah serta adik2 aku. Aku sedar...tanpa pengorbanannya itu pastinya bahtera yang kami layari akan karam dilautan arus tanpa sampai ke pelabuhan kekal abadi yang masih lagi jauh penghujungnya...hanya tuhan tahu bila akan sampainya???

"Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

Tuhan pun tahu akan kasihnya aku pada isteriku...kekadang aku terfikir betapa bertuahnya bila aku dikurniakan seorang perempuan yang bergelar isteri buat ku dikalangan orang yang sering aku impikan sepertimana doa2 aku sesudah solat. Tapi aku tahu walaupun pada mata sesetengah orang isteri aku ini ada kekurangannya...tetapi bagi aku dia seorang yang tak layak untuk aku sakiti. Terima kasih tuhan kerana anugerahMu pada ku...terima kasih isteri ku kerana terus menyayangi aku...suamimu....


Aku...kan Abanggg : # Aku sering berpesan buat isteriku, " Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu."

Thursday, April 29, 2010

Kek Harijadi Buat Isteri!!!

Seorang lelaki dengan tergesa2 telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya. "Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu. "Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas, kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian bawah," kata lelaki itu.

Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk persembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera! di kek itu:

"SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH."

Aku...kan Abanggg: # Agak2 lah yg tukang tulis tu pun.....

Thursday, April 1, 2010

Sunyilah Sudah Kita...

Tentu korang kenal siapa orang kat atas ni? Beliau seorang insan yang sentiasa berusaha untuk buat orang ketawa. Din Beramboi namanya...Bagi aku beliau seorang yg ikhlas setiap kali berkarya ataupun setiap kali dia memberi teguran umpamanya sewaktu menjadi juri dlm Raja Lawak 4 baru ini memang aku suka walaupun pada pandangan orang lain ianya agak kasar....Bagi aku dia seorang pelawak yang unik dan unik tu tak ada pada pelawak2 yang sedia ada...apa pun semoga rohnya dicucuri rahmat hendaknya dan semoga Allah pandangan akan kebaikan yg ada padanya....aminnnn

Aku...kan Abanggg : # Setiap detik waktu kita susuri pasti berakhir dengan kematian....

Sunday, February 21, 2010

Anak Derhaka!!!

Salam untuk semua...dah terasa lama tidak ber'blog', rindu laa pulak. Kali ni aku nak bercerita tentang seseorang yang wajib kita IDOLAkan dan bukannya 'Lady Gaga'...yang aku maksudkan adalah orang yang kita panggil 'Emak', 'Ibu', 'Mama', 'Bonda', 'Umi', 'Amma', 'Mami' dan bermacam2 lagi panggilan terhadap orang yang melahirkan kita ke muka dunia ini. Hari ini aku rasa nak bercerita tentang nama keramat ini lagi iaitu 'EMAK'.

Malam jumaat baru2 ini, aku entah macamana tertarik untuk menonton rancangan 'Semanis Kurma' yang dihoskan oleh ustazah Bahayah dan suaminya. Dan yang membuatkan aku lebih melekat untuk menonton adalah kerana tajuknya 'ANAK DERHAKA'. Manakala tetamu jemputan pula adalah Dr Fazley ( penyanyi n motivator ) bersama emaknya. Aku pun memanggil anak2 lelaki aku tanpa anak pompuan yang telah masuk tidur awal untuk bersama2 aku n isteri untuk menonton bersama2. Banyak juga ilmu yang aku dapat pada malam itu. Aku menjadi sebak, bila saja ustazah bercerita tentang pengorbanan seorang ibu( janda ) dalam membesarkan anak2nya seramai 5 orang sehinggalah kesemuanya menjadi manusia sepertimana yang beliau harapkan. Tetapi akhirnya ibu tua itu meninggal dunia seorang diri di rumah yang telah disewa oleh anak2nya kerana masing2 lepas tangan tidak mahu membela ibu mereka sendiri yang sakit ketika itu.

Betullah kata orang bijak pandai, 'seorang ibu sanggup membela 11 orang anak walau sesusah mana hidupnya, tetapi belum tentu ada diantara 11 orang anak sanggup membela seorang ibu??'. Aku setuju dengan pendapat Dr Fazley, kenapa anak2 sekarang menjadi 'Anak Derhaka'?

"Kurang perhatian keluarga, Kurang didikan agama
dan Lupa asal usul keluarga"

Kesemua perkara diatas telah dikupas satu persatu oleh Dr Fazley, dan kesimpulan yang aku dapat buat adalah anak2 sekarang mudah sangat melupakan dimana sepatutnya kita letakan kedudukan ibubapa kita. Ustazah bercerita lagi, tentang seorang sahabat di zaman Rasullullah S.A.W yang mengadu tentang susah payah beliau menjaga ibu yang sakit tenat dan tak2 mati lagi sedangkan beliau adalah seorang yang taat perintah Allah dan baik budi pekertinya. Maka diceritakan kepada beliau, Allah paling benci dan akan memalingkan muka kepada anak2 yang derhaka terhadap kedua orangtuanya diakhirat kelak. Maka sahabat tadi menangis dan disuruh memohon ampun terhadap ibunya.Seorang sanggup mendoakan ibunya mati cepat kerana dah lama menjaganya tetapi seorang sering mendoakan anak2nya.

" Ya! Allah...Kau panjangkan umur anak2ku dan kau permudahkanlah kehidupan anak2ku dan jadikanlah mereka anak2 yang soleh dan solehah"

Aku percaya akan kekuasaan Allah setiap apa yang kita minta pasti akan ditunaikan samada cepat dan lambatnya saja. Aku pernah memohon untuk merasai setiap penderitaan yang Emak aku rasai dan ambillah setiap saat nafasku dan diberikan kepada emak ku kerana diwaktu ini aku lebih memerlukan emakku lebih dari segala2nya. Dan kini alhamdulillah aku dapat menanggung sedikit bebanan kesakitan yang emak aku tanggung selama ini.

" Sesungguhnya aku redha ya! Allah. Aku tak sanggup kehilangan satu lagi keberkatan Allah terhadap aku iaitu DOA dari seorang EMAK..."

Aku sentiasa memohon kepada Allah agar memberi aku kesabaran dan kekuatan untuk terus menyayangi kedua ibubapa ku. Aku tak nak jadi 'Anak Derhaka'....

Aku...kan Abanggg : # Terima kasih buat isteri kerana memahami akan diri aku yang bergelar 'Anak Emak'....

Tuesday, January 26, 2010

Tag La Pulak!!!

Aku bila nak ber'blog' ni...aku tak kisah sangat. Tapi bila kena tag ni yang hangin satu badan!!! Tapi bila adik aku yang tag...zassss!!!layannnn.

1) Where is your cell phone?
# ikut dan je aku letak...tapi skang ada tepi aku ni.

2) Relationship?
# is3 aku laaa

3) Your hair?
# suatu waktu dahulu rambut aku kemas dan easylook, tapi bila berkawan ngan uztaz madi dah jadi 'baldylook' la pulakk.

4) Works?
# kerja ni berhantu...bila kita tak nak dia datang, bila kita nak dia buat dekk jee...jangan tanya lagi tentang keje, aku santau korang semua

5) Your sisters?
# hidup aku ni telah diwajibkan tidak boleh berjauhan dengan adik beradik aku, apatah lagi dengan adik2 pompuan aku yang sentiasa ambil berat tentang aku dari dulu lagi....aku sayang adik2 akuuuuuu

6) Your favourite thing?
# semenjak dua menjak ni aku suka sangat bila aku dapat berkonvoi dengan adik beradik aku kemana saja....

7) Your dream last night?
# aku jarang bermimpi lahhh

8) Your favourite drink?
# teh o ais satu !! siapppp

9) Your dream car?
# mestilah my love mpv....avanzaaaa sebut betul2...bukan avatar

10) Your shoes?
# sampai ke kasut pun tanya...apa punya soalan la...tapi aku tak banyak kasut sbb aku jenis lanyak sampai koyak pastu beli lain pulak!!! aku punya pasal la...bak kata 'dayah bull' ada aku kesahhh.

11) Your fears?
# bab ni aku tewas...aku memang takut kehilangan orang2 yang aku sayang disisi aku sekarang ni...aku jadi begini setelah aku kehilangan orang yang diantara aku teramat sayang iaitu ' EMAK ' aku yang kaya segala2nya tapi bagi aku........lain kali la citer

12) What do you want to be in ten years?
# terus menjadi jadi seorang ayah yang di sayangi oleh anak2 aku dan terus menjadi kesayangan buat mak, abah, isteri dan adik2 aku...love you allll

13) Who did you hang out with last weekend?
# aku dah kata...yang aku ni jenis tak boleh berjauhan ngan keluarga aku...serioussss wa cakap lu...apalagi mestilah bersama ngan keluarga aku laa

14) What are you not good at?
# aku ni jenis berlembut bila ngan anak2 aku, mungkin aku mudah kesian kt anak2 aku bila waktu dimarahi.

15) One of your wish list items?
# doakan aku sentiasa bahagia dengan sebuah keluarga yang harmoni

16) Where you grew up?
# ikut kata mak aku...merata tempat antaranya kedah, johor dan last sekali aku tercampak ke kuantan hinggalah sekarang.

17) Last thing you did?
# baru je teguk air mineral...

18) What are you wearing?
# pakai apa je yang aku boleh pakai...janji berbaju n seluar ada di badan

19) What aren't you wearing?
# soklan giler lagi...dah aku tak pakai baju bini aku

20) Your pet?
# pet memang aku tak bela...tapi adik aku dipanggil PET ada la

21) Your computer?
# ada...beli ngan along rekod dulu

22) Your life?
# simple je...tapi takla se simple bistro ok!!

23) Missing?
# aku malas nak bercerita bab missing2 ni...aku takut jadi fahrin ahmad nanti, sebab aku mesti nangis punya

24) What are you thinking about right now?
# tengok jam lambat lagi rupanya nak balik kejeee

25) Your car?
# kan aku dah cakap tadi...dah tentu avanza bukannya avatar

26) Your kitchen?
# kakakkk nanti lepas makan tolong abah sapu sikit kat dapur ye!!

27) Your favourite colour?
# the lady in red

28) Last time you laughed?
# pagi tadi ngan ustaz madi

29) Last time you cried?
# aku ni tak tentu tapi yang pasti aku nangis setiap kali aku teringat kat arwah 'EMAK' aku yang kaya

30) Love?
# bagi aku cinta ni pembohong...yang ada hanya kasih sayang sesama makhluk ciptaan Allah

31) So who want to share their Ones? How about?
# jankaulu n dayah bull n ziela...kalau korang terbaca laaa

Aku...kan Abanggg : # semuanya kerana fiza

Tuesday, January 19, 2010

Gula Oh Gula

Dah lama rasanya tak ber'blog'...mungkin tiada apa yang nak diceritakan ataupun mungkin aku tersibuk atau buat2 sibuk baru2 ini. Tapi minat untuk ber'blog masih berbara. Satu isu yang orng ramai duk bercerita sekarang ni tentang kenaikan harga sesetengah barang keperluan seharian terutamanya minyak petrol dan yang terbaru adalah GULA. Kekadang nak tergelak pun ada....ya la..gula naik 20 sen dah kecoh satu malaya seolah2 kerajaan sememangnya nak menyusahkan rakyat..cepat sungguh melenting!!! Macam tu la jugak bila petrol naik harga, pun melompat macam tak cukup tanah!!! Bermacam2 kempen yang aku dengar...KITA BOIKOT GULA!! KITA BOIKOT PETRONAS DAN SHELL, JANGAN ISI MINYAK...BAIK JALAN KAKI!!! Tapi bagi aku la..semua ni keperluan bersama iaitu kegunaan satu keluarga...xkira yang dah kahwin ke atau belum. Tapi yang aku pelik bila harga rokok naik 100% - 200%, semua buat senyap je...bagi aku gula sekilo RM 1.60 tapi guna lebih 4 - 5 orang walaupun tak sampai 1/2 bulan...Tapi yang aku tahu rokok paling cikai pun RM 3.00 bagi 20 batang dan yang branded pun dalam RM 10.00 bagi 20 batang jugak. Tapi yang jadi masalah ianya kegunaan seorang diri selama 2 hari paling lama. Cuba bayangkan kalau duit rokok tu boleh dialirkan ke aliran yang betul, mungkin kita tak melatah setiap kali kenaikan harga kut!! Tapi...entahlah selagi bergelar MANUSIA ianya pasti merungut. Jangan marah wahai sahabat2!!!

Aku...kan Abanggg : # Baik hisap rokok banyak2, insyaallah kalau ada rezeki pastu mati cepat, tak payah ambil tahu tentang kenaikan harga barang2. Aminnn

Sunday, January 3, 2010

Selamat Tahun Baru 2010 Dan Sesi Sekolah Bermula!!!

Selamat Tahun Baru 2010!!!
Kalau dulu setiap kali masuk je tahun baru aku akan mengira akan meningkatnya usia aku.
Tapi kini...aku tak merasakannya pun bila countdown malam tahun baru...cuma aku hangin sikit bila jiran aku main bunga api ngan mercun tepat jam 12.

Tapi aku kembali terasa berumur dan meningkat tua tatkala aku n isteri bersiap2 untuk menghantar anak sulung kami yang siap berpakaian sekolah menengah bagi sesi orentasi di sekolah menengah Indera Mahkota 2 pagi Sabtu baru2 ini. Duk tak duduk dah sekolah menengah anak aku ni....Alhamdulillah ada peningkatan sikit akan perangai anak perempuan aku ni, mungkin dah remaja kut!! Masih aku ingat sewaktu di darjah 6, beliau mengatakan yang dia takut untuk ke sekolah menengah...dalam erti kata belum bersedia katanya!!! Alih2 dia tidak mempunyai masalah sewaktu sesi orentasi baru2 ini. Aminnn.

Apapun anak2 lelaki aku yang 2 orang tu tetap maintain dengan penuh kemachoan pergi ke sekolah pada pagi ini, walaupun ada sikit keliatan untuk bangun pagi. Untuk mu anak2 ku...tuntutlah ILMU sejauh mana yang korang mampu, tapi...AKHIRAT jangan lupa!!!

Aku...kan Abanggg : # Sebagai seorang bapa memang terlalu besar harapan buat anak2nya, tapi bagi aku sekadar yang termampu oleh anak2 dan tiada tekanan buat mereka pastinya.