Thursday, February 26, 2009

Warisan Remie Berterusan!!!

Muhammad Luqmanul Hakim & Muhammad Farhan Hakim

Rasa dah lama aku tak ber'blog'...nak kata sibuk dak juga buat masa sekarang, tapi mungkin aku tak berapa sihat sejak kebelakangan ini..almaklumlah dah berusia bukannya tua!!! Kali ini aku nak bercerita tentang anak2 lelaki aku yang meniti kehidupan remaja mereka selepas mereka melalui proses ' perkhatanan' pertengahan bulan Disember 2008 baru2 ini.

Luqman berusia 11 tahun dan Farhan berusia 9 tahun. Kedua2nya mempunyai perwatakan yang berbeza2, apatah lagi bagi aku kesemua anak2 aku ni memang tak sama dari segi paras rupa termasuklah anak perempuan aku jugak. Kalau sekali pandang memang orang tak kata yang mereka tu adik beradik, melainkan aku suami isteri terpaksa mengambil langkah membelikan pakaian yang sama tetapi berlainan warna.

Luqman sebagai abang mempunyai sifat yang suka membantu dan ringan tulang. Minat bersukan, tak kira apa jua tetapi lebih kepada bolasepak, sepak takraw, basikal, gusti dan semua sukan yang ekstrem. Suka menonton cerita yang bercorak aksi dan komedi, korang baru cakap ' Ong Bak ', dia boleh mengulas cerita tu seolah2 dia dah menontonnya berkali2...manakala kalau cerita lawak, paling suka cerita2 lawak P.Ramlee...kalau suruh bercerita tentang ' bujang lapuk ', kita akan merasakan yang dia tu ada sekali dalam cerita tu!! Kadang2 lebih 'kencing' dari yang betul. Cuma pesan aku, jangan biarkan 'Mr. Lookman' aku ni mula membuat pertanyaan nescaya korang akan menyesal!!! Memang kuat bertanya sehingga dia dapat apa yang dia nak tahu. Aku pernah sekali balik kampung satu keluarga, yang lain semua terbongkang tidur, sebaik saja keluar dari Tol Gambang...isteri pesan, " Hakim teman abah sembang, ibu nak tidur"...maka episod ngeri aku pun bermula. Korang percaya tak kalau aku katakan, budak ni mula bersoal jawab ngan aku dari Gambang hinggalah ke Slim River...berhenti hanya di Genting Sempah dan mula balik bersoal jawab selepas itu. Aku tanya dia, " Nape tak tidur? ". Jawabnya, " Kan ibu suruh Hakim teman abah, takut abah ngantuk.". Mudah mesra dengan siapa saja termasuklah mat indon ngan mat bangla. Kuat merajuk tapi mudah beralah kalau dipujuk. Kalau dulu marah bila sebut tentang awek, tetapi sekarang sejak ber'khatan' dah mula ada awek dan minat kat seseorang...chewahhh!!! Syabas anakku ko dah besar akhirnya. Walaumacamanapun tuhan ngan pelajaran jangan LUPA!!!

Yang seorang ni, lagi la pulak...Farhan seorang yang 'independent' sejak kecil lagi, susah nak dapat pertolongannya melainkan kipas dulu kao2 itupun belum tentu dia nak buat. Suka buat sesuatu perkara ikut kata hati dan dia rasa nak buat. Walau dah khatan, tapi cerita kartun tetap dihati...sebut saja SpongeBob, CatDog, Danny Phantom, Anak2 Sidek, Conan, Naruto dan yang terbaru Upin & Ipin pasti akan perebutan antara mereka adik beradik. Maka akan kedengaran jeritan, tangisan dan rungutan diantara mereka, maka akan hiruk pikuk satu rumah...inilah sebenarnya dunia hiburan bagi aku suami isteri. A'an nama timangannya, ( kalau tau dek Hakim, mau ditanya maksud timangan )...Mudah juga berkawan tetapi lagi mudah dapat lawan, beliau suka melindungi hak saudara maranya apatah lagi adik beradik jika dibanding ngan kawan2 dia. Paling pantang kalau orang pertikaikan tentang badan dan tabiat pemakanan dia. Korang boleh bayangkan la, dia cakap kat aku, " Abah...tahun ni A'an tak nak masuk sukan!!". Aku tanyakan sebabnya." A'an malas!!" tapi aku dapat buat andaian, bahawa dengan badan dia tu...memang angkat berat saja yang layak!!! Bila aku kata camtu, dia hanya gelak tapi dalam masa yang sama aku faham isi hatinya. Minat sukan ekstrem terutama Gusti. Tapi memang anak aku yang ini seorang yang lawak 'selamber land'.

Moralnya disini adalah setiap anak2 yang diamanahkan oleh Allah SWT mempunyai kelebihan masing2 dan sebagai ibubapa sepatutnya tiada apa yang sempurna melainkan kita sendiri yang mencorakkannya.

Tuesday, February 10, 2009

Selamat Ulang Tahun Sayang!!!

Aku tertawan akan senyuman mu
Yang mampu ku balas hanya kasih sayangku
Aku tertawan akan belaianmu
Yang mampu ku hamparkan hanya jiwaku
Aku tertawan akan keikhlasan hatimu
Yang mampu ku payungkan hanya cintaku


Ketahuilah oleh mu...

Sayangnya aku pada mu melebihi kata-kata terucap

Sayangnya aku tak mampu menidakkan kasih ku pada mu

Sayangnya aku yang cintanya tak akan hilang serinya


Aku tetap percaya akan ketentuan Ilahi
Sesungguhnya Allah telah mencipta sesuatu yang terbaik buat diri ku
Selamat Ulang Tahun Sayang



Memoir Seorang Abang!!!

Aku dapat cerita dari seorang teman. Aku tertarik memaparkan kepada kalian kerana ianya mengandungi satu mesej dalam erti kata hubungan antara adi-beradik. Walaumacamana pun, aku olah semula cerita ini mengikut kesesuaian .

Aku cuma ada seorang abang. Usianya empat tahun lebih tua daripada aku.Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar abah. Petang itu, pulang saja dari sekolah - abah memanggil kami berdua.Dia meminta aku dan abang berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan abah. “ Siapa ambil duit abah?” tanya abah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata abah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai. ” Baik,kalau tak mengaku,dua- dua abah rotan!” sambung abah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. Tiba-tiba, abang menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, “ Abang yang ambil!”. Belum sempat abang menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu,hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh abang. Aku tergamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata abang tak tumpah. Setelah puas melihat abang terjelepok di lantai, abah merungut… “ kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan abah di luar kelak?”.Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap abang. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati.Namun abang cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Abang segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata “Jangan menangis dik,semuanya dah berlalu!”. Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela abang dan bercakap benar.
Tahun bersilih ganti, peristiwa abang dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Aku mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan abang pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Malam itu abah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama emak di ruang tamu. Aku terdengar abah berkata “Nor, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!” .“Tapi apalah maknanya bangga”. Aku terdengar emak teresak-esak. “Di mana kita nak cari duit membiayai mereka?”.Ketika itulah abang keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan abah dan emak seraya berkata, “Abah, abang tak mahu ke sekolah lagi!”. Perlahan-lahan abah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah abang dalam-dalam. Panggggg!!!.sebuah penampar singgah di pipi abang. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis. “Kenapa kamu ni? Tahu tak,kalau abah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, abah akan lakukan!”. “Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan…”. Aku memujuk abang tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak. “ Adik perempuan….biarlah adik yang berhenti.”Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu abang tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat… “ Adik! untuk dapat peluang ke Asrama Penuh bukannya mudah. Abang akan cari kerja dan kirim wang buat adik ".Apa lagi yang aku tahu selain meraung. Abah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk abah. Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa." Ros! Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!...Pemuda kampung? bisikku. “Siapa?”..Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak abang berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. “Kenapa sebut orang kampung, sebutlah abang yang datang!Sambil tersenyum abang menjawab “ Memang patut pun, dia orang kata cam tu...adik tengoklah pakaian abang ni. Apa yang akan kawan-kawan adik kata kalau mereka tahu aku ni abang, adik? Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian abang. Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, “Adik tak peduli apa orang lain kata”.Dari kocek seluarnya, abang keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, “ Dik, abang tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, abang beli satu untuk adik.”Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul abang dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu. “Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut adik balik”." Alah!! Abang kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka”.Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum abang. Kami berdakapan. “Sakit ke?”, aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya. “Tak! adik tahu tak ,semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh abang sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha abang untuk bekerja keras.” Apalagi aku menangis seperti selalu. Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada abang. “Kalau abang terima jawatan tu, apa kata orang lain?”, kata abang. “Abang takde pelajaran. Biarlah abang bekerja dengan kelulusan yang abang ada.Abang tak ke sekolah pun kerana adik”, kata ku memujuk. “Kenapa sebut kisah lama, dik?” kata abang ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.Abang terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah abah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, “Siapakah orang yang paling anda sayangi?”…Spontan abang menjawab, “selain emak dan arwah abah… adik saya !, katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati. “Semasa sama-sama kami bersekolah rendah dahulu setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, adik membuka kasutnya dan memberikannya pada saya , walaupun tak padan tapi...adik beria2 menyuruh saya memakainya, manakala dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar.Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan adik saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila. Sebaik abang tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap abang sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

Moral : Jika tak dapat apa yang kita suka,belajarlah menyukai apa yg kita dapat dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..apapun Aku...kan Abanggg

Sunday, February 8, 2009

Raja Lawak Aku!!!

Aku kalau nak bercerita tentang 2 orang jejaka 'terperasan' kat atas ni memang tak cukup sehari mau makan masa sampai 2 tahun baru abis kot!! Kedua2 jejaka ini memang aku cukup kenallll...bak kata Aziz Satar, walaupun rupa mu tidak ku kenal, tetapi lobang hidung mu tetap menjadi pujaan hati kuuu...Begitu jugalah ngan mereka berdua ni... Mereka bukan setakat sepupu sepapat, saudara mara,rakan taulan,adik beradik...tapi bagi Aku...mereka ni lebih dari itu. Apatah lagi 'jejaka' yang bertali leher tu, memang dunia akhirat Aku tak akan lupa padanya. Beliau diibaratkan seorang 'Saudara dan Sahabat' terbaik yang Aku ada sehingga sekarang selepas Ah Tong tiada...Andai Aku ditakdir kaya suatu hari nanti....dialah antara yang akan Aku ingat. Insyaallahhhh...

Yang bertali leher tu, kami semua panggil dia...'Bapak' dan yang berbaju putih bergigi 'back hoe' adalah Sham yang Aku lebih mesra dengan panggilan 'Bob'... Mereka ni adalah adik beradik dan sepupu pada Aku, tetapi dengan mereka...Aku tak ngaku sepupu tapi Aku rela dipanggil adik beradik jika dibandingkan dengan sepupu sepapat yang lain laaa. Bagi Aku, sejak mereka di Kuantan, kami menjadi bertambah rapat walaupun Aku sememangnya rapat ngan Bapak sejak kecil lagi, sehinggalah kami meniti usia remaja bersama2...Aku tak suka dan tak minat nak dengar tentang keburukan Bapak dimata orang lain tapi bagi Aku....Bapak ni seorang yang cukup istimewa yang payah untuk Aku perkatakan tapi Aku tetap mengatakan dia seorang yang istimewa. Lain pulak ngan Bob, beliau agak 'nakal' sikit jika dibanding ngan Bapak...mempunyai 'masalah' tersendiri dan hanya dia saja yang boleh menyetelkannya. Tapi tatkala Aku rasa bosan dan borink yang amat, Aku pasti cari mereka untuk mereleasekannya...Bagi Aku dunia hiburan Aku ada kat mereka berdua, merekalah Raja Lawak Aku yang sebenarnya. Dan ada seorang lagi yang tiada dalam gambar, Aku senang memanggilnya 'Harun'. Mereka ni memang 'satu kepala' ngan Aku.

Apapun Aku berdoa agar suatu hari nanti mereka akan 'pulih' dari kehidupan mereka. Walaumacamana pun pandangan saudara lain terhadap mereka ini tetapi bagi Aku... mereka tetap 'adik beradik' Aku. Kita...adik beradik kan???

Moralnya di sini adalah kita senang menceritakan dan mencanangkan keburukan orang lain walaupun ianya hanya sekelumit saja, tapi kita payah nak ingat akan kebaikan orang lain terhadap kita selama kita bernafas.

Tuesday, February 3, 2009

Ujian Allah Agaknya!!!

Alhamdulillah...Aku masih lagi bersyukur keHadratNya kerana diberi ruang pernafasan untuk terus menghirup dan menikmati sisa2 kehidupan yang telah tertulis. Baru2 ini Aku rasakan ajal telah menyusul tiba tatkala Aku tiba2 terasa sakit yang amat sangat pada bahagian abdomen iaitu perut. Terasa macam dipulas2 dan diperah2,...sakitnya?? Tuhan saje yang tahu!!! Dalam waktu2 begini, Aku amat memerlukan orang2 yang tersayang berada di sisi Aku. Siapa orangnya?? Yang pastinya Aku perlukan Isteri, Emak, Adik2 dan Anak2 Aku. Kekadang Aku kesian jugak kat isteri Aku...Oh! Ya....Sebelum terlupa, Aku bersyukur pada Mu, kerana mengurniakan jodoh yang baik buat Ku...Bila terjadi sesuatu terhadap Aku, maka beliaulah yang akan sentiasa turut sama merasai penderitaan Aku tu. Aku akur akan diri,...Aku ni seorang yang agak degil dan liat untuk ke klinik. Berkali2 isteri Aku ajak ke klinik tapi Aku rasa masih mampu bertahan lagi akan kesakitan yang ditanggung. Tapi entah macamana Aku tetiba je wasiatkan pada isteri Aku seandainya sakit Aku berterusan....Aku redha akan apa yang akan dilakukan olehnya terhadap Aku. Akhirnya, isteri Aku mengambil keputusan menghubungi seorang yang tak akan Aku bangkang akan keputusan yang dibuat...iaitu Emak Aku. Tapi Aku sedia maklum, selain Emak Aku akan ada seorang lagi 'tersayang' yang tidak akan berlengah tatkala tau Aku demam apatah lagi sakit...iaitu adik Aku 'Nyah'....Sesungguhnya Aku sekali lagi bersyukur kepada Mu Ya Allah kerana mengurniakan Aku adik2 perempuan yang terlalu menyayangi Aku sebagaimana Aku menyayangi mereka sepenuh ikhlas hati Aku. Dengan kekuatan yang ada, Aku gagahkan juga menurut kehendak mereka untuk ke klinik...Isteri Aku hanya mampu tersenyum...terima kasih, wahai isteri ku kerana kau terlalu memahami akan diri ku ini...
Moralnya disini adalah kasih sayang adalah satu keperluan dalam 'kehidupan' yang dipinjamkan oleh Allah kepada kita. Nescaya, sakit atau musibah yang melanda kehidupan kita akan 'kebah' sedikit seandainya kita dikelilingi oleh orang2 yang kita sayangi samada ibubapa, adik2, anak2, saudara-mara maupun rakan - taulan. Yang pastinya semua itu adalah dugaan Allah terhadap makhluk ciptaanNya....betul ke ni???