Thursday, November 19, 2009

Kebanggaan Buat Seorang Bapa!!!



Semalam adalah hari penyampaian keputusan UPSR di Sekolah Kebangsaan Sungai Talam tempat anak - anak aku menuntut ilmu di alam sekolah rendah. UPSR jugalah merupakan peperiksaan terbesar tatkala pembelajaran peringkat rendah. Aku mengambil cuti khas semata2 ingin turut sama merasakan suasana debar jantung anak aku yang tak keruan. Aku tak mengharapkan keputusan yang terbaik dari anak aku kerna aku sendiri tahu setakat mana kebolehannya.

Aku ceritakan sedikit buat tatapan para bloggerz...Anak perempuan aku ini telah tidak menunjukkan minat untuk belajar sewaktu darjah 4 bersekolah di Sekolah Bukit Setongkol lagi. Puas aku memujuknya untuk berubah sikap agar meminati akan alam persekolahan, tapi hanya masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Tidak pernah 'dia' mengambil serius tentang apa yang aku suami isteri risaukan. Setelah aku mengetahui punca sebenar anak aku jadi begitu, hanya aku dan 2 - 3 orang cikgu di sekolah itu yang tahu akan cerita sebenarnya. Pendekkan cerita, aku mengambil keputusan untuk memindahkan anak perempuan aku sewaktu 'dia' berada di akhir darjah 5, dengan pertolongan adik2 perempuan aku untuk memujuknya berpindah sekolah ke Sekolah Kebangsaan Sungai Talam bersama2 dengan Opah Yangnya, sebagai Guru Kanan 1 di sekolah tersebut. Cubalah korang semua bayangkan, dengan tak minat belajar sejak darjah 4 dan 5 terutamanya subjek matematik, dan semua subjek itu perlu 'dipulun' dalam masa setahun sebelum menduduki peperiksaan UPSR.

Aku suami isteri tak pernah jemu2 mendoakan anak2 aku termasuklah 'dia' agar rajin menuntut ilmu dan sering mengingatkan mereka ilmu itu adalah kekayaan yang sejati. Aku menjadi terharu bilakala anak perempuan aku meminta untuk dimasukkan ke kelas tuisyen di sekitar perumahan aku, yang selama ini bagaikan pusat serenti bagi 'dia'. Aku tak pernah merungut untuk 'hantar dan ambil' beliau setiap kali untuk ke tuisyen. Aku suami isteri tak pernah menghampakan setiap kali 'dia' nak menghadiri kem motivasi samada percuma ataupun berbayar. Ini kerana 'benda2' ni semua adalah yang 'dia' tak pernah ada keinginan untuk pergi. Sepanjang tahun 2009 adalah tahun keseronokan untuk 'dia' belajar. Terima kasih dan syukur ku panjatkan buat Mu Ya! ALLAH kerna perkenankan doa aku,.. mungkin.

Setiap kali peperiksaan PKSR, 'dia' akan menunjukkan peningkatan dalam semua subjek terutamanya matematik yang selama ini 'dia' sentiasa memperolehi 'D'. Sehinggalah pada peperiksaan percubaan UPSR 'dia' memperolehi 1A 2B 2C. Aku terharu bila 'dia' membawa pulang slip percubaan sambil menjerit kerana beliau memperolehi C dalam matematik. Ini kerana aku sering mengingatkan 'dia' tentang pentingnya matematik kalau kita nak ke universiti. Untuk mendapatkan C dalam matematik, aku menjadi tak malu untuk bertanyakan kepada sahabat aku, Salman yang sememangnya pakar matematik setiap kali 'dia' mempunyai masalah dan aku sendiri tak mampu menyelesaikannya. Terima kasih Gu....

Aku bersama2 isteri menuju ke sekolah bagi memberi semangat buat 'dia'. Tapi...aku pernah bertanyakan kepadanya..."berapa kakak target untuk upsr ni?". Dengan penuh yakin 'dia' cakap samada 3A 2B ataupun 4A 1B. Aku hanya mampu tersenyum tapi bangga kerana anak perempuan aku dah ada 'pencapaian' yang aku harapkan dalam hidupnya yang selama ini aku risau sesangat. Bagi aku satu keajaiban sekiranya 'dia' mampu mendapat seperti yang diangankannya. Bagi Aku, cukuplah sekadar 'dia' tidak diletakan di kelas yang tercorot bila di peringkat sekolah menengah di sebabkan subjek matematik sekiranya mendapat D . Sebaik nama 'dia' diumumkan, aku nampak langkah longlainya tatkala menghampiri aku membuatkan hati aku menjadi tak keruan...seraya memanjatkan doa,Ya Allah! janganlah bagi anak aku gagal. Semakin menghampiri aku, 'dia' menangis dan aku tak sanggup tengok mukanya...dan aku pasrah kini..'dia' menunjukkan slip peperiksaannya kepada aku. Memang benar Ya Allah! Aku menjadi seperti ibubapa lain yang anak mereka mendapat 5A...tapi lain pulak dengan aku, ini kerana anak aku hanya mendapat keputusan B dalam matematik tapi dalam tak aku sedari airmata gembira mengalir dipipi tanda gembira yang teramat sangat. Dan keputusan penuhnya tidaklah sebaik anak orang lain, tapi alhamdulillah dengan hasil usahanya selama setahun 'dia' mendapat 2A 3B. Aku rasa bersalah terhadap anak aku kerana sepatutnya aku telah mengambil langkah seawal mungkin memindahkannya dulu. Tapi tidak mengapa...aku berharap 'dia' akan meneruskan pencapaian yang terbaik di masa akan datang.

Terima kasih aku terhadap Opah Yang dan guru2 terlibat dalam pembentukan anak perempuan aku menjadi pelajar terbaik walaupun bukan di mata sekolah tapi sudah cukup membuatkan aku bangga menjadi seorang bapa kepada anak yang bernama SITI NURSHAHIRAH SOFIAH....teruskan perjuangan mu anakku kerana aku yakin akan ada sesuatu kejayaan yang sedang menanti mu dalam pencarian sebuah realiti yang bernama KEHIDUPAN.

Aku...kan Abanggg :# Seseorang yang berusaha bersungguh2 kerana Allah dan percaya akan kemampuan diri sendiri, nescaya Allah akan tunjukkan hasilnya.

Tuesday, November 10, 2009

TahuKah Kamu???


1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa
melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku dan tersenyum seorang seorang.

Aku...kan Abang :# Aku pun bengang gak ni!!