Thursday, October 23, 2008

' Tok Siah '

'Tok Siah'


Siapakah perempuan yang tersenyum 'himpun' persis akan seseorang yang telah lama meninggalkan Aku. Seseorang yang sentiasa Aku ingat sampai hayat Aku dijemput pergi. Aku menjadi terlalu ingat akan 'senyuman himpun' ini. Senyuman yang sememangnya Aku rindukan selama ini. Sememangnya 'senyuman himpun' ini milik Allahyarhamah Pn Hjh Che Piah Binti Ibrahim yang Aku senang memanggilnya dengan panggilan 'EMAK', walaupun bukan dia yang melahirkan Aku ke dunia ini. Bagi Aku, panggilan ini terlalu bermakna buat Aku dan dia sememangnya layak Aku panggil 'EMAK'.

Dan kini 'senyuman himpun' ini kembali muncul menghiasi ruang sepi ku. Suasana muram pudar warna selama ini seakan2 kembali menyinari kehidupan Aku. Perempuan ini adalah Pn Norsiah Binti Ibrahim yang dilahirkan pada tanggal 17 hb Januari 1949, dan beliau adalah Ibu Kandung Aku. Beliau juga merupakan kakak kepada pemilik 'senyuman himpun' yang Aku maksudkan ini. Dan kini Aku dah kekurangan kasih sayang dari seorang 'EMAK'....Aku rasa tak sanggup lagi untuk kehilangan kasih sayang 'EMAK', walaupun Aku tahu apa yang Aku inginkan dan harapkan ini ianya pasti tak akan kekal buat selamanya. Bagi Aku, setiap saat dan detik waktu yang Aku lalui bersama 'EMAK' Aku ini terlalu berharga buat Aku. Tiada emas bergunung, tiada wang berjuta yang dapat menukarkan Aku dengan kasih - sayangnya. Azam Aku diwaktu tuanya ini, Aku akan cuba menghiburkan dan menyenangkan beliau. Apa yang dihajati beliau, Aku akan cuba untuk tunaikannya. Dalam ertikata lain, demi 'EMAK'....Aku sanggup lakukan apa saja. Kemana saja dia nak pergi, akan Aku bawa. Tapi buat waktu sekarang pergerakannya agak terhad, mungkin faktor umur dan keadaan kesihatannya membuatkan ianya seolah2 tidak berdaya untuk aktif seperti 10 - 20 tahun yang lalu. Hormat Aku kepada 'EMAK' menjadi terlalu agung untuk Aku pertikaikan, iaitu tatkala adik lelaki Aku melangsungkan perkahwinan di P.Pinang baru2 ini. Beliau pergi dalam keadaan yang tidak berapa sihat, tetapi disebabkan dia terlalu menyayangi adik Aku, dia meng'GAGAH'kan dirinya dalam keadaan kesihatan badan yang tidak mengizinkan dan cuba menyembunyikan kaki yang sememangnya sakit 'ghout', dari 'senyuman himpun' beliau boleh sembunyi tetapi Aku dapat rasakan kesakitan kaki beliau dari mimik muka yang gagal beliau sembunyikan....yang Aku banggakan adalah demi setiap seorang anak yang disayangi beliau sanggup korbankan apa saja. Sayangggg EMAK....Yang menghantui dan apa yang Aku takutkan kini, tatkala Aku pulang ke kampung, wajahnya tak muncul menyambut kepulangan Aku. Demam ke dia? Atau Sakitkah dia? Perasaan takut akan 'kehilangan' tiba2 muncul....sebaik salam diberi dan kedengaran suara merdunya itu membuatkan Aku kembali tersenyum. Rupa2nya Aku masih ada 'EMAK'....Mungkin dilain kesempatan Aku akan bercerita lagi tentang 'EMAK'....

Ya Allah, Engkau selamatkanlah dan lindungilah 'Emak' Aku dari segala kemungkaran Mu selama mana dia bernafas...Lindungilah dirinya dari segala kedaifan di dunia dan akhirat...Ya Allah, Engkau permudahkanlah segala urusannya di dunia dan akhirat jua...Engkau sihatkan tubuh badannya, agar dia terus beribat pada Mu...Ya Allah, Seandainya Engkau ambil setiap detik nafas ku dan nescaya Engkau berikan buatnya, Aku redha...Ya Allah, sesungguhnya Aku tak pandai berdoa...Bagi Aku, Engkau adalah Maha Agung...Ya Allah, Engkau pandanglah doa Aku ini Ya Allah... amin ya rabbal alamin




Sunday, October 12, 2008

' Kala Bulan Mengambang 2'...

'Dark Water Crew'


Entah mengapa Aku terlalu ter"attrack" ngan gambar ni...mungkin ianya dalam versi hitam -putih kot???? Tetapi bagi Aku ianya lebih dari itu...dan terima kasih untuk adik Aku Cok Dang yang semakin kreatif bersama kameranya...
Apapun Aku nak cerita rahsia disebalik gambar ini...disamping korang fikir sendiri siapa makhluk yang Aku maksudkan...??? Diantara mereka ini, beliau dikenali sebagai 'hemsem boy'...orang tak kata, tapi dia sendiri yang kata...kononnya aritu keta dia rosak kat Genting Sempah sebab 'plug' enjin out 2 biji terpaksa jalan ngan 2 silender jer...maksudnya ngan kelajuan 20.59 km/jam, tak lebih tak kurang la jawabnya...waktu tu... katanya laa...hari Ahad malam orang dah mula menghala ke KL balik cuti raya dari kampung. Jalan 'jammed', keta semuanya jalan macam siput. Ada laa, sebuah keta 'over take' keta dia walaupun dalam kelajuan macam siput khinzir tu...lalu awek dalam keta tu menoleh dan senyum kepadanya 2 - 3 kali, disebabkan awek tu senyum kat dia,...nah!!! habis sekampung berita mengatakan dia hensem telah tersebar cuma tak masuk dalam tv ngan radio je...Aku agak minah tu 'tahan' dan tersenyum kambing sebab nak terkencing yang amat sangat, almaklumlah tengah 'jammed'...dia lak pandai2 kata kononnya awek tu kata dia hensem... Aku hangin betulllll laa ngan mamat ni...Sapa dia??? Korang cari sendiri antara bertiga ni.
Yang mamat sorang ni lagi la pulak,..dengar citer dah ada awek baru...betul ker?? Aku macam tak caya jer...sebab dia ni macam gak ngan mamat yang Aku citer tadi, suka ngat layan 'perasan' mereka tu...Sebelum balik kampung Aku tinggalkan keta kancil isteri Aku kat dia la supaya boleh melaram pada hari raya, tak la naik motor yang lagi 6 bulan baru habis bayar...Bukan apa, Aku sian gak kat dia ni...Akukan Abang!!! Alih2 mak Aku cakap 'start' malam raya dan berkemungkinan sampai laa habis raya, dia melaram ngan keta Abah Aku...terpaksa laa orang tua tu naik keta kancil jer...mangkuk tingkat.com laa mamat ni... Aku rasa dia bawak awek dia, sebab bau pompuan yang tak pernah aku bau selama ini selain dari orang pompuan dalam keluarga Aku...tapi Aku tetap tak caya dia ada awek sebab mamat ni tak la hensem ngat sama ngan mamat yang Aku citer tadi...Korang mungkin kenal ngan mamat ni...Sapa dia???? Sori...cari sendiri.
Dan yang akhir sekali....dia ni bukan la gemuk, cuma badan besar jer....yang bagusnya dia ni, tak pernah dabik dada dan ngaku hensem, tapi dia manis ada...disebabkan ngan gambar hitam - putih ni laa, dia telah di'intai' oleh SutraDara Mamat Khalid untuk berlakon bersama Rosyam Nor dalam filem terbaru beliau, dengar citer tajuknya 'Kala Bulan Mengembang'....padan laa ngan badan dia...betul tak???? Second hero beb!!! Aku harap korang doakan mamat ni berjaya dalam kerjayanya....Korang memang kenal ngan mamat ni....memang kenal....Sapa dia??? Ahhh!!! malas laa nak bagitau....

Friday, October 10, 2008