Sunday, January 18, 2009

Untuk Mu Isteriku!!!


Seorang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan, kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri , adalah seorang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia, bertimbang-rasa dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang taat dan setia kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal sehingga kini hampir 12 tahun berlalu sudah. Si suami memohon kebenaran untuk berkata sesuatu terhadap isterinya... si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah, tiada tuhan yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia , wahai isteriku".

" Maha Suci Allah Ta'ala, sesungguhnya dirimu itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana kau sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga kau telah mendidik anak-anakku dengan sempurna sehingga kini. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukan mu kepada diriku. Aku teringat sebuah hadith Nabi yang bermaksud;

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redho kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."

"Ketahuilah oleh mu, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada umat manusia di luar sana betapa hebatnya kebahagiaan dan kegembiraan yang ku rasakan ini."

"Maha Suci Allah Ta'ala, aku memohon kepadaNya agar hidup ku terus disinari kegembiraan dan keceriaan yang berpanjangan selagi kau disisi, wahai isteriku..."

Kemudian disambut dengan linangan airmata yang mengalir halus membelai pipi si isteri tanda menyahut kesyukuran kehadrat Allah, agar apa yang diperkatakan oleh si suami akan diperkenankan oleh Allah yang Esa.

.

2 comments:

HIDAYAH HALIM said...

aduss banggg...makan dalam ar... touching tu....

mekya@pokya said...

aminnnnnnnnnnnn