Sunday, May 2, 2010

Terima Kasih...Sayang!!!

Tanggal 1 Mei 2010 adalah Hari Pekerja dan merupakan juga hari ulangtahun perkahwinan aku yang memasuki usia 14 tahun. Dah remaja rupa2nya perkahwinan ku kini...Aku ngan isteri tak seperti pasangan yang lain...yang meraikan dengan 'candle light dinner' ataupun makan2 bawah pokok ketapang. Cukup sekadar aku memberi ucapan terima kasih yang tak terhingga buat isteriku kerana sudi 'menemani' dan 'tahan' akan sikap aku bergelar suami selama 14 tahun ini dalam melayari bahtera perkahwinan kami. Dan terima kasih juga buat isteriku kerana sanggup menjaga amanah Allah iaitu zuriat2 ku yang lahir dari kasih sayang kami dan terima kasih juga buat isteriku kerana sudi menghamburkan kasih sayangnya buat mak dan abah serta adik2 aku. Aku sedar...tanpa pengorbanannya itu pastinya bahtera yang kami layari akan karam dilautan arus tanpa sampai ke pelabuhan kekal abadi yang masih lagi jauh penghujungnya...hanya tuhan tahu bila akan sampainya???

"Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

Tuhan pun tahu akan kasihnya aku pada isteriku...kekadang aku terfikir betapa bertuahnya bila aku dikurniakan seorang perempuan yang bergelar isteri buat ku dikalangan orang yang sering aku impikan sepertimana doa2 aku sesudah solat. Tapi aku tahu walaupun pada mata sesetengah orang isteri aku ini ada kekurangannya...tetapi bagi aku dia seorang yang tak layak untuk aku sakiti. Terima kasih tuhan kerana anugerahMu pada ku...terima kasih isteri ku kerana terus menyayangi aku...suamimu....


Aku...kan Abanggg : # Aku sering berpesan buat isteriku, " Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu."

3 comments:

eta said...

happy anniversary abg..dah 14thn dah jangkamasa perkahwinan abg dan kak yang..tabahkan hati dalam mengalami apa2 jua dugaan...lama lg saya dan nasril nak kecapi tempoh pernikahan tu..bnyk melatah menghadapi dugaan...sejuk hati saya dengar advice abg tu...thanks a lot abg...

danny said...

happy anniversary abg..dah 14thn dah jangkamasa perkahwinan abg dan kak yang..tabahkan hati dalam mengalami apa2 jua dugaan...lama lg saya nak kecapi tempoh pernikahan tu..bnyk melatah menghadapi dugaan...sejuk hati saya dengar advice abg tu...thanks a lot abg...

sukiman said...

saya tak kawin.. namun saya terharu dan tersentuh dengan penulisan ini...

saya rasa seorang lelaki yang `menjaga' perkahwinannya tentu hebat orangnya!

saya cemburu!