Wednesday, March 4, 2009

Adik - Beradikkah Kita???

Dunia kanak2 memang payah nak kita 'delete'kan dari kotak memori kita walaupun kita sekarang dah lewat menyusuri sempadan umur. Dunia kanak2 penuh dengan keseronokan dan keseronokan dan keseronokan dan keseronokan yang tiada penghujungnya bagi mereka. Bagi aku kehidupan alam kanak2, tiada apa yang nak difikirkan....yang perlu tahu hanyalah, apa yang aku nak main esok ??? Bangun pagi...mandi...pakai baju... sarapan lebih kurang...pastu apalagi, yahoooo.com.mainnnnnn....

Macam2 permainan yang boleh di'create'kan oleh budak2 zaman aku dulu. Main galah panjang, main dam, main lastik getah 'para', main guli, main ghurah, main kad gambar, main senapang kayu, main tutup botol, main tiup getah, main lastik burung, main gasing dan macam2 main yang ada masa umur antara 7 thn ke 9 thn...Bila umur antara 9 thn ke 12 thn dah mula mengenal bolasepak, takraw, pingpong, badminton yang semuanya ikut musim sesuatu kejohanan yang ada kat Malaysia waktu itu.

Tapi bagi aku, walau sehebat mana aku berkawan... dan sehebat mana permainan yang aku main dengan kawan2 aku waktu kecil ku...Yang aku letak No 1 adalah 'ADIK2' pompuan aku. Waktu kecil aku... hanya ada Aku, Yong, Nyah dan Kak Chik( adik2 lelaki 'sampai' lewat ) . Bagi aku, mereka inilah kawan2 terbaik aku selain kawan aku yang sedia ada. Hinggakan kawan2 aku merajuk kerana...aku pasti akan meninggalkan mereka dan 'permainan' apa sekali pun sebaik saja aku nampak atau dengar suara mereka memanggil " abanggg" tatkala mereka melalui kawasan aku sedang seronok bermain...pastu ada jer suara2 sumbang yang meng'dog'kan aku..."satgi mie mesti balik laa sbb adik dia mai!!"...aku tanpa lengah lagi ambil selipar terus balik rumah. Bagi aku senang je...kawan2 aku boleh cari beribu tapi adik2 aku hanya mereka saja yang aku ada.

Dunia aku adik-beradik memang menyeronokkan... dan aku seboleh2nya sebaik mungkin akan terus menggembirakan mereka hingga akhir hayat ku kelak. Bukan setakat dengan kawan2 saja yang aku 'create'kan permainan...tapi dengan adik2 aku pun sama jugak...selain permainan yang tersebut tadi, kami adakan permainan cari 'benda tersembunyi', nyanyi bersama2, main wayang kulit dari kotak 'colgate' sehinggalah ke permainan 'kentut kepai', dan aku yakin hanya kami saja yang tau permainan ini. Diantara kami berempat akan ada 2 puak dimana " Aku + Kak Chik " dan " Yong + Nyah ". Dan yang pasti kumpulan aku akan sentiasa kemenangan berpihak kerana aku...kan abanggg. Kami jarang bergaduh. Semua tu tinggal kenangan kini...

Berbalik kepada dunia kanak2 bagi generasi anak2 kami pulak. Bagi aku mereka tak kenal akan kenikmatan dunia kanak2 yang sebenarnya. Permainan yang pernah kami main dulu, tiada lagi dalam senarai dunia kanak2 mereka. Yang mereka tau PlayStation dan beskal. Mungkin zaman dah berubah!!! Anak2 aku kuat sangat bergaduh sesama adik-beradik tapi sekejap saja. Kekadang aku pelik dengan dunia mereka jika dibandingkan waktu aku sebaya mereka dengan adik-beradik aku. Apapun mungkin korangpun sama ngan aku juga tapi suasana yang berbeza. Apapun bagi aku, ' zaman kanak2 dulu' lebih menggamit memori untuk kita kenang jika dibanding ' zaman kanak2 sekarang '. Harapan aku hanya satu...Ya..Allah!! Kau berikanlah aku kekuatan dan kenikmatan untuk terus menyayangi adik2 aku..aminnn

Moral : Sejauh mana kita menyanjungi seorang kawan atau sahabat yang kita sayangi, ianya tak sama dengan ' kemanisan ' hubungan kita adik-beradik...aku...kan abanggg

3 comments:

danny said...

kentut kepai? hehehehe pernah main tu... hehehehe

fiza zasmi said...

kentut kepai tu pe abg??? men tahan kentut ke??

Aku...kan Abangg said...

tak payah main lerr...najisss