Thursday, February 26, 2009

Warisan Remie Berterusan!!!

Muhammad Luqmanul Hakim & Muhammad Farhan Hakim

Rasa dah lama aku tak ber'blog'...nak kata sibuk dak juga buat masa sekarang, tapi mungkin aku tak berapa sihat sejak kebelakangan ini..almaklumlah dah berusia bukannya tua!!! Kali ini aku nak bercerita tentang anak2 lelaki aku yang meniti kehidupan remaja mereka selepas mereka melalui proses ' perkhatanan' pertengahan bulan Disember 2008 baru2 ini.

Luqman berusia 11 tahun dan Farhan berusia 9 tahun. Kedua2nya mempunyai perwatakan yang berbeza2, apatah lagi bagi aku kesemua anak2 aku ni memang tak sama dari segi paras rupa termasuklah anak perempuan aku jugak. Kalau sekali pandang memang orang tak kata yang mereka tu adik beradik, melainkan aku suami isteri terpaksa mengambil langkah membelikan pakaian yang sama tetapi berlainan warna.

Luqman sebagai abang mempunyai sifat yang suka membantu dan ringan tulang. Minat bersukan, tak kira apa jua tetapi lebih kepada bolasepak, sepak takraw, basikal, gusti dan semua sukan yang ekstrem. Suka menonton cerita yang bercorak aksi dan komedi, korang baru cakap ' Ong Bak ', dia boleh mengulas cerita tu seolah2 dia dah menontonnya berkali2...manakala kalau cerita lawak, paling suka cerita2 lawak P.Ramlee...kalau suruh bercerita tentang ' bujang lapuk ', kita akan merasakan yang dia tu ada sekali dalam cerita tu!! Kadang2 lebih 'kencing' dari yang betul. Cuma pesan aku, jangan biarkan 'Mr. Lookman' aku ni mula membuat pertanyaan nescaya korang akan menyesal!!! Memang kuat bertanya sehingga dia dapat apa yang dia nak tahu. Aku pernah sekali balik kampung satu keluarga, yang lain semua terbongkang tidur, sebaik saja keluar dari Tol Gambang...isteri pesan, " Hakim teman abah sembang, ibu nak tidur"...maka episod ngeri aku pun bermula. Korang percaya tak kalau aku katakan, budak ni mula bersoal jawab ngan aku dari Gambang hinggalah ke Slim River...berhenti hanya di Genting Sempah dan mula balik bersoal jawab selepas itu. Aku tanya dia, " Nape tak tidur? ". Jawabnya, " Kan ibu suruh Hakim teman abah, takut abah ngantuk.". Mudah mesra dengan siapa saja termasuklah mat indon ngan mat bangla. Kuat merajuk tapi mudah beralah kalau dipujuk. Kalau dulu marah bila sebut tentang awek, tetapi sekarang sejak ber'khatan' dah mula ada awek dan minat kat seseorang...chewahhh!!! Syabas anakku ko dah besar akhirnya. Walaumacamanapun tuhan ngan pelajaran jangan LUPA!!!

Yang seorang ni, lagi la pulak...Farhan seorang yang 'independent' sejak kecil lagi, susah nak dapat pertolongannya melainkan kipas dulu kao2 itupun belum tentu dia nak buat. Suka buat sesuatu perkara ikut kata hati dan dia rasa nak buat. Walau dah khatan, tapi cerita kartun tetap dihati...sebut saja SpongeBob, CatDog, Danny Phantom, Anak2 Sidek, Conan, Naruto dan yang terbaru Upin & Ipin pasti akan perebutan antara mereka adik beradik. Maka akan kedengaran jeritan, tangisan dan rungutan diantara mereka, maka akan hiruk pikuk satu rumah...inilah sebenarnya dunia hiburan bagi aku suami isteri. A'an nama timangannya, ( kalau tau dek Hakim, mau ditanya maksud timangan )...Mudah juga berkawan tetapi lagi mudah dapat lawan, beliau suka melindungi hak saudara maranya apatah lagi adik beradik jika dibanding ngan kawan2 dia. Paling pantang kalau orang pertikaikan tentang badan dan tabiat pemakanan dia. Korang boleh bayangkan la, dia cakap kat aku, " Abah...tahun ni A'an tak nak masuk sukan!!". Aku tanyakan sebabnya." A'an malas!!" tapi aku dapat buat andaian, bahawa dengan badan dia tu...memang angkat berat saja yang layak!!! Bila aku kata camtu, dia hanya gelak tapi dalam masa yang sama aku faham isi hatinya. Minat sukan ekstrem terutama Gusti. Tapi memang anak aku yang ini seorang yang lawak 'selamber land'.

Moralnya disini adalah setiap anak2 yang diamanahkan oleh Allah SWT mempunyai kelebihan masing2 dan sebagai ibubapa sepatutnya tiada apa yang sempurna melainkan kita sendiri yang mencorakkannya.

2 comments:

Mc Zue said...

zue doakan merek amenjadi anak yan soleh dan di banggakan oleh abang dan kakyang.. amin

Aku...kan Abangg said...

mungkin masin mulut mu mc, semoga dimakbulkan Allah hendaknya..aminnn