Wednesday, March 18, 2009

Keabadian Kasih Untuk Seorang Ayah!!!

"Ayahhh dan Ibuuuuu...ayahhh dan ibuuuu...iiiituulahhh... permulaan kamiii...dapat melihattt bulan dan matahariiii...oooooo...ayahhh dan ibuuu...ayahhh dan ibuulah mesti dihormatiiii...". Memang menusuk kalbu kita seandainya diamati bait2 puitis lagu dendangan allahyarham Sudirman. Lagu ini memang tak jemu mendengarnya. Lagu ini juga mengingatkan aku kepada pasangan diatas. Mereka berdua cukup bermakna dalam kamus kehidupan ku. Nama mereka berdua memang akan terus terpahat dalam senarai orang yang aku sayangi. Hanya Allah saja yang tahu...akan kasih sayang aku kepada mereka.

Mereka berdualah yang mengajar aku erti sebuah kehidupan tatkala usia ku meniti remaja. Walaupun aku dikelilingi dengan kasih sayang keluarga aku tetapi dengan merekalah aku mengenal erti kasih sayang. Dengan merekalah aku diasuh menjadi seorang anak yang sentiasa menghargai akan jasa orang tua. Terima kasih ayah...terima kasih ibu, tanpa didikan kalian berdua...belum tentu aku menjadi sebegini. Aku bersyukur kepada mu...Ya Allah...kerana memberi peluang untuk aku tinggal bersama mereka walaupun hanya untuk seketika.

Ayah aku ni memang seorang yang handsome...ramai peminatnya, pandai melawak dan buat lawak walaupun nampak je serius. Sepanjang aku bersama ayah...hidup aku tak pernah sunyi, sentiasa riuh rendah dengan gelak tawa yang mewarnai kehidupan aku waktu itu bersama mereka. Ada jer cerita lawak yang akan disampaikan, apatah lagi waktu berkumpul bersama2 adik beradik, saudara mara sebelah ibu aku ( isterinya ). Tapi...tidak pulak keluarga sebelahnya, dia akan berubah menjadi seorang yang protokol...seolah2 dia tu menteri kabinet macam kawan sekampungnya Datuk Seri Dr Zahid Hamidi. Mungkin juga ingin menjaga keperibadian beliau untuk dihormati ahli keluarganya...sehingga kini ianya menjadi tandatanya.
Lawaknya memang tersendiri...Kami semua merindui akan lawaknya.

Semenjak sekolah rendah lagi aku dah rapat dengan ayah...maknanya aku memang boleh dikategorikan anak saudara yang rapat dengan ayah, sehinggakan aku tak merasakan yang dia adalah bapa saudara aku...percayalah dunia akhirat dia adalah AYAH kepada aku. Dan aku rasakan ayah memang sayang kat aku, ini kerana seingat aku laa...kemana saja dia pergi, dia pasti akan mengajak aku dulu. Bagi aku, dia cukup 'sporting' dalam apa jua hal. Bab mengorat awek pun boleh dibincangkan. Waktu aku bersekolah di Slim River, cakap saja pada budak2 Slim Village... siapa yang tak kenal Cikgu Rashid. Aku pun apa lagi...ambil peluang sebaik mungkin terhadap aweks2 dari Slim Village...dan aku dapat merasakan ke'glamour'an waktu itu. Terima kasih ayah!!!

Aku menjadi rapat dengannya sehinggalah aku dah bekerja sebagai Tentera Laut yang berpengkalan di Lumut...alhamdulillah aku masih lagi dekat dengannya. Dan aku berjanji dengan diri sendiri untuk sering meluangkan masa menjenguk ayah dan ibu, paling tidak sebulan dua kali. Dan alhamdulillah aku panjatkan syukur pada Mu..Ya Allah kerna telah permudahkan impian aku selama aku berulang alik menjenguk ayah dan ibu. Tatkala aku nak berkahwin pun ayah masih memainkan peranannya. Aku masih ingat lagi sewaktu aku bersamanya bersembang2 kat kampung ibu aku di Serdang, Kedah...masa tu kenduri kahwin sepupu aku, Cikgu Helmi. Ayah bertanya, " Hang tak berkenan ka kat member2 cikgu Helmi...ramai tu?". Aku pun jawap, " Ada gak...Ayah!!". Dalam aku dengan ayah asyik bersembang, datanglah adik Tini cakap yang cikgu Helmi suruh aku hantar member2 dia....yang best tu , semuanya pompuan. Bab2 ni, aku memang respek dengan abang2 sepupu aku, yang sedia memahami. Tapi yang bestnya...pastilah ayah aku. Aku nak bawak kereta Mitsubishi buruk aku, tapi dia tak kelaslah pakai kereta tu. Dia pun hulurkan kunci kereta Mazda Astina milik Arwah Mak aku yang sorang lagi ( Mama ). Sempat lagi dia berpesan agar aku dapat 'kenen' budak perempuan yang pakai tudung labuh dan berkaca mata. Perggh!!! Ayah memang sama 'taste' dengan aku, sebab kami berkenan orang yang sama. Mungkin berkat doa ayah, budak pompuan tu duduk depan ngan aku sampailah sekarang kalau kemana2 aku pergi sebab dia dah jadi isteri aku sekarang!!! Terima kasih ayah!!!

Tatkala aku dikurniakan cahayamata seramai 3 orang, walaupun ketiga2nya sayang akan Wan Rashid ( pangilan utk ayah ) tetapi anak aku yang ke2, Luqman amat rapat dengannya. Pada Luqman, Wan Rashid adalah Wan dia sorang. Dan yang dapat aku perhatikan adalah ada persamaan antara mereka berdua....yang pasti cara jalan, cara senyum, kembang hidung ada sikit persamaan dengan ayah.

Pada 15 hb Mac 2009 baru2 ini telah genap 4 tahun ayah aku pergi meninggalkan kami semua untuk selama2nya. Sehingga kini kami masih merindui akan kehadiran setiap kali berhimpun...pasti akan kedengaran suara2 yang berkata terutama mak aku di Bukit Goh, "Kalau ada ayah hang ni, mesti...." tak sempat habis pun, dah disambut dengan tangisan. Ayah!!!abang tak mampu nak memberikan wang ringgit buat ibu kerna abang tak mampu...tapi janji abang, selagi ada nyawa....abang akan memberi kasih sayang padanya. Semoga ayah bahagia di sana...tapi yang pasti ayah tiada pengganti untuk selamanya.

Moralnya di sini ialah kekadang kasih sayang kita kat seseorang tidak boleh dibuat2 kerana keikhlasan orang yang kita sayang tu bukanlah kepura2an terhadap kita.

1 comment:

Mc Zue said...

zue setuju abang...kaih sayang tidakboleh dibuat2...