Tuesday, April 14, 2009

Perwirakah Aku???....Bah 1


Tatkala aku melangkah masuk ke pejabat pagi tadi, entah macamana aku terpandang senaskah majalah yang begitu sinonim ngan aku suatu masa dulu...iaitu majalah SAMUDERA. Majalah ini berkisarkan tentang dunia tentera laut di Malaysia.

Lirik lagu patriotik di atas adalah menjadi lagu wajib kepada warga TLDM termasuk la aku suatu masa dulu dan sehinggalah sekarang aku telah nyanyikan buat anak2 aku pulak. Alhamdulillah...nampaknya mereka dapat menerima kehadiran lagu ini didalam arus permodenan lagu2 sekarang. Tetapi aku terpaksa bercerita panjang kepada mereka, kenapa lagu ini dinyanyikan oleh warga Tentera Laut Malaysia. Terima kasih buat anak2 ku kerna memahami semangat yang ada dalam diri aku ini.

Kekadang aku pun tak faham akan diri aku sendiri, aku memasuki perkhidmatan tentera laut ini tanpa kerelaan aku waktu itu iaitu dalam sekitar tahun 1987. Mungkin minat kot?? Jauh sekali laa, kalau sesiapa kata aku memang minat!!!...Tapi yang pasti aku gagahkan langkah kaki ku untuk menghadiri temuduga di Sek Men Paya Besar, Kuantan. Dan yang membuatkan aku bengang... kerana aku telah berjaya dalam sesi temuduga dan ditempatkan dalam Unit Prantis Kimpu TLDM dan akan dihantar ke Australia untuk kursus seterusnya.

Aku mengambil masa gak la untuk memikirkan samada aku nak pergi atau sebaliknya. Yang bestnya, jiran sebelah rumah aku buat kenduri kesyukuran untuk aku. Sehingga sekarang ianya menjadi tandatanya kenapa mereka sanggup buat majlis itu untuk aku???? Adakah mereka bersyukur aku tiada di kampung atau...??? Konfius la aku. Abang Atan ( Ah Tong kepada sesapa yang kenal), waktu tu bertugas di Sarawak pun sanggup balik Kuantan semata2 nak bagi tazkirah supaya aku tak teruskan niat aku dalam bidang ketenteraan. Macam2 yang dia bercerita tentang keburukan dan keperitan dunia ketenteraan ini, tanpa ada satu pun cerita kebaikan pada dia.

Akhirnya! Akhirnya! Akhirnya! Tanpa 'kerelaan' dan 'minat' aku pergi jugak untuk melaporkan diri ke Pusat Latihan Tentera Laut DiRaja Malaysia yang pada waktu itu berpusat di Woodland, Singapura. Mungkin di lain kali aku akan bercerita tentang pengalaman aku dalam dunia ketenteraan walaupun tanpa 'kerelaan' dan 'minat'....itupun kalau ada yang sudi nak baca laaaaa..
' semboyan angkatan laut kita...di samudera raya...'

Moralnya disini adalah sekiranya kita tak tahu apa yang kita nak buat, lebih baik kita fikir dulu apa yang patut kita nak buat sebelum kita buat.

No comments: