Monday, April 27, 2009

Selamat UlangTahun Tentera Laut DiRaja Malaysia yg Ke 75 Tahun.


Sempena Sambutan Jubli Intan TLDM yang bakal diraikan pada 27 april ini, pelbagai acara dirancang bagi menyemarakkan sambutan tersebut. Acara mega sambutan Jubli Intan dimulakan dengan Pengisytiharan Bandar Lumut Sebagai Bandar Tentera Laut pada 24 April 09 oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzudin Shah Ghafarulahu-Lah.

Kemuncak Sambutan Jubli Intan TLDM ialah Istiadat Penganugerahan Panji-Panji KD RAJAWALI, KD SRI SANDAKAN dan KD PANGLIMA HITAM serta Istiadat Mengarak Panji-Panji KD MALAYA, KD PELANDOK, KD RAJAWALI, KD SRI SANDAKAN dan KD PANGLIMA HITAM di Stadium Pangkalan TLDM Lumut. Upacara perbarisan tersebut disempurnakan pada 27 April oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, selaku Kepten Yang DiPertua TLDM. Turut hadir pada Istiadat Penganugerahan Panji-panji ini ialah Panglima Angkatan Tentera; Panglima Tentera Laut; Timbalan Panglima Tentera Laut; Mantan-Mantan Panglima Tentera Laut; Panglima-panglima TLDM; Pegawai Kanan serta Warga TLDM.

" Untuk warga TLDM, Selamat UlangTahun Tentera Laut DiRaja Malaysia Ke 75 Tahun."

Moralnya ialah seseorang pejuang itu perlu tanya pada diri sendiri apakah sumbangan anda terhadap negara...dan jangan dipersoalkan apa yang negara beri kepada anda.

No comments: