Thursday, August 13, 2009

Nak atau Tak Nak???

Semalam kita dikejutkan dengan kematian seorang lagi insan yang kita semua kenali, iaitu ketua kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Asri Ibrahim, 42, meninggal dunia di Hospital Pantai, Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi semalam kerana sakit jantung. Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.

Betullah janji Allah...ajal, maut, jodoh, sakit, demam, miskin, kaya, H1N1, H2N2 dan semuanya ini adalah ketentuan dari - Nya. Tiada siapa boleh mengelaknya lagi...Yang pastinya, amalan kita sentiasa berterusan. Itu pastiii.

Entah kenapa sejak beberapa minggu ini kita dikejutkan dengan H1N1...ini yang peliknya...orang lain makan khinzir, orang lain yang kena sakitnya. Tapi kita kena redha dengan Qadha dan Qadhar. Dan yang bestnya lagi, sekiranya seseorang dijangkiti virus H1N1 dan meninggal maka kematiannya akan bersabit dengan penyakit lain. H1N1 itu adalah asbabnya saja.

Aku pun tergolong dalam golongan yang diselubungi kerisauan antara berjuta rakyat Malaysia akan musibah yang melanda ini. Tapi aku menjadi 'cool' balik bila 'bos' aku menceritakan tentang pengertian redha dan ketentuan Ilahi. Aku menjadi manusia yang redhaaa.

Aku tengah memikirkan apakah aku perlu untuk mendapatkan rawatan di hospital akan sakit yang aku tanggung sekarang ini. Entah kenapa dalam seminggu ini aku merasa terlalu sakit sangat pada bahagian belakang dan pinggang aku. Aku mendapatkan khidmat nasihat dari 'bos' aku tentang kewajaran dan apakah yang perlu aku lakukan. Beliau suruh je aku dapatkan pemeriksaan dari hospital, ini kerana berdasarkan kepada pengalaman orang rumahnya sendiri. Aku pun mendapat khidmat nasihat lagi dari orang yang pakar tentang insuran dan sakit-makit iaitu 'Tuan Salman Khan'. Beliau dengan berbesar hati memberi khidmat nasihat tanpa bayaran dikenakan agar aku ke hospital bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Aku tengah memikirkan samada aku perlu ikut apa yang di sarankan oleh pakar rujuk aku?? Kalau setuju...bila harus aku pergi?? Sehari dua ni aku perlu siapkan kerja2 di pejabat...minggu depan anak2 aku mula periksa bagi penggal 3...kesian kat dia orang dan minggu lagi satu pula, umat islam mula berpuasa..Buntu gak ni???? Istikharahlah dulu....

Moralnya disini adalah segagah mana kita dan sebijak mana ilmu sains kita, tidak akan dapat mengatasi akan Rabb Nya.


No comments: