Thursday, October 23, 2008

' Tok Siah '

'Tok Siah'


Siapakah perempuan yang tersenyum 'himpun' persis akan seseorang yang telah lama meninggalkan Aku. Seseorang yang sentiasa Aku ingat sampai hayat Aku dijemput pergi. Aku menjadi terlalu ingat akan 'senyuman himpun' ini. Senyuman yang sememangnya Aku rindukan selama ini. Sememangnya 'senyuman himpun' ini milik Allahyarhamah Pn Hjh Che Piah Binti Ibrahim yang Aku senang memanggilnya dengan panggilan 'EMAK', walaupun bukan dia yang melahirkan Aku ke dunia ini. Bagi Aku, panggilan ini terlalu bermakna buat Aku dan dia sememangnya layak Aku panggil 'EMAK'.

Dan kini 'senyuman himpun' ini kembali muncul menghiasi ruang sepi ku. Suasana muram pudar warna selama ini seakan2 kembali menyinari kehidupan Aku. Perempuan ini adalah Pn Norsiah Binti Ibrahim yang dilahirkan pada tanggal 17 hb Januari 1949, dan beliau adalah Ibu Kandung Aku. Beliau juga merupakan kakak kepada pemilik 'senyuman himpun' yang Aku maksudkan ini. Dan kini Aku dah kekurangan kasih sayang dari seorang 'EMAK'....Aku rasa tak sanggup lagi untuk kehilangan kasih sayang 'EMAK', walaupun Aku tahu apa yang Aku inginkan dan harapkan ini ianya pasti tak akan kekal buat selamanya. Bagi Aku, setiap saat dan detik waktu yang Aku lalui bersama 'EMAK' Aku ini terlalu berharga buat Aku. Tiada emas bergunung, tiada wang berjuta yang dapat menukarkan Aku dengan kasih - sayangnya. Azam Aku diwaktu tuanya ini, Aku akan cuba menghiburkan dan menyenangkan beliau. Apa yang dihajati beliau, Aku akan cuba untuk tunaikannya. Dalam ertikata lain, demi 'EMAK'....Aku sanggup lakukan apa saja. Kemana saja dia nak pergi, akan Aku bawa. Tapi buat waktu sekarang pergerakannya agak terhad, mungkin faktor umur dan keadaan kesihatannya membuatkan ianya seolah2 tidak berdaya untuk aktif seperti 10 - 20 tahun yang lalu. Hormat Aku kepada 'EMAK' menjadi terlalu agung untuk Aku pertikaikan, iaitu tatkala adik lelaki Aku melangsungkan perkahwinan di P.Pinang baru2 ini. Beliau pergi dalam keadaan yang tidak berapa sihat, tetapi disebabkan dia terlalu menyayangi adik Aku, dia meng'GAGAH'kan dirinya dalam keadaan kesihatan badan yang tidak mengizinkan dan cuba menyembunyikan kaki yang sememangnya sakit 'ghout', dari 'senyuman himpun' beliau boleh sembunyi tetapi Aku dapat rasakan kesakitan kaki beliau dari mimik muka yang gagal beliau sembunyikan....yang Aku banggakan adalah demi setiap seorang anak yang disayangi beliau sanggup korbankan apa saja. Sayangggg EMAK....Yang menghantui dan apa yang Aku takutkan kini, tatkala Aku pulang ke kampung, wajahnya tak muncul menyambut kepulangan Aku. Demam ke dia? Atau Sakitkah dia? Perasaan takut akan 'kehilangan' tiba2 muncul....sebaik salam diberi dan kedengaran suara merdunya itu membuatkan Aku kembali tersenyum. Rupa2nya Aku masih ada 'EMAK'....Mungkin dilain kesempatan Aku akan bercerita lagi tentang 'EMAK'....

Ya Allah, Engkau selamatkanlah dan lindungilah 'Emak' Aku dari segala kemungkaran Mu selama mana dia bernafas...Lindungilah dirinya dari segala kedaifan di dunia dan akhirat...Ya Allah, Engkau permudahkanlah segala urusannya di dunia dan akhirat jua...Engkau sihatkan tubuh badannya, agar dia terus beribat pada Mu...Ya Allah, Seandainya Engkau ambil setiap detik nafas ku dan nescaya Engkau berikan buatnya, Aku redha...Ya Allah, sesungguhnya Aku tak pandai berdoa...Bagi Aku, Engkau adalah Maha Agung...Ya Allah, Engkau pandanglah doa Aku ini Ya Allah... amin ya rabbal alamin




2 comments:

Mc Zue said...

Ya Allah, Engkau selamatkanlah dan lindungilah "MA" Aku dari segala kemungkaran Mu selama mana dia bernafas...Lindungilah dirinya dari segala kedaifan di dunia dan akhirat...Ya Allah, Engkau permudahkanlah segala urusannya di dunia dan akhirat jua...Engkau sihatkan tubuh badannya, agar dia terus beribat pada Mu...Ya Allah, Seandainya Engkau ambil setiap detik nafas ku dan nescaya Engkau berikan buatnya, Aku redha...Ya Allah, sesungguhnya Aku tak pandai berdoa...Bagi Aku, Engkau adalah Maha Agung...Ya Allah, Engkau pandanglah doa Aku ini Ya Allah... amin ya rabbal alamin... doa ini juga buat Ma Zue.. SITY aTIKAH bT cHE mAT..AMIN

hisyamrahman said...

bersama2 la kita memartabatkan kasih-sayang ibubapa kite sehingga ke akhir akhir kite...