Tuesday, July 22, 2008

Berakhir Sebuah Penantian

Akhirnya penantian Aku dan semua yang sewaktu dengan Aku dalam menunggu kehadiran 'Saga' baru Abah Aku telah berakhir. Segala2nya pada 22hb Julai, 2008 tepat jam 14.30H...Aku dah terpacak ngan Isteri serta anak2 Aku di hadapan bangunan Proton kat Giant Kuantan, sebaik saja dapat panggilan telefon dari Francis Lee yang mengatakan kereta dah ada. Perghhh!!
Sebaik saja proses penyerahan kereta dilakukan...Aku ingat Isteri Aku Tersayang akan merasmikannya dengan memandu pulang...Tapi Aku jugak yang diberi penghormatan oleh Isteri Aku....Terima kasih Ayang!!!
Singgah Petronas isi minyak 'FULL'...RM 75...ehh! kecil je tangki keta ni....Aku agak kalau isi penuh betul2 dalam RM 80 jer, tak macam 'My Dream Car' Avanza Aku tu...penuh dalam RM 100 gak. Balik rumah, mandi dan solat dulu, barulah bertolak balik ke kampung untuk menyerahkan 'Saga' ketangan Abah Aku seolah2 setia dalam menunggu kehadiran 'orang baru' dalam keluarga kami.
Sampai saje di halaman rumah, kami disambut oleh Nyah dan Phat yang lebih 'teruja' menyambut kehadiran kereta baru dari kehadiran Aku sekeluarga. Kemudian disusuli oleh Tuan Punya kereta iaitu Abah Aku Tersayang, jelas tergambar kegembiraan di hatinya apatah lagi dari senyuman itu aku dapat rasakannya. Dan lebih 'excited giler'...Abah Aku ambil kunci dan terus diikuti oleh cucunya yang 2 orang tu, bawa 'Saga' ke Pejabat Felda untuk mengambil 'duit koperasi' dalam masa yang sama nak 'menunjuk' la kot kat orang kampung...sori Abah!!!!Termengumpat sikit...
Apapun yang Aku tahu Abah Aku ada merancang nak balik kampung kami di Kedah...betul ke nii??? Aku pulak tak dapat ikut sama sebab Anak2 Aku periksa la pulak waktu tu!!! Cobaan! Tapi ini benar2 dia orang nak balik Kedah....Cobaan!

7 comments:

Mc Zue said...

fuyoooo abang yang rasmi kete saga baru ya... hebat..hebat... diberi penghoramtan oleh kakyang ya.. abang kena minta maaf kat abah abang sebab ngumpat dia.. hehehe.. gurau jer ya abang..

Mata Hati said...

bagusnya abang... tersentuh hati saya bila abang tunaia kan hasrat abah abang rem....untungnya dapat anak soleh..

Mc Zue said...

abang zue tak tahu pun yang avanzagold tu abang.. hehehe. Mata hati tu mc P..

danny said...

hehehe... kalau ku lihat tempat parking yang selalu avanza bonet itam tu park kosong maka, bergegas la aku par di situ. hehehehe

saga tu kan yang bole muat derian 57 biji? makaseyyy...

Eh!, sori yek koi nyampuk tak bagi salam. Assalamualaikum...

Eja said...

Nape la time tu sy x blk kg...x lalu dpn pejabat felda..x lalu dpn umh ayah abg rem..xpe, pasni sy blk sy bwk 10km/jm dpn umh ayah abg.... nk tgk saga baru....hehhhe..tahniah!

Jankaulu said...

Blog Remie05 memang mempunyai stail tersendiri. Kehadirannya dipersada blog amat dialu-alukan. Penulisannya terus terang, bersahaja dan simple namun ada cerita yang menarik di dalamnya, membakar bila membacanya...

Aisy Faris & Aisy Fitri said...

abang rem kalau balik kedah i nak order perkasam .. boleh tak