Tuesday, February 10, 2009

Memoir Seorang Abang!!!

Aku dapat cerita dari seorang teman. Aku tertarik memaparkan kepada kalian kerana ianya mengandungi satu mesej dalam erti kata hubungan antara adi-beradik. Walaumacamana pun, aku olah semula cerita ini mengikut kesesuaian .

Aku cuma ada seorang abang. Usianya empat tahun lebih tua daripada aku.Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar abah. Petang itu, pulang saja dari sekolah - abah memanggil kami berdua.Dia meminta aku dan abang berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan abah. “ Siapa ambil duit abah?” tanya abah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata abah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai. ” Baik,kalau tak mengaku,dua- dua abah rotan!” sambung abah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. Tiba-tiba, abang menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, “ Abang yang ambil!”. Belum sempat abang menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu,hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh abang. Aku tergamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata abang tak tumpah. Setelah puas melihat abang terjelepok di lantai, abah merungut… “ kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan abah di luar kelak?”.Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap abang. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati.Namun abang cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Abang segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata “Jangan menangis dik,semuanya dah berlalu!”. Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela abang dan bercakap benar.
Tahun bersilih ganti, peristiwa abang dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Aku mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan abang pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Malam itu abah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama emak di ruang tamu. Aku terdengar abah berkata “Nor, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!” .“Tapi apalah maknanya bangga”. Aku terdengar emak teresak-esak. “Di mana kita nak cari duit membiayai mereka?”.Ketika itulah abang keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan abah dan emak seraya berkata, “Abah, abang tak mahu ke sekolah lagi!”. Perlahan-lahan abah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah abang dalam-dalam. Panggggg!!!.sebuah penampar singgah di pipi abang. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis. “Kenapa kamu ni? Tahu tak,kalau abah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, abah akan lakukan!”. “Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan…”. Aku memujuk abang tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak. “ Adik perempuan….biarlah adik yang berhenti.”Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu abang tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat… “ Adik! untuk dapat peluang ke Asrama Penuh bukannya mudah. Abang akan cari kerja dan kirim wang buat adik ".Apa lagi yang aku tahu selain meraung. Abah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk abah. Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa." Ros! Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!...Pemuda kampung? bisikku. “Siapa?”..Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak abang berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. “Kenapa sebut orang kampung, sebutlah abang yang datang!Sambil tersenyum abang menjawab “ Memang patut pun, dia orang kata cam tu...adik tengoklah pakaian abang ni. Apa yang akan kawan-kawan adik kata kalau mereka tahu aku ni abang, adik? Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian abang. Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, “Adik tak peduli apa orang lain kata”.Dari kocek seluarnya, abang keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, “ Dik, abang tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, abang beli satu untuk adik.”Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul abang dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu. “Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut adik balik”." Alah!! Abang kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka”.Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum abang. Kami berdakapan. “Sakit ke?”, aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya. “Tak! adik tahu tak ,semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh abang sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha abang untuk bekerja keras.” Apalagi aku menangis seperti selalu. Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada abang. “Kalau abang terima jawatan tu, apa kata orang lain?”, kata abang. “Abang takde pelajaran. Biarlah abang bekerja dengan kelulusan yang abang ada.Abang tak ke sekolah pun kerana adik”, kata ku memujuk. “Kenapa sebut kisah lama, dik?” kata abang ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.Abang terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah abah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, “Siapakah orang yang paling anda sayangi?”…Spontan abang menjawab, “selain emak dan arwah abah… adik saya !, katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati. “Semasa sama-sama kami bersekolah rendah dahulu setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, adik membuka kasutnya dan memberikannya pada saya , walaupun tak padan tapi...adik beria2 menyuruh saya memakainya, manakala dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar.Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan adik saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila. Sebaik abang tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap abang sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

Moral : Jika tak dapat apa yang kita suka,belajarlah menyukai apa yg kita dapat dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..apapun Aku...kan Abanggg

No comments: