Bagi Aku...kasihnya Emak membawa ke syurga, dan kasihnya Abah sampai bila-bila. Insyaallah...selagi hayat Aku dikandung badan, selagi Aku berpijak di bumi nyata...Aku akan terus menyayangi Abah yang semakin dimamah usia seperti mana Aku menyayangi Emak juga. Tiada kata secantik bahasa, tiada gambar seindah lukisan untuk menyatakan betapa sayangnya Aku terhadap Abah. Beliau seorang yang cool, baik, peramah, suka ketawa, tak suka marah, pemurah, mudah kesian, penyayang dan macam2 ada kalau nak bercerita tentang Abah ini, macam jugak abah korang...tul tak?? Tak pernah sekali Abah mengajak Aku membantunya dari sekecil umurku lapan tahun hinggalah Aku dikurniakan 3 orang anak...melainkan Aku sendiri merasa kesian melihat dia, Aku pasti meringankan otot2 Aku walaupun sememangnya berat demi Abah. Kalau boleh tak sanggup rasanya Aku membiarkan Abah membuat kerja yang berat2 lagi. Tapi Abah tetap degil membanting tulang empat kerat untuk menyiapkan bilik tidurnya, yang sememangnya Aku sendiri tak terfikir diakal fikiran bahawasanya Abah yang membuatnya. Aku tabik "springgggg" beribu kali padan Abah...
Dan kini 'senyuman himpun' ini kembali muncul menghiasi ruang sepi ku. Suasana muram pudar warna selama ini seakan2 kembali menyinari kehidupan Aku. Perempuan ini adalah Pn Norsiah Binti Ibrahim yang dilahirkan pada tanggal 17 hb Januari 1949, dan beliau adalah Ibu Kandung Aku. Beliau juga merupakan kakak kepada pemilik 'senyuman himpun' yang Aku maksudkan ini. Dan kini Aku dah kekurangan kasih sayang dari seorang 'EMAK'....Aku rasa tak sanggup lagi untuk kehilangan kasih sayang 'EMAK', walaupun Aku tahu apa yang Aku inginkan dan harapkan ini ianya pasti tak akan kekal buat selamanya. Bagi Aku, setiap saat dan detik waktu yang Aku lalui bersama 'EMAK' Aku ini terlalu berharga buat Aku. Tiada emas bergunung, tiada wang berjuta yang dapat menukarkan Aku dengan kasih - sayangnya. Azam Aku diwaktu tuanya ini, Aku akan cuba menghiburkan dan menyenangkan beliau. Apa yang dihajati beliau, Aku akan cuba untuk tunaikannya. Dalam ertikata lain, demi 'EMAK'....Aku sanggup lakukan apa saja. Kemana saja dia nak pergi, akan Aku bawa. Tapi buat waktu sekarang pergerakannya agak terhad, mungkin faktor umur dan keadaan kesihatannya membuatkan ianya seolah2 tidak berdaya untuk aktif seperti 10 - 20 tahun yang lalu. Hormat Aku kepada 'EMAK' menjadi terlalu agung untuk Aku pertikaikan, iaitu tatkala adik lelaki Aku melangsungkan perkahwinan di P.Pinang baru2 ini. Beliau pergi dalam keadaan yang tidak berapa sihat, tetapi disebabkan dia terlalu menyayangi adik Aku, dia meng'GAGAH'kan dirinya dalam keadaan kesihatan badan yang tidak mengizinkan dan cuba menyembunyikan kaki yang sememangnya sakit 'ghout', dari 'senyuman himpun' beliau boleh sembunyi tetapi Aku dapat rasakan kesakitan kaki beliau dari mimik muka yang gagal beliau sembunyikan....yang Aku banggakan adalah demi setiap seorang anak yang disayangi beliau sanggup korbankan apa saja. Sayangggg EMAK....Yang menghantui dan apa yang Aku takutkan kini, tatkala Aku pulang ke kampung, wajahnya tak muncul menyambut kepulangan Aku. Demam ke dia? Atau Sakitkah dia? Perasaan takut akan 'kehilangan' tiba2 muncul....sebaik salam diberi dan kedengaran suara merdunya itu membuatkan Aku kembali tersenyum. Rupa2nya Aku masih ada 'EMAK'....Mungkin dilain kesempatan Aku akan bercerita lagi tentang 'EMAK'....
Ya Allah, Engkau selamatkanlah dan lindungilah 'Emak' Aku dari segala kemungkaran Mu selama mana dia bernafas...Lindungilah dirinya dari segala kedaifan di dunia dan akhirat...Ya Allah, Engkau permudahkanlah segala urusannya di dunia dan akhirat jua...Engkau sihatkan tubuh badannya, agar dia terus beribat pada Mu...Ya Allah, Seandainya Engkau ambil setiap detik nafas ku dan nescaya Engkau berikan buatnya, Aku redha...Ya Allah, sesungguhnya Aku tak pandai berdoa...Bagi Aku, Engkau adalah Maha Agung...Ya Allah, Engkau pandanglah doa Aku ini Ya Allah... amin ya rabbal alamin
'Dark Water Crew'
Aku terasa nak sambung cerita tentang majlis perkahwinan adik lelaki Aku yang berlangsung di Kuantan la pulak pada hari Sabtu 16 hb ogos 2008, hanya berselang seminggu saja kenduri di sebelah pengantin perempuan yang berlangsung di Sungai Acheh, P.Pinang. Aku tak pernah lagi menghadiri suasana menemani pengantin apatah lagi melibatkan adik Aku sendiri kali ini. Jangan salah faham pulak.....Sebenarnya Aku 'terkaget' dengan layanan dari pihak pengantin perempuan terhadap rombongan kami. Memang dah ramai orang buat dengan suasana itu, di mana ada 'stall cendol', 'stall teh tarik' dan 'stall bubur'...dari segi menu masakan pulak, jangan lawan laa, memang sedap!!! Almaklumlah selera UTARA, yang tak dapat dilupa menunya iaitu 'gulai kawah' ngan 'ayaq asam kerisek'...Ishhh!! Meleleh air liur bila mengingatnya. Memang sungguh teruja Aku pada saat itu...minit itu...jam itu...hari itu...dan macam2 itu lagi yang tak dapat diungkap dengan kata2. Cuma yang menjadi persoalan dalam kepala Aku, apakah rombongan mereka nanti akan mendapat layanan sedemikian rupa atau lebih lagi???? Ahhh!! Kusut akal Aku memikirkannya. Apakah rombongan mereka nanti akan mendapat layanan sebegitu juga???

Tarikh 08.08.08 menjadi tarikh keramat bagi adik lelaki sulung Aku kerana.... Aku dan keluarga telah 'menyemakkan' diri untuk hadir ke majlis bersejarah adik aku itu....Terima kasih sudi menjemput Aku.....Oh! Ya...Akukan Abangggg. Kami bertolak ke masjid sebaik saja masing2 telah menunaikan 'jamak' di Hotel Puchong....Dan kami sampai di perkarangan masjid sewaktu azan Isyak berkumandang....Lebih kurang pukul 9 lebih, dan semuanya dah bersedia di dalam masjid untuk majlis akad nikah. Tok Imam dengan panjang lebar memberikan khutbah, Aku pun menyibukkan diri sebagai 'camera man', walaupun hanya pakai digital je....Cok Dang ngan Cik Riz kemain lagi ngan 'camera' mahal dia orang.....Ciss!!!Bengang Aku, lantas teringat kata Arwah Ayah Rashid, " Takpa...Tengok la nanti, kalau Aku ada duit...Barulah tak nak beli." Aku sehingga sekarang tertanya2 , kenapa arwah Ayah Rashid berkata demikian tatkala beliau berminat dengan sesuatu barang tetapi dia tiada duit.....
Uih! Pejam celik-pejam celik, tak beberapa hari lagi kita nak sambut hari kemerdekaan negara kita yang ke 51 tahun...Teringat Aku akan kata2 seorang pemimpin yang Aku kagumi suatu masa dulu....


"Sabda Rasulullah s.a.w, "Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba di tolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya. "
